View: 2650|Reply: 0
|
Hanya Sebab Ini, Si Isteri Tanggung Derita
[Copy link]
|
|
Gelak si suami yang buatkan si isteri panas hati.
Perkahwinan pasangan ini atas dasar pilihan ibu bapa tapi berpeluang mengenali sesama sendiri enam bulan sebelum berkahwin mencecah tiga tahun perkahwinan dan masih belum ada anak.
Apa yang pelik, suami mula tidur berasingan bilik dan jarang berbual malah jarang meluangkan masa bersama si isteri.
Bukan bergaduh cuma persoalan atau percakapan si isteri kurang diberikan perhatian. Si isteri diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlukan izin si suami.
Tapi suami tetap melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir dengan menyediakan segala kelengkapan untuk makan minum, pakaian dan tempat walau hidangan yang disediakan si isteri jarang sekali dijamah suami.
Tolonglah, kahwin ni bukan semata-mata hubungan antara suami dan isteri atau bukti nilai cinta dan kasih sayang tetapi sebenarnya lebih kepada pelaksanaan amanah dan tanggungjawab!
Kalau berlaku perceraian, bukan saja memisahkan hubungan sepasang suami isteri malah boleh merosakkan hubungan persahabatan antara ibu bapa masing-masing. Betullah jodoh tak panjang tapi jodoh bukan semata-mata ketentuan Ilahi sebaliknya berkait juga dengan usaha dan ikhtiar kita.
Belum puas rasai nikmat hidup membujang, jangan perjudikan nasib orang lain dengan sebuah ikatan perkahwinan. Perkahwinan bukan saja hubungan antara anda dan pasangan sebaliknya hubungan antara ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan.
Anda rasa?
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|