View: 1513|Reply: 0
|
Wanita, Jaga! 8 Sikap Ini Lelaki Cukup Benci
[Copy link]
|
|
Jangan pandang remeh, hati lelaki juga lembut dan lebih sensitif daripada perempuan. Nampak tegas sebagai ketua keluarga, tapi jauh di sudut hati mereka juga perlukan belaian mesra dan manja seperti seorang bayi.
Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan elakkan anda daripada melakukannya. Jika kita bijak atasi masalah remeh ini pastinya hubungan anda berdua sentiasa hangat...
1. Tepis pelukan Ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba si dia memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya kerana ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia pada diri anda.
2. Tak gosok baju Si dia dah ingatkan anda supaya gosok bajunya, tapi boleh pula tetiba anda lupa. Kelam kejap hubungan anda. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja. Dia mungkin tidak akan bercakap dengan anda sebab nak protes. Ya, nampak remeh tapi boleh buat lelaki sentap tau!
BACA: Tips Sedarkan Suami Tak Kerja
3. Telefon tak pernah nak jawab Walaupun bukan sesuatu panggilan penting sekadar ucapan ‘hello’ atau bertanya khabar, anda kena angkat. Jangan biarkan si dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan si dia marah dan tidak ada mood untuk bercakap dengan anda.
Apa salahnya jika anda cuba dail kembali, jangan biarkan. Siapa tahu jika ada hal penting untuk diberitahu. Dan mungkin juga si dia mahu nyatakan emosi yang dialami, sedih, gembira atau tertekan dengan seseorang.
4. Tinggi suara Ton suara kena jaga, jangan tetiba mengarahkan dengan nada yang tinggi walau pun hati sedang panas. Kenalah hormat dia sebagai suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak sensitif.
5. Layan laman sosial Jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, whatsapp atau apa sahaja laman sosial. Pasangan boleh sentap kalau anda terlalu khusyuk melayan laman sosial berbanding bercakap dengan dirinya.
6. Elak layan lelaki lain Jika ada seorang yang peramah, simpan sahaja sikap itu jika sedang bersama suami. Jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah dulu. Sesetengah lelaki cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu anda melayannya seorang. Sebagai isteri, kita sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti.
7. Berebut siaran Tolonglah jangan sesekali tukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya.
8. Makanan terabai Apa sahaja keperluan mereka perlu dihidangkan di depan mata. Kalau mereka tengah makan, jangan lupa menyediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan, tetapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan. Mungkin keadaan ini lebih menyelesakan bagi dirinya.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|