CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12460|Reply: 162

[Tempatan] Penduduk Lembah Klang habiskan RM330 sebulan untuk tol

[Copy link]
Post time 14-10-2015 10:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Penduduk di Lembah Klang terutamanya yang menggunakan kereta sendiri terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan antara RM20 hingga RM70 sebulan untuk berulang alik ke tempat kerja berikutan pengumuman kenaikan kadar tol di 18 buah lebuh raya setakat semalam.

Seorang pekerja swasta, Nurul Nadiah Jaafar, 27, berkata, dia terpaksa menyediakan wang tambahan hampir RM70 sebulan kerana perbelanjaan tolnya naik daripada RM264 kepada RM330 selepas ini untuk berulang alik dari rumah­nya di Datuk Keramat di sini ke pejabat di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Katanya, kenaikan kadar tol seperti yang diumumkan kelmarin begitu dirasai oleh individu sepertinya yang menetap jauh dari tempat kerja.

“Saya kini perlu membayar tol di Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sebanyak RM6 berbanding RM4 sebelum ini, tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) RM5 berbanding RM4 dan RM4 tol di Lebuh Raya Shah Alam yang tidak mengalami kenaikan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
X bole buat pape pun dah skang, tggu election je nti. Tp bile najib ckp nk tambah brim semua pakat2 lupakan gst n segala kenaikan tol, brg n etc :Q
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I naik moto dgn tenangnya di lorong motosikal sambil hai2 abang kacak yg tengah korek syiling membayar tol.

jauhnya dia duduk dr tmpat keje. kalo aku di tmpat dia, mungkin aku akan berpindah rumah. carik yg lebih dekat. kosser nak drive jejauh, bayar tol byk2, sakit kepala, stress, ujung2 nampak garis penuaan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 11:28 PM | Show all posts
ada najib kisah.....
takderrrrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 11:55 PM | Show all posts
apa kata majikan benarkan bilik ofis jadi hostel
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
aku perlu bersyukur ni. tol yg aku lalu hari2 tak terlibat dlm kenaikan harga kali ni. tp bertabahlah pd pengguna2 lebuhraya yg lain tu. i heart you.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2016 bakal menyaksikan ramai penduduk lembah klang berpindah ke bandar2 lain di luar negeri selangor.... Makin terseksa aku tgk penduduk kat klang valley ni, jem nya, tol makin naik, sesak, rumah jauh dr tmpt keje, rumah mahal,
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sian kan....mmg jahat btol KERAjaan ni...duit gst tu mana la perginya..::

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kicik punya hal lah tu
yg aku paling aku risau ialah upah set rambut kembang nek mah pun mesti naik mencanak sbb hairdresser dia nak kena travel ke putarjaya melalui jalan yg kadar tolnya dah naek
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yang guna pengangkutan awam pun terasa kesannya...tunggu aja lah nanti lrt dan mrt naik..makin parah...

Sebelum ada yang kata kfc masih penuh, aku kata awal2 dulu aku ke pejabat bawa bekal....jangan bahalol sangat guna alasan kfc setiap kali ada kenaikan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
330 tuh dah cukup untuk meal saya pagi petang dan malam slama 3 mggu sis......korang bayar untuk bergerak atas jaan..elohim vayar cash sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jom tukar..
tukar kerja
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:04 AM | Show all posts
either nk sacrifice duit tol minyak n masa spend utk travel tu atau pndh kt tempt yg berdekatan......ada pilihan kot...klu x, hadap je lh jgn merungut sbb dh tau kn kt m'sia ni mmg cmni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sialan kerajaan najib laknat. Moga najib mampos dengan hina kerana menyusahkan rakyat. Dgar cite tambnag rapid kl dan lrt sedang dikaji, bakalan naik mungkin? Kalau betul lah naik jua, najib mmg sehina2 manusia dan layak mampos dalm lombong najis babi:
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi...promote car pool  laa mcm zamam bila ntah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:31 AM | Show all posts
Sepatutnya kerajaan berada di hadapan dalam membina jalan2 baru/shortcut untuk rakyat bukannya membiarkan syarikat2 konsesi bermaharajalela bangunkan jalan dan menyebabkan tol tumbuh bagai cendawan. Kalau kat lembah klang ni mmg sikit2 tol sikit2 tol...dah tu charge tol makin naik ada bukannya makin turun. Ker munturi2 pun ada banyak share dalam syarikat konsesi jalan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kena extra toll start la meroyan..yang dok jauh sgt dgn tempat kerja tu apasal..??dok bawah ketiak mak lagi ke?cerdik sungguh pekerja swasta tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
umah aku kuar susur je dh nampak tol..
hahaha
sialan..
ldp ni berjuta kete srhari lalu tol ko pon ko naikkan mcm esok nak beli jet 90 bijik kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg terasa beban tol tuh...
Dok kl celah mana yang x kene tol??najibun bole laaa guna jln x byr tol

Asbestolllll::::
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah
Tu belum kira bajet minyak lagi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071554 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list