View: 1439|Reply: 0
|
Jatuh Cinta Dalam Facebook, Mampukah Cinta Ini Bertahan?
[Copy link]
|
|
Cinta siber di kalangan remaja saat ini tidak asing lagi.
Namun persoalannya, adakah Facebook atau lebih tepat cinta laman sosial boleh bertahan?
Melalui laman sosial ini kamu berkenalan seterusnya mengenali hati budi sehinga akhirnya terpaut dan mengambil kata putus untuk menjalinkan hubungan cinta.
Adakah cinta ini boleh kekal? Jika benar si dia itu cinta hati kamu, pasti hubungan kamu akan kekal hingga ke jinjang pelamin.
Namun jika sebaliknya, kamu sendiri yang tahu akan jawapannya.
Jom selongkar apakah ciri-ciri lelaki 'Cinta Facebook' yang sebenarnya taklah nak serius pun dengan kamu.
1# Periksa Dulu Latar Belakang
Untuk pertama kali mengenali si dia, haruslah kamu menyelidik latar belakangnya terlebih dahulu.
Jangan pula kamu mengambil langkah terburu-buru dengan menjalinkan hubungan dengannya tanpa mengetahui identiti si dia yang sebenar. Kadangkala perkara ini sangat membahayakan.
2# Jangan Cepat Terpedaya
Bagi kamu yang pertama kali jatuh cinta, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manisnya.
Sebolehnya kamu kenali si dia terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu menilainya sama ada si dia bersesuaian ataupun tidak dengan kamu.
Baca:
Panduan Guna Bedak Agar Cantik Sempurna
Guna Mayonis Rawat Rambut Bercabang?
Pernah Tak Sarung 'Kimono Jacket'?
Cantikkan Kuku Dengan Garam!
Signature Hard Rock Shop Melaka
3# Mula Mencari Kesalahan
Pada permulaan hubungan semuanya indah belaka tetapi apabila berbulan-bulan menjalinkan cinta semuanya tidak kena dan ada sahaja kesalahan yang dicari.
Maklumlah cinta seperti ini banyak dugaannya.
4# Test Market Rupanya
Malah bukan kamu sahaja perempuan di dalam senarai rakannya tetapi ramai lagi. Bahkan ada di antara rakan-rakan facebook atau Twitter juga di’ayat’ untuk mencuba nasib sama ada si dia ini laku ataupun tidak.
Sekiranya berjaya mungkin mereka ini dijadikan kekasih gelapnya untuk dipergunakan. Oleh itu berhati- hatilah!
5# Tidak Serius
Kamu perlu mengetahui tentang ini, lelaki akan serius bila mana si dia benar-benar menginginkan kamu menjadi teman sehidup sematinya.
Namun, bagi mereka yang tidak serius macam-macam alasan yang diberikan kepada kamu setiap kali kamu mengajak si dia datang ke rumah untuk berjumpa ibu bapa kamu atau mengambil kamu di rumah atau apa-apa sahaja.
6# Alasan Tak Masuk Akal
Kadangkala alasan yang diberikan itu tidak masuk dek akal. Alih-alih kamu pula yang terpaksa mengikut rentaknya bagi menjaga perhubungan kamu dan si dia.
Jika kamu seorang yang peka, kamu pasti boleh menghidunya dari awal perhubungan lagi.
7# Kata-Kata Manis
Ternganga seketika saat mendengar kata-kata manis yang hadir dari bibir sang arjuna kamu. Mungkin dari caranya membuatkan kamu teringat-ingat akan dirinya.
Kaum lelaki ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan kata-kata manis untuk menambat hati kekasih hatinya.
Mungkin dengan cara ini kamu akan lebih terpikat dan menyayangi dirinya sehingga sukar untuk kamu melepaskan si dia pergi daripada hidup kamu.
Lebih perit lagi. kata-kata manis yang digunakan kadangkala hanyalah sandaran untuk mendapatkan kamu. Bahaya untuk kamu!
remaja
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|