CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1514|Reply: 0

Sudikah Kau Menerima Penyesalan Cintaku?

[Copy link]
Post time 15-10-2015 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Untukmu, yang pernah singgah di hatiku, dan kini menjadi sebahagian daripada masa laluku. Maafkan aku, atas semua  kebodohanku, yang pernah mengagumimu, yang pernah membiarkan perasaan ini berkembang, sehingga kau pun dengan mudah menyusup ke hatiku, menyemai benih-benih harapan dan janji, di atas nama cinta yang seharusnya belum layak tumbuh dan berkembang di sana.



Maafkan kebodohan hatiku, yang begitu mudah percaya semua yang kau tuliskan di atas sehelai janji, dan ketika ini janji-janji itu kau hapuskan begitu saja. Hatiku yang serapuh kaca in berkecai, pecah dan menjadi kepingan-kepingan luka dan kecewa.

Namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada, aku kumpulkan serpihan itu dan meletakkannya di dalam bilik hati ini, menyimpan dalam lautan doa dan istighfar atas kesedaran akan semua kuasa dan ajaran-Nya, membuatku tahu bahawa  janji itu belum layak hadir di antara kita, kerana kau tidak layak untuk mendapatkan izin untuk menulisnya, selain sekirannya apabila kita telah berikrar di atas“AKAD NIKAH’‘. Itulah janji yang seharusnya hadir di antara kita.

Maafkan untuk kelemahan akal dan fikiranku, yang pernah membiarkan hadirmu menguris semua rasaku, mengisi hati dan fikirku dengan bayangan-bayangan indahmu, di atas nama cinta. Cinta yang tak seharusnya kubiarkan hadir mengusikku iaitu bersama hadirmu.



Namun kini, semua kesalahan itu telah mampu kutebus, InsyaAllah.  Aku kini mampu mengusir bayanganmu dari lubuk hatiku ini. Meskipun tak dapat kunafikan bahawa hadirmu kedalam hidupku pernah menjadi sebahagian memori terindah dalam hidupku, kerana dengan kehadiranmulah aku mampu menyedari kebodohanku, dan dengan hadirmulah aku mampu membaca kembali apa yang telah di ajarkan-Nya. Dan dengan hadirmulah, aku dapat membezakan mana yang boleh, mana yang jangan, dan mana yang belum layak kuraih.

Kini, yang ada adalah rasa syukur kerana pernah mengenalmu di masa lalu, meskipun aku telah mampu mengantikan hadirmu di masa lalu dengan hadir-NYA, namun harus aku ucapkan “ Terima Kasih” padamu, keranamulah aku mencari dan merasakan indahnya CINTA yang sudah di ajarkan-NYA. Cinta sejatiku.
Aku tak pernah membencimu,
Aku tak pernah menyesal dengan kehadiranmu dulu,
Dan aku tak pernah mampu melupakanmu, meskipun dirimu kini hanya jadi sebahagian dari MASA LALUKU.

“Kerana terlalu banyak HIKMAH yang kudapatkan saat kau hadir dan berlalu dalam kehidupanku.”
:. Model Pakar Cinta ♥ .:
pakarcinta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 1.025857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list