CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 1

Isteri Benci 14 Sikap Suami Macam Ini

[Copy link]
Post time 16-10-2015 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Asyik bermasam muka dengan pasangan? Kadang suami tak sedar yang perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Cuba anda semak kalau ada 14 sikap ini dalam diri, anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok...


1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!


2. Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop 'queen control'. Aduhaaaiii... tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.


3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.




4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?


5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi 'teman tapi mesra' sangatlah.


6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.


7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.


8. Tidak tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.


9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!


10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss...


11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.


12. Malas buat kerja
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.



13. Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.


14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.



Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang...


mingguanwanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 04:45 PM | Show all posts
Suami lak benci sikap isteri yang macam.

1) kuat bebel-pantang x kene sini siapla telinga laki kene ceramah

2)queen kontrol-semua bende die je betul. semua benda laki kene buat

3)penakut@penggeli-dengan lipas pon geli. siang ikan x reti alasan darah ikan ngan isi ikan menggelikan. nak cuci berak anak pon geli sebab busuk

4)pemalas-balik keje tdo. nak ajak beromen xnak. bagi alasan penat.

5)boros- asal g shopping da siap list mesti ada add on. pantang ada bende baru mesti nak beli jugak.

6)kuat makan-suami makan sehari je skali, isteri sekejap2 sms/wassap lapa lapa.

7)kuat cemburu-kalo suami keje balik lambat, mesti cakap suami melencong dating ngan orang lain.

8)xpandai berhias untuk suami-kalo keluar rumah bukan main cantik lagi, pakai mekap, gincu bedak, tp bile duduk rumah dengan suami pakai seluar apek ngn tshirt kepam..mane suami selera nk tengok bau pon bau ikan masin.

9)Berkira-duit suami die, duit die duit diela. sikit pon x bantu bantu suami.

10) lebihkan family sendiri-kalo bab family isteri, semuanya laki kene mengalah, bile laki ajak balik umah laki mesti mengelak, alasan x ngam ngan mertua.

11)kuat menjawab-bila laki tegor x pernah ny yg terima, ada je jawapannya

dala.. xlarat nak taip.
kesimpulannya tak kira laki ke bini ke, dua dua ada kelemahan. jangan selalu tuding jari ke sebelah pihak je, seharusnya lebih muhasabah diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list