View: 4077|Reply: 1
|
14 Alasan Ini Mungkin Sebab Mengapa Si Dia Tiba-Tiba Saja Menghilangkan Diri!
[Copy link]
|
|
Aishhh.. sakit hati pun ya! Nak marah pon ya juga. Rasa rindu pun ada. Macam-macam perasaan yang timbul. Kadang-kadang hati ni tertanya-tanya.. Kenapa? Apa salah aku? Tiba-tiba sahaja si dia nak menyepikan diri. Mesej pun tak, apatah lagi telefon.
Alahai apa dah jadi ni? Pasti situasi ini pernah menghantui kamu bukan?
Mungkin, ini beberapa sebab mengapa si dia menghilangkan diri tanpa memikirkan perasaan kamu.
1☀ BERTUKAR STATUS
Kadang kala, lelaki ni memang sukar nak di jangka. Mereka memang suka menyembunyikan sesuatu daripada kita. Baik rahsia kecil-kecilan hinggalah ke besar-besaran. Jadi, jangan terkejut jika tiba-tiba kamu terima satu pesanan ringkas daripadanya yang mengatakan si dia kini milik orang lain dan sah menjadi suami kepada seseorang. Kes ini pernah terjadi tau!
2☀ MEMPUNYAI KEKASIH LAIN
Jika si dia benar-benar setia dengan kamu, tentu-tentu segala komitmen seratus peratus hanya untuk kamu. Ini tidak, jika asyik menghilangkan diri je tidak mustahil jika si dia mempunyai pasangan yang lain betul tak? Jadi cuba selidik dan pastikan adakah perasaan ini benar atau tidak jangan terus menuduh. Bukan apa, takut juga jika tekaan kamu tidak berasas.
3☀ INGIN BERPISAH
Besar kemungkinan juga si dia cuba menjauhkan diri dengan kamu. Bila lelaki cuba menjauhkan diri daripada seorang wanita. Itu bermaksud si dia memang memaksudkannya. Tiada istilah ‘main-main’ atau saja suka-suka untuk menghilang besar kemungkinan si dia inginkan perpisahan.
4☀ BOSAN
Lelaki memang cepat bosan. Mereka suka hidup dikelilingi dengan benda-benda yang menghiburkan sahaja. Jadi, jika si dia cuba mengelakkan diri daripada kamu besar kemungkinan kamu membosankan dirinya. Oleh itu, cuba lah lakukan pekara-pekara yang lebih menghiburkan bersama si dia.
5☀ TAWAR HATI
Kadang kala, bila terlalu marah kita akan hilang pertimbangan dan mula cakap benda-benda yang akan menyakitkan hati. Boleh kata mungkin si dia sudah tawar hati dengan kamu atau terasa dengan kata-kata kamu. Lebih baik jika kamu pujuk dia kembali dan cari altenatif yang lebih kreatif untuk mencuri hatinya semula.
6☀ CURANG
Seperti yang di kata, jika si dia benar-benar setia dengan kamu, tentu-tentu segala komitmen seratus peratus hanya untuk kamu tetapi andai kata dia tidak memberi komitmen itu menunjukkan si dia sedang bermain mata dengan orang lain. Jadi hati-hati!
7☀ TUNANGAN ORANG
Tidak mustahil juga jika kekasih kamu itu sebenarnya tunangan orang. Pekara ini memang sering berlaku. Katanya sibuk dengan kerja dan meeting. Rupa-rupanya sibuk dengan perempuan lain. Lebih memeranjatkan perempuan itu adalah tunangannya. No wonder lah setiap hari Sabtu dan Ahad dia pasti menghilang. Hmmmm, jadi girls, please make sure pasangan kamu itu memang bukan tunangan orang.
8☀ MASALAH PERIBADI
Mungkin si dia sedang bergelut dengan masalah peribadi dan keluarga. Mungkin si dia juga telah kehilangan kerja. Tak mahu menambah beban kepada kamu, si dia pergi membawa diri.
9☀ TERSILAP LANGKAH
Dek kerana tersilap langkah, si dia terjebak dalam skim cepat kaya dan dibebani dengan hutang atau dicari orang, tak mustahil hal ini terjadi.
10☀ CINTA TIGA SEGI
Dalam tak sedar, punca dia menghilang kerana kamu sendiri menaruh hati pada orang lain dalam diam-diam. Siapa yang tak makan hati. Mungkin, diamnya itu adalah langkah yang terbaik untuk melupakan kamu.
11☀ TAK BERI KATA PUTUS
Si dia mungkin penat dengan kamu yang masih berteka-teki atau bermain tarik tali bila diajak untuk ke arah yang lebih serius. Ajak kahwin misalnya. Tapi, kamu masih belum bersedia dan tak berterus terang dengannya.
12☀ MARAHKAN KAMU
Cuba ingat saat terahkir kamu bersamanya. Adakah kamu telah melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahannya? Mungkin si dia ingin kamu mencari jalan untuk memujuknya dengan mengambil langkah berdiam diri.
13☀ TAK MAHU MENYAKITIMU
Ya, cinta itu kadangkala di luar jangkaan kita. Si dia memilih untuk pergi dari hidup kamu mungkin kerana tidak mahu terus menyakitimu atau tak mahu kamu hidup susah kerananya. Andai kamu memang sayangkan padanya, cepat-cepat yakinkan dia yang kamu memang untuk si dia.
14☀ KEPUTUSAN DRASTIK
Si dia mungkin telah mengambil keputusan yang drastik! Bekerja di luar negara misalnya. Mungkin dalam beberapa tahun nanti si dia akan muncul kembali. Cuma, tak tahu jodoh antara kamu dengan dia panjang atau tidak.
remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrrr da yg btl gak...kihkih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|