CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 2

Pernah Leka Dalam Hidup, Adam AF Hasil lagu 'Mendekatimu'

[Copy link]
Post time 17-10-2015 06:26 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Adam muncul dengan lagu terbaharu berjudul Mendekatimu. Foto AZMAN GHANI

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) berkata pengalaman lalu pernah leka dengan kehidupan dunia membuatkan dia menghasilkan lagu berbentuk kerohanian iaitu Mendekatimu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, menyifatkan sikap leka tersebut pasti pernah dilalui orang lain dan kerana itu dia ingin mengingatkan sesama saudara Islam lain menerusi lagu berkenaan.

"Sebagai manusia, ada masanya kita gembira dan ada masa kita sedih. Tetapi bila gembira, kita lupa kepada Allah, bila sedih atau sedang dibelenggu dalam masalah, barulah kita ingat Dia.

"Saya percaya pasti ramai yang lalui perkara ini, begitu juga saya. Sebab itu saya hasilkanMendekatimu.



[size=0.75em]Adam AF


"Selain mengingatkan untuk diri sendiri, saya dapat berdakwah kepada saudara Islam lain," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu tambahnya, dia bersyukur kerana sempat sedar daripada kelekaan itu untuk kembali ke jalan Islam.

Kata Adam, istimewanya Mendekatimu, lagu yang dihasilkan itu berkonsepkan balada pop dimana melodinya berbentuk mesra pendengar.

"Lirik yang saya hasilkan juga sangat mudah difahami. Cuma utuk lagu ini, saya tidak menari seperti konsep lagu sebelum ini.

"Video klip yang ditampilkan pun lebih menunjukkan kesederhanaan," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adam juga akan muncul dengan sebuah lagu dance, berkolaborasi dengan kumpulan KRU.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2015 06:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2015 06:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.116235 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list