CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2211|Reply: 1

Ozil Rai Hari Lahir Ke-27, Hargai Sokongan Peminat

[Copy link]
Post time 17-10-2015 06:32 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PERANCANG utama Arsenal, Mesut Ozil menyambut hari kelahirannya yang ke-27 dengan mengucapkan penghargaan kepada peminat-peminatnya menerusi media sosial.

Pemain antarabangsa Jerman yang membantu negaranya mara aksi Euro 2016 ketika saingan kelayakan minggu ini meraikan hari lahirnya secara ringkas dengan sebiji kek tradisi sambil meniup lilin.

Ozil memuat naik gambar hari lahirnya itu di Instagram bersama ucapan: "One year older yet again! Thank you all so much for your birthday messages! Here's to another great year...#bestfansworldwide #thankyou #happyMesut #birthday.'

Sementara itu, pengurus The Gunners, Arsene Wenger mengakui bertuah memiliki Ozil yang semakin menyerlah sejak awal musim ini.

Ozil dianggap sebagai 'nadi'  kepada bahagian serangan Arsenal setakat ini selepas membuktikan kehebatan mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Manchester United baru-baru ini.

Wenger percaya aksi cemerlang Ozil  ini dianggap sebagai  landasan untuk pemain itu terus mempamerkan prestasi terbaik.

Lebih menarik, Ozil turut menyumbangkan gol pertamanya musim ini ketika bertemu anak buah Louis van Gaal itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2015 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hepi bufday ozil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list