CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5466|Reply: 36

[Dunia] Isu gaji dan cara kerja, ribuan doktor muda protes di London

[Copy link]
Post time 19-10-2015 10:23 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Beribu-ribu orang doktor mengadakan protes berkaitan gaji dan cara kerja di London kelmarin dalam perbalahan yang semakin teruk antara kakitangan perubatan dan kerajaan Britain.

Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt merancang untuk mengelaskan semula waktu kerja mingguan normal bagi doktor-doktor muda dengan memasukkan hari Sabtu serta waktu lewat malam, satu tindakan yang didakwa pengkritik akan mengurangkan gaji sehingga 30 peratus kerana kehilangan bayaran kerja lebih masa.

Satu kumpulan besar berhimpun di Whitehall, di mana pejabat-pejabat kerajaan ditempatkan bagi mendengar beberapa jurucakap mengutuk tindakan Hunt itu.

Penunjuk perasaan memakai pakaian kerja hospital sambil melaungkan ‘Hunt perlu pergi’ dan ‘Tidak selamat, tidak adil, Jeremy tidak peduli’.

“Limpahan kemarahan dan kekecewaan yang kami telah lihat daripada beribu-ribu doktor muda di seluruh Britain, kemuncaknya adalah dalam perhimpunan bersejarah hari ini (kelmarin) di London perlu menyedarkan menteri-menteri.

“Jika mereka fikir doktor-doktor muda akan menerima sahaja ancaman pelaksanaan wajib, terbukti mereka silap,” kata ketua jawatankuasa doktor muda Persatuan Perubatan British (BMA), Johann Malawana dalam satu kenyataan akhbar.

BMA dan polis London tidak dapat memberikan anggaran jumlah peserta perhimpunan tersebut tetapi beberapa laporan media mendakwa 20,000 orang menghadiri tunjuk perasaan itu.

Hunt memaklumkan perubahan dicadangkannya itu, yang hanya melibatkan doktor-doktor di England akan meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit dengan menjadikan kos lebih murah untuk hospital menetapkan waktu kerja doktor pada hujung minggu di samping mengurangkan jumlah jam kerja mingguan doktor terbabit.

Doktor yang terlibat akan diberikan pampasan jika kehilangan pendapatan tambahan kerja lebih masa melalui peningkatan kadar gaji pokok.

“Saya fikir ianya sangat mengecewakan, cara BMA telah salah faham dengan pendirian kerajaan,” kata Hunt kepada rangkaian televisyen BBC.

BMA sedang bersedia mengadakan undi untuk ahlinya menentukan kemungkinan mengadakan mogok berkaitan isu tersebut sementara Hunt telah menyeru kumpulan doktor terbabit kembali ke meja rundingan. – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 10:57 AM | Show all posts
da bagi cuti pun meroyan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:04 AM | Show all posts
Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt merancang untuk mengelaskan semula waktu kerja mingguan normal bagi doktor-doktor muda dengan memasukkan hari Sabtu serta waktu lewat malam, satu tindakan yang didakwa pengkritik akan mengurangkan gaji sehingga 30 peratus kerana kehilangan bayaran kerja lebih masa.

bla bla bla......

Hunt memaklumkan perubahan dicadangkannya itu, yang hanya melibatkan doktor-doktor di England akan meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit dengan menjadikan kos lebih murah untuk hospital menetapkan waktu kerja doktor pada hujung minggu di samping mengurangkan jumlah jam kerja mingguan doktor terbabit.

Doktor yang terlibat akan diberikan pampasan jika kehilangan pendapatan tambahan kerja lebih masa melalui peningkatan kadar gaji pokok.


eni eksplenesi @ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:08 AM | Show all posts
kesiannya doktor muda..ubah jadual kerja
@ipes2  


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor "muda" di Mesia tak power...yg power parent diorg... balik umah menangis2 kat mak..mak terus bengang .tak nak oncall teruk...terus kerja shift
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:21 AM | Show all posts
So tak boleh buat kerja lebih masa? Meroyan pulak sebab tak boleh claim elaun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2015 11:24 AM | Show all posts
kerja doc penat..kena tahan mcm2 kerenah pesakit.. lagi nk kerja lebih masa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:25 AM | Show all posts
mikasa replied at 19-10-2015 11:16 AM
Doktor "muda" di Mesia tak power...yg power parent diorg... balik umah menangis2 kat mak..mak terus  ...

yg tu anak somebody bleh laa....yg marhein dulu baper ramai yg mental sbb x tahan tekanan keje masa bergelar HO......siksa woooo 2 tahun jadi cam anjing....tu blom lagi kalo ko ada bad reputation di previous department....mmg lagi sengsara laa idup ko sebagai HO, abis kena buli dari HOD, pakar, MO sampai ke senior collegue bagai..........kalo nasib malang kena extend housemanship sampai bertahun2........



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 11:27 AM | Show all posts
chinta89 replied at 19-10-2015 11:24 AM
kerja doc penat..kena tahan mcm2 kerenah pesakit.. lagi nk kerja lebih masa?

aku x bleh komen kalo ko refer kepada doktor muda di UK, but if ko refer doktor tu sebagai doktor di malaysia ai ken essyuer yu yg life as a doctor as not as bad as ko pk kan.....yg teruk tu hanyalah masa HO...

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 19-10-2015 11:25 AM
yg tu anak somebody bleh laa....yg marhein dulu baper ramai yg mental sbb x tahan tekanan keje mas ...

Itu laa untung ada kekwan anak somebody..


Macam laa lepas HO takda oncall....pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 11:36 AM | Show all posts
mikasa replied at 19-10-2015 11:32 AM
Itu laa untung ada kekwan anak somebody..

pepandai laa ejas...bleh jadi dorg nak dapatkan APC jer then terus buka klinik sendiri or wat fulltime locum kat provate spital

lagipun oncall HO dgn MO lain penatnya....MO lebih kepada responsibility, HO lebih kepada kerahan tenaga dan masa.......so x terbanding penat oncall HO berbanding MO...tp ada jer MO yg jonah tym oncall bz like shit.....non-stop unstable cases need urgent treatment masuk wad dia.......yg tu xleh nak nolong eh....lol

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap kerja ade cabaran and dugaan..tp doktor kan keje glamour..disanjung tinggi..so kenalah live up to the expectation..kalo dak tggu je uolls sume jobless digantikan dengan robot, software or google sorry la..aku menyampah dgn doktor sejak my trip to hosp asia columbia berjumpa dengan doktor sombong and hampir semua doktor jumpe sebelom ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:55 PM | Show all posts
betul tu. susah nak jumpa doc tak sombong..low profile. rasanya pesakit pun takut nak tanya lebih2 esp kat hosp kerajaan tu. tertekan sgt kot kerja doc ni smpai jd gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 02:22 PM | Show all posts
kyrana replied at 19-10-2015 01:55 PM
betul tu. susah nak jumpa doc tak sombong..low profile. rasanya pesakit pun takut nak tanya lebih2 e ...

ada jer doktor yg x sombong, ramai siot........heheheheheheh

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 04:24 PM | Show all posts
kyrana replied at 19-10-2015 01:55 PM
betul tu. susah nak jumpa doc tak sombong..low profile. rasanya pesakit pun takut nak tanya lebih2 e ...

ada ramai kot xsombong..
ada sorg specialist, siap lepak sesama iols n the gang lagi..
xde pon kesah kawan2 kerja biasa2 sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ffawwaz replied at 19-10-2015 04:24 PM
ada ramai kot xsombong..
ada sorg specialist, siap lepak sesama iols n the gang lagi..
xde pon k ...

Bkn nk pukul rata kata dorg sombong cuma sedih tgk cara komunikasi dgn pesakit esp yg tua & org kg. Penerangan perihal sakit pun xjelas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 10:05 PM | Show all posts
berbalik lah dekat diaorang tu, kerja doktor sebab nak glamour ke sebab nak tolong orang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kyrana replied at 19-10-2015 01:55 PM
betul tu. susah nak jumpa doc tak sombong..low profile. rasanya pesakit pun takut nak tanya lebih2 e ...

Yeah..ada sesetengah mmg gitu.ngt kita bodoh xtahu pape.padahal nak tahu tntg pengetahuan asas penyakit skrg dh mudah.tats y aku xsuka nampak bodoh,so sebelum jumpa doc aku akan siapkn sikit ilmu bio xnmpk bimbo apa pun xtahu.

3 org doktor yg aku akan jadikan contoh untuk anak aku kelak,kalau dia minat jd doktor.pertama pakar kanak2 doctor tan kat bangunan komtar jb ni.mmg bagus peramah,walau lain bangsa,tiap anak kau sakit,jumpa dia dh serupa mcm kau belajar perubatan..siap tunjuk buku,penerangan siap amali..siap bg nota khas utk ibubapa lpstu caj murah..k2  arwah doc aku, semoga dirahmati atas kebaikan beliau.masa aku keje dulu dia mmg low profile,dia lah satunya doc yg org bhutang bayo bkali-kali kat klinik dia walau bil setakat seratus lebih. Masih bg org hutang,kalau org xbduit minta kurang..mmg dia bg.k3 doktor zouldahan tu bg aku selain lawak,dia mmg sempoi habis nasib lah jauh nk pg situ.

Yg lain tu mmg mls,muka kelat lah..apa lah menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:16 PM | Show all posts
ahkak ingat dokter tanahair jah yg tertindas sis..
kawan2 ahkak dokter BNU kerapa jua drama queer dlm FB sis

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pasemboq replied at 19-10-2015 10:16 PM
ahkak ingat dokter tanahair jah yg tertindas sis..
kawan2 ahkak dokter BNU kerapa jua drama queer d ...

Kan? Haha. Kawan aku masa ho, kemain sorang-sorang update pesbuk nak resign tak mhu jadi doktor. Kemain drama queen dorang ni, lagi -lagi yg da kawen dan ada anak. Sekali baca macam kesian, tapi dah hari2 update status, ko ingat aku nak kesian kat ko..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.095994 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list