Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempunyai banyak suku kaum pribumi selain Melayu. Oleh itu negeri ini amat kaya dengan warisan budaya tradisi yang pelbagai dan unik, termasuk senibinanya. Rekabentuk dan senibina rumah di sini banyak dipengaruhi oleh faktor geografi, keselamatan dan sosial. Jom kita lihat.
Rumah-rumah Tradisional Sarawak.
Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.
Rumah Melayu Sarawak
Rumah Panjang Iban Sarawak
Rumah Panjang Bidayuh Sarawak
Rumah Baruk Bidayuh
Rumah Panjang Tinggi / Melanau Sarawak
Rumah-rumah Tradisional Sabah.
Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.
n da masuk kampung budaya sarawak..
mcm2 rumah tradisi ada kat sana..
salah satu rumahnya ada tengkorak dlm tu..
lupa da rumah kaum etnik yg mana satu..
a'ah.. masuk2 je terus tgk tarian kebudayaan dorg..
lepas tu baru ke rumah tradisi..
tp x tau la sekarang mcm mana.
sb n pegi lebih dari 10 tahun dulu..