CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 11

[Tempatan] Penggunaan Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Berbahaya

[Copy link]
Post time 21-10-2015 05:47 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan kulit kayu manis jenis 'cassia' dan 'cinnamon' sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan digunakan sedikit sahaja dalam masakan.
"Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Dr Noor Hisham berkata kementerian peka dan prihatin terhadap dakwaan media sosial bahawa kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.



"Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin," katanya.
Dr Noor Hisham menjelaskan kulit kayu manis jenis cassia dan cinnamon adalah daripada keluarga yang sama.


Kulit kayu manis cassia turut dikenali sebagai Chinese cinnamon berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis Ceylon cinnamon yang berasal dari Sri Lanka.
Orang ramai yang merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.
Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cassia ni tebal skit dr cinnamon
Dl igt sama sj
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:17 AM | Show all posts
jom ubah......!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:22 AM | Show all posts
ummah asyik paranoid je dgan benda bukan2 padahal fakta palsu lepastu orang yg dah buat kajian bentangkan fakta saintifik sekali dgan bukti boleh pulak deny dan tolak. ummah bimbo hanya percaya bomoh dan black magic je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dlm gmbr kt atas tu cassia...kalau cinnamon lg bergulung ke dlm... Apapun siapa kuat makan kari tiap2 hari la boleh risau
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:02 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lah hari2 msk mkn kari yg letak smpai berketul2 kayu manis dlm tu.....

Yg msk slama ni pn sbb nk bg ada aroma je kan n rsa spices siket2....makcik2 kakak2 fb tu xtau pn mndaalah coumarin ni menatang apa...lain lah hari2 ngadap tenet baca jurnal paper
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:24 AM | Show all posts
karang ... ngan bunga cengkih ... ketumbar ... buah pala suma tu .. di alertkan sebagai makanan yang mempunyai kandungan racun yang bahaya...

weeii.... benda ni dah sinonim ngan makanan nusantara sejak jaman berjaman ... tak adanya bahaya pun ....
bukannya ko nak makan kulit kayu manis tu macam makan snack ....

p/s bnyk jer makanan ringan ... fast food kat luar yang lebey bahaya daripada rempah ratus nie.... focus ar kat those food mangkok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 11:29 AM | Show all posts
bukannya dorang kata jangan guna kayu manis ke apa..
sebaliknya guna kayu manis yang betul bukan cassia tu..
sapa tau kayu manis, tau la beza dengan cassia tu..
cassia tu takde bau kayu manis pun..
rasa pun tak sedap macam kayu manis..
kayu manis harga pun lagi mahal dari cassia..
sebab tu cassia ni dijual berleluasa..

kalau rasa nak jaga kesihatan diri, apa salahnya amik dari sudut positif..
kalau rasa pi lantak, guna je la cassia tu..
bak kata ummah.. bukannya korang lantak gulai kari hari-hari kan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 11:52 AM | Show all posts
ooo yg ni i nmpk kt fb.. x faham sgt...

tp rupa yg cassia tu rasanya i selalu bli kt tesco mydin etc..

x sama ke? so cmne nk dapatkan yg betul2?

slalu i pakai seketul je dlm gulai, rendang atau sup..

so mall/kedai2 yg jual cassia tu cmne? boleh dikata dorg menipu pengguna ke cmne?
x syokla cmni.. org nakla yg berkualiti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:08 PM | Show all posts
maka menggelupur plk ummah lps ni takut nak mkn racun...

kehkehkeh...

isap okok, vape & pelbagai hamjad lain xpe..

boleh mkn sebanyak2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:10 PM | Show all posts
Edited by Star_el at 21-10-2015 12:11 PM

nape rasa dejavu ni?haha
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=2093432


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043370 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list