CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 14

[Tempatan] Penggunaan kulit kayu manis dalam masakan tidak berbahaya - KP Kesihatan

[Copy link]
Post time 21-10-2015 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Penggunaan kulit kayu manis dalam masakan tidak berbahaya - KP KesihatanBernama |                                                 Oktober 20, 2015 21:39 MYT                    
                                            




                                 DR NOOR HISHAM: Penggunaan kulit kayu manis jenis 'cassia' dan 'cinnamon' sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penggunaan kulit kayu manis jenis 'cassia' dan 'cinnamon' sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan digunakan sedikit sahaja dalam masakan.

"Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kementerian peka dan prihatin terhadap dakwaan media sosial bahawa kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.

"Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin," katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan kulit kayu manis jenis cassia dan cinnamon adalah daripada keluarga yang sama.

Kulit kayu manis cassia turut dikenali sebagai Chinese cinnamon berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis ‘Ceylon cinnamon’ yang berasal dari Sri Lanka.

Orang ramai yang merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.
Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.-Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 08:09 AM | Show all posts
saya minum air rebusan cassia/cinnamon setiap pagi sis...so far susah amat nk demam...elohim maha pencipta sis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:14 AM | Show all posts
Aik, kenapa tiba2 timbul isu ni? Dah berkurun manusia masak gunakan kulit kayu manis, takde pape pun.
Dok telan MSG pengawet bagai tak risau pula??
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:03 AM | Show all posts
ade kwn iolls alergik cinnamon... xleh bernafas... ssah nk detect dlm mknan... xkan nk tnya setiap kali nk makan... kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:10 AM | Show all posts
famri7 replied at 21-10-2015 08:09 AM
saya minum air rebusan cassia/cinnamon setiap pagi sis...so far susah amat nk demam...elohim maha pe ...

ada campur gula?? apa rasa  ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:29 AM | Show all posts
Star_el replied at 21-10-2015 08:14 AM
Aik, kenapa tiba2 timbul isu ni? Dah berkurun manusia masak gunakan kulit kayu manis, takde pape pun ...

xde cop jakim kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 10:38 AM | Show all posts
Star_el replied at 21-10-2015 08:14 AM
Aik, kenapa tiba2 timbul isu ni? Dah berkurun manusia masak gunakan kulit kayu manis, takde pape pun ...

bebaru ni kan kecoh org dok viral kan pasal kulit kayu manis jnis cassia x boleh makan
tu yg kkm bgi maklumbalas tu kot
agaknye lah...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:43 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 21-10-2015 10:03 AM
ade kwn iolls alergik cinnamon... xleh bernafas... ssah nk detect dlm mknan... xkan nk tnya setiap k ...

kalau yang jenis reti memasak patut tahu kot masakan apa yg letak cinnamon.

kalau dlm gulai memang la takkan rasa, kalau yg letak dlm dessert sah2 la boleh rasa cinnamon nya.

konsep nya dalam gulai masakan melayu or kari almost certain akan ada letak cinnamon dek, so taj payah fefeeling tak tahu ke apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 10:47 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 21-10-2015 10:03 AM
ade kwn iolls alergik cinnamon... xleh bernafas... ssah nk detect dlm mknan... xkan nk tnya setiap k ...

erkk . aku penah la konon2 nk tingkatkan metabolisme dok minum air serbuk kulit kayu manis. byk letak.. memang rasa sesak nafes. tp x perasaan plk la time tu. jd x elok amalkan ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:49 AM | Show all posts
Changa replied at 21-10-2015 10:43 AM
kalau yang jenis reti memasak patut tahu kot masakan apa yg letak cinnamon.

kalau dlm gulai mem ...

eh bkn iols la  ahkak... kwn adek y tak berapa tau sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:50 AM | Show all posts
edoraixora replied at 21-10-2015 10:38 AM
bebaru ni kan kecoh org dok viral kan pasal kulit kayu manis jnis cassia x boleh makan
tu yg kkm  ...

lorr yeke, aku taktau pulak pasal viral tu.
Thanks atas pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:50 AM | Show all posts
lazim replied at 21-10-2015 10:47 AM
erkk . aku penah la konon2 nk tingkatkan metabolisme dok minum air serbuk kulit kayu manis. byk le ...

tak pasti la... sbb certain ppl akan alergik... boleh cek kt spital or klnik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 21-10-2015 02:10 AM
ada campur gula?? apa rasa  ye

Xcampur apa2 sis..cuba sbotol air panas tambah 2-3 batang cinnamon...lepas 3-4 jam air jdi kuning..dah bleh minum...lepas 2-3 hari jadi manis2 sikit...tapi rasa memang cinnmon abis...

So far paling lama saya rendam adalah 2 bulan...cuma minum sgela kecil slepas bangun dan sbelum tido...cinnamon memang ada antibacteria property..

Jgn minum bnyk sngt nanti cirit birit..sgelas slepas/sbelum tidur jah....tapi kadang2 bila rasa geli2 tekak nk demam saya trus minum jah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:37 PM | Show all posts
famri7 replied at 21-10-2015 01:35 PM
Xcampur apa2 sis..cuba sbotol air panas tambah 2-3 batang cinnamon...lepas 3-4 jam air jdi kuning. ...

bagusla.. bole try ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min, Ahn EunJin, Lee Hak Joo, Lee Da In, Lee Chung Ah
xyla73[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min
Views : 12005 Replies : 114
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 286056 Replies : 8457
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 99563 Replies : 1037
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 28492 Replies : 82
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72391 Replies : 78
6.73 juta pekerja naik gaji
Abahmung6.73 juta pekerja naik gaji
Views : 53041 Replies : 0
Kenaikan cukai taksiran di KL tahun depan.Anda bersedia?
YgBenarKenaikan cukai taksiran di KL tahun depa
Views : 65966 Replies : 0
RCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
AbahmungRCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
Views : 54172 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.505326 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list