CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 0

Messi, Ronaldo, Neymar Calon Pemain Terbaik Dunia

[Copy link]
Post time 21-10-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada awal tahun ini.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PARIS: Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona menguasai senarai pendek calon anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d'Or Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan pada petang Selasa.


[size=0.98em]Daripada 23 nama yang disenaraikan, kelab itu mempunyai enam wakil termasuk calon pilihan, Lionel Messi selain Javier Mascherano (Argentina), Andres Iniesta (Sepanyol), Neymar (Brazil), Ivan Rakitic (Croatia) dan Luis Suarez (Uruguay).


[size=0.98em]Calon lain adalah pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya dari Real Madrid, Gareth Bale dan Karim Benzema.
[size=0.98em]Juara Liga Jerman, Bayern Munich juga mempunyai lima wakil.



[size=0.98em]Pemenang bagi anugerah berprestij itu akan diumumkan pada satu majlis di Zurich, Switzerland pada 11 Januari.
[size=0.98em]Pada awal tahun ini, Ronaldo dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut selepas mempamerkan prestasi menakjubkan sepanjang 2014.
[size=0.98em]Ronaldo menyumbatkan 61 gol dalam 60 perlawanan untuk kelabnya tahun lalu, menjadi kapten ketika menjulang Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Piala Super Eropah dan trofi Copa del Rey.


[size=0.98em]Penyerang sensasi, yang pernah meraih anugerah itu pada 2008 dan 2013, menewaskan Messi dan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer, yang membantu Jerman menjulang Piala Dunia di Brazil.



[size=0.98em]Berikut adalah senarai 23 calon bagi anugerah Ballon d'Or, tahun ini:
[size=0.98em]BARCELONA: Andres Iniesta (Sepanyol), Javier Mascherano (Argentina), Lionel Messi (Argentina), Neymar (Brazil/Barcelona), Ivan Rakitic (Croatia), Luis Suarez (Uruguay).
[size=0.98em]BAYERN MUNICH: Robert Lewandowski (Poland), Arturo Vidal (Chile), Arjen Robben (Belanda), Manuel Neuer (Jerman), Thomas Müller (Jerman).
[size=0.98em]REAL MADRID: Gareth Bale (Wales), Karim Benzema (Perancis), Cristiano Ronaldo (Portugal), Toni Kroos (Jerman), James Rodriguez (Colombia).
[size=0.98em]MANCHESTER CITY: Sergio Aguero (Argentina), Yaya Touré (Ivory Coast). VfL WOLFSBURG: Kevin De Bruyne (Belgium).
[size=0.98em]CHELSEA: Eden Hazard (Belgium).
[size=0.98em]PARIS ST GERMAIN: Zlatan Ibrahimovic (Sweden).
[size=0.98em]JUVENTUS: Paul Pogba (Perancis).
[size=0.98em]ARSENAL: Alexis Sanchez (Chile).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052874 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list