CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 0

Kompromi Dengan Pasangan

[Copy link]
Post time 21-10-2015 06:15 PM | Show all posts |Read mode


Rasanya kurang tepat jika kita hanya menunjuk atau menuding jari mengatakan pasangan kita sebagai orang yang sukar diajak berkompromi. kompromi sebaik-baiknya dibina dari kedua belah pihak. Dalam hal ini, cubalah cermin pada diri sendiri, sudahkah kita berkompromi terhadap pasangan?
Sebagai wanita, memanglah kita selalu merasa harus mengalah dan menerima apa pun keputusan yang diambil oleh pasangan. Tetapi kadangkala kita terpaksa mengalah hanya untuk menghindari konflik dengan pasangan.

Padahal cara tersebut boleh menyebabkan kita tertekan dan meledak suatu ketika nanti. Inilah yang paling kita takuti. Kerana apabila ini terjadi, mungkin semuanya telah terlambat ataupun apabila terjadi perbalahan perkara yang lepas pun akan berbangkit semula kerana sudah lama menahan sabar akan karenah pasangan.

Sebaiknya kita sebagai isteri pun harus memiliki kepercayaan diri untuk meluahkan kata – kata dan berusaha mencari jalan keluar bersama pasangan, jangan hanya bersikap diam dan menerima sahaja. Ini kerana, jika perkara ini terjadi bukan kompromi yang akan kita akan dapat melainkan hanya mahu kemenangan mutlak demi menjaga harga diri. Dan, akhirnya masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan.
Jika timbul masalah, jalan terbaiknya adalah fokus terhadap masalah tersebut. Apabila mulai terjadi konflik dan sukar mencapai kata sepakat, maka ada baiknya kita memberanikan diri fight untuk mencari jalan tengah. Beradu pendapat sesekali perlu ada untuk mengajari pasangan agar tidak terlalu egois dalam menyelesaikan masalah.

Ketika terlibat dalam suatu masalah, sebaiknya jadikan sebagai proses pembelajaran bagi anda berdua. Sebagai isteri, kita juga harus berfikir secara rasional agar masalah kita dapat diselesaikan secara win-win situation. Dan bagi pasangan, kompromi ini dapat dijadikan sebagai latihan untuk mengalahkan ego agar mahu mendengarkan pendapat isterinya. Rahsianya, kita berdua harus mahu bersikap terbuka untuk mencapai suatu perubahan.

pakarcinta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035891 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list