CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1750|Reply: 2

Bagaimana Jika Pernikahan Awal Terhalang?

[Copy link]
Post time 21-10-2015 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Kami masih belajar dan 4 tahun lagi akan menamatkan pengajiaan kami. Kami bersepakat ingin berkahwin awal, iaitu sebelum habis pengajian. Tapi, kenapa hasrat kami dihalang?
Kedua-dua belah pihak ibu bapa kami menghalang. Walhal, kami ingin menghalalkan hubungan ini. Bolehkan kami berkahwin secara senyap-senyap? Kami bukan apa, ingin mengelakkan maksiat.
Jawapan:
Kenapa ingin tergesa-gesa adik? Mampukah adik menampung keperluan hariannya sedangkan adik masih belajar. Lainlah sekirannya adik telah membuat simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan adik berdua.
Ingat, berkahwin bukan untuk sehari. Dan juga harus ingat, perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya.
Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin, hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu.
Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.
Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Cuba adik fahami hadis Rasulullah SAW ini:
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.
Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.
Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?
Pakar Cinta tidak mengatakan yang kahwin semasa belajar sesuatu yang salah. Tetapi, sekiranya adik sudah masuk kategori ‘wajib kahwin’, Pakar Cinta menyokong 99% keputusan adik.

Wajib Kahwin ialah kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan ia seorang yang mampu. Maksud mampu disini ialah mampu membayar mahar dan nafkah kepada bakal isterinya. Bagaimana adik? Adakah adik berkemampuan?
Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali.
Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.
Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia.
Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya.

Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat.
Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?


pakarcinta





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tu...puasa kalau tak mampu kahwin...

bukan mencelop memuki tak kira lelaki perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 10:17 AM | Show all posts
jgn la sekadar nk halalkn hubungan je....x salah tp nmpak sgt mcm tak fikir situasi akn2 datang...sorry ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035795 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list