CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6495|Reply: 16

Anda Pasti Tidak Percaya Wujudnya Zoo Manusia Pada Awal Abad Ke-19

[Copy link]
Post time 22-10-2015 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an?

Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah.

Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.

Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain.

Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16.

Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik.

Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran.


Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung.

Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai.

Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri.

Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut.

Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai.

Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico.

Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan.































dairishare



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 10:41 PM | Show all posts
menarik..
tapi tidak sesuailah untuk dipertontonkan manusia ni..
lainlah kalau patung lilin..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 02:07 PM | Show all posts
drg tu kene tangkap n kene paksa duk dalam tu ke sukarela??kesian plak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 03:08 PM | Show all posts
kena kurung ke ape??? ke datang setip hari sebagai bahan pameran ?..

adekah mereka tahanan? atau bergaji? mcm mane makan minum diorg....erghhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 10:14 PM | Show all posts
macam ala ala circus lah ni? kasihanya orang orang tuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:59 AM | Show all posts
awat orang tak buat filem
menarik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoo manusia????
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 09:21 AM | Show all posts
zoo manusia ni lbh pd mereka yg bukan org putih kan
sbb dolu kala org putih ni kedudukannya sungguh tinggi
ni bukan dr pembacaan tp sbb tgk kat TV ms kecik2 dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 08:32 AM | Show all posts
Fuyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:35 PM | Show all posts
kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 11:53 AM | Show all posts
skang pon ada je zoo manusia nih cuma tukar nama kepada
kampung budaya







Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ape yg menariknye zoo manusia?klu elephant man pnh la bc...dii letakan kat serkes utk pameran sbb muka die cm gajah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 09:31 AM | Show all posts
boleh mcm tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleis takda pulak dibawa ke sana ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleis takda pulak dibawa ke sana ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:56 AM | Show all posts
teringat film planet apes 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2016 12:28 AM | Show all posts
Mcm tgk freakshow la ekk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-3-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.255311 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list