View: 7076|Reply: 66
|
[Tempatan]
UiTM perlu buka peluang kepada bukan Bumiputera, kata pro canselor
[Copy link]
|
|
![](http://assets.bharian.com.my/images/articles/24Tan_Sri_Arshad_Ayub_cropped.transformed.jpg)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) disarankan memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera mengikuti pengajian di peringkat tertinggi di universiti berkenaan bagi mengalakkan persaingan.
Pro Canselornya, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata hasrat mewujudkan UiTM bukan sekadar untuk melahirkan 'jaguh kampung' tetapi ingin menampilkan lebih banyak golongan intelektual di persada antarabangsa.
Menurutnya, sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera di universiti berkenaan dipertimbangkan, memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa.
"Ini mengelak graduan universiti berkenaan sekadar menjadi 'jaguh kampung' dalam dunia yang kini semakin mencabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi ketiga Persidangan Akademik Antarabangsa (IAC) 2015 semalam.
Beliau mencadangkan peluang untuk bukan Bumiputera perlu dibuka di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) dan bukan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.
"Peluang kepada penuntut bukan Bumiputera melanjutkan pengajian di peringkat Masters dan PhD di UiTM mungkin dalam peratusan yang kecil, dan ini akan mendorong pelajar Bumiputera bersaing di peringkat tertinggi," katanya.
"Bagaimanapun, ia hanya membabitkan peringkat yang lebih tinggi kerana golongan Bumiputera masih memerlukan peluang dan sokongan di peringkat lebih rendah, iaitu diploma dan ijazah selaras dengan dasar penubuhan universiti," katanya.
Hadir sama, Pemangku Rektor UiTM Terengganu, Prof Dr Azemi Che Hamid dan Timbalan Pengerusi IAC 2015, Prof Dr Baharom Abd Rahman. Persidangan dwitahunan itu disertai 250 ahli akademik dari Malaysia, Indonesia, Nigeria dan China dengan 133 kertas kerja dengan tema 'Teknologi Meningkatkan Pendidikan' dibentangkan pada sesi dua hari itu. – Bernama, 23 Oktober, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.rHSHcnUE.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini Arshad lagi sekor katak nyanyok |
|
|
|
|
|
|
|
betul
graduate melayu banyak yg complacent |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by :::: at 23-10-2015 09:26 AM
Masa belajar apake bongok mau bersaing ? Bicara tentang bersaing pula...kaum lain mampu ke![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bersaing le. budak bangsa lain belajar nak dapat 1st class, nak gain soft skill, nak gain industry related skills.
kalau setakat belajar utk lulus CGPA 2.00 boleh la budak melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
arshad ayub ni aku saspek nyanyuk
org xnak salam dia masa konvo..
die meroyan![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harapkan pagar pagar makan padi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali lagi wa mau tanya. Lu apa tau ?
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang orang bijak baca buku je...lam perkara lain dia failed..... |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 23-10-2015 09:19 AM
betul
graduate melayu banyak yg complacent
Ayol fikir ni mitos je sis |
|
|
|
|
|
|
|
dia suruh bukak utk amik master and PHD which is quite reasonable..
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 23-10-2015 09:26 AM
bersaing le. budak bangsa lain belajar nak dapat 1st class, nak gain soft skill, nak gain industry ...
Ni pun mitos juga sis...
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut hang la bro ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mana Perkasa? pergi demo cepat |
|
|
|
|
|
|
|
setujuk ..... uitm ada banyak kampus .. so, there is no issue of tiada tempat utk bumi putra
baguih gak utk org bumi sundiri |
|
|
|
|
|
|
|
buka la tuk studnt non-bumi yg fasih ckp melayu,
ni speaking malay cm bangla baru datang 6 bulan,
baik tak yah.
suh dorg sekolah balik, blaja ckp melayu betul2. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana: buka la tuk studnt non-bumi yg fasih ckp melayu,ni speaking malay cm bangla baru datang 6 bulan,baik tak yah.suh dorg sekolah balik, blaja ckp melayu  ...
aku pun heran..kata rakyat malaysia..bahasa rasmi bahasa melayu dan pegang IC malaysia tapi bila cakap bahasa melayu tunggang langgang..Mat bangla ckap melayu lagi fluent dari org cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya yg fasih pun x kasi masuk...pui![](static/image/smiley/default/laught16.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setuju, jadi bagi la yg fasih bm masuk uitm ye![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|