CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2139|Reply: 0

Gebukan Kulit Dengan 3 Pilihan Terbaik

[Copy link]
Post time 23-10-2015 07:40 PM | Show all posts |Read mode

                    Tanpa perlu berbelanja besar, wanita masih boleh kelihatan cantik. Elok sangat ya, dalam keadaan ekonomi yang semakin meningkat, kebanyakan wanita mengambil sikap berjimat cermat. Tapi soal kecantikan dan kesihatan, anda masih ada cara lain melakukannya tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

        Manfaatkan bahan alami yang terdapat di dapur dan di sekitar rumah anda untuk jaga penampilan setiap hari. Khusus buat wanita yang mahu menawan tanpa berbelanja besar, anda boleh ikut cara ini:

       
       
        1. Putih telur 'teman baik' kulit
       
        Tak payah mengeluh, putih telur sangat membantu melambatkan penuaan, menegang, menghaluskan, melembap dan mencerahkan kulit. Cara ini juga terbaik yang selamat dan berkesan untuk membuang noda pada wajah tanpa mencederakan kulit  jadi parut. Caranya, oles wajah dengan putih telur seminggu tiga kali. Biarkan masker ini kering antara 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air limau nipis atau air suam.

       
       
        Cara penggunaan:
        Kalau nak buang noda pada wajah di bahagian hidung, celup kapas muka di dalam mangkuk berisi putih telur. Kemudian, lekapkan kapas tersebut pada bahagian bermasalah. Biarkan sehingga kapas kering, kemudian cabut perlahan-lahan. Segala kotoran dan noda akan tertanggal dan melekat pada kapas. Anda boleh melihatnya sendiri.
       
       
        2. Masker buah & sayur jadikan kulit lebih gebu
       
        Nak kulit wajah gebu, gunakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai masker. Ubi sengkuang boleh membantu mengecutkan jerawat, menghaluskan dan mencerahkan kulit.

       

        Caranya penggunaan:
        Kisar ubi sengkuang sehingga lumat, campurkan sedikit dengan bedak sejuk. Kemudian oles pada wajah, apabila ramuan ini kering bilas dengan air bersih. Bagi wanita yang mahukan kulit wajah lembap, hiris tomato nipis dan lekapkan pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas wajah seperti biasa. Khusus buat anda yang mengalami kulit kering, lekapkan wajah dengan kelopak kubis. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
       
        mingguanwanita



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036701 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list