CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3177|Reply: 16

[Jenayah] I Love You, You Love Scam,I Hate You

[Copy link]
Post time 26-10-2015 04:45 PM | Show all posts |Read mode
                                                    

GEORGETOWN - Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'love scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.

        Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang 'lelaki kacak' menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.

        Pemangku Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang Hartini Tan Abdullah berkata wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit Julai lepas dan mula memasukkan wang  selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket berkenaan bagi mendapatkan hadiah yang dihantar kepadanya.

        "Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai, emas dan minyak wangi itu.

        "Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM126,000 menerusi 19 transaksi ke dalam dua akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5 Oktober lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

        Hartini berkata wanita itu membuat aduan kepada Gerakan pada 14 Oktober lepas selepas kecewa kerana mendakwa tiada perkembangan daripada pihak polis berhubung kes itu dan telah beberapa kali menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan.

        Sehubungan itu, beliau berharap polis dapat menjalankan siasatan kes itu  secepat mungkin kerana ia membabitkan jumlah kerugian yang besar.

        "Gerakan juga bercadang mengadakan kempen dan dialog kepada golongan wanita bagi memberi kesedaran berhubung sindiket ‘love scam’ ini kerana semakin banyak kes seumpama itu dilaporkan sekarang ini," katanya.

        Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata, polis memulakan siasatan kes itu sebaik menerima laporan.

        Beliau berkata polis telah memperoleh maklumat mengenai pemilik akaun  berkenaan dan usaha mengesan mereka yang dipercayai orang tempatan dan anggota  sindiket itu giat dijalankan.

        "Saya juga ingin menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ itu," katanya. – Bernama


                                       
   [url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/wanita-rugi-rm126-000-ditipu-sindiket-love-scam-1.444594
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:50 PM | Show all posts
Sorry sorry sayangku I hate you.
Sorry sorry sayangku I don't trust you.




Boleh tak sape2 tolong kuarkan lagu bangang nih dr otak Kittie. Benci betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:51 PM | Show all posts
Ape ker huduh sgt ghuper porem nih tb2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2015 04:51 PM | Show all posts
Kittie replied at 26-10-2015 08:50 AM
Sorry sorry sayangku I hate you.
Sorry sorry sayangku I don't trust you.

hahahahaha lagu apa tu kittie?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:52 PM | Show all posts
hadiah apanya kalau kena bayar... adoiyaiiiii...
senang sangat kot... mudah terjebak dgn xtvt macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:53 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-10-2015 04:51 PM
hahahahaha lagu apa tu kittie?

Kittie tak tahu, ada budak nih suka sgt pasang. Jap, Kittie gugel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2015 04:53 PM | Show all posts
Kittie replied at 26-10-2015 04:50 PM
Sorry sorry sayangku I hate you.
Sorry sorry sayangku I don't trust you.

kittie minat dgn lagu OST Hello, Mr. Perfect tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:55 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 26-10-2015 04:53 PM
kittie minat dgn lagu OST Hello, Mr. Perfect tu ke?

Lagu citer ke? Mana minat. Kittie sikit jer lagi nak terjun KLCC sbb lagu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 04:58 PM | Show all posts
laki sendiri tak kachak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatal bijik bini org ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:01 PM | Show all posts
Kittie replied at 26-10-2015 04:55 PM
Lagu citer ke? Mana minat. Kittie sikit jer lagi nak terjun KLCC sbb lagu ni.

haah kittie, lagu cerita tu. iolss terdengar haritu, berhantu betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:05 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 26-10-2015 05:01 PM
haah kittie, lagu cerita tu. iolss terdengar haritu, berhantu betul

Jap nak gugel kasi Kaka Hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:07 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-10-2015 04:51 PM
hahahahaha lagu apa tu kittie?

Dah jumpa. Bodo sgt, mmg sesuai diguna utk military torture.




Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:08 PM | Show all posts
Lantak lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2015 05:10 PM | Show all posts
Kittie replied at 26-10-2015 09:07 AM
Dah jumpa. Bodo sgt, mmg sesuai diguna utk military torture.

hanak hekan ni menyanyi rupanya.siap ada rap lagi hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 05:36 PM | Show all posts
lhorrr..

dh kawin pn nk berkenalan dgn laki lain..
kn dh kena..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 10:40 PM | Show all posts
rasa diri hot la tewww...ko hadoooooooooo......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.107911 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list