CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2325|Reply: 13

[Video] Filem Aksi Vs Drama Cinta – Layan Yang Mana?

[Copy link]
Post time 26-10-2015 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 26-10-2015 07:01 PM

Oleh Izzah Abbasy


                                                        



Filem atau drama menjadi pilihan anda? Jika filem, rata-rata rakyat Malaysia biasanya memilih filem antarabangsa dan menonton drama cinta di televisyen sebagaimana slot Akasia TV3 yang menjadi pilihan ramai.

Namun, sejak akhir-akhir ini, filem Malaysia juga telah naik setanding filem antarabangsa seperti Filem Polis Evo yang 'meletop kebabomm' di panggung wayang baru-baru ini dengan mencatat kutipan tertinggi 2015 setelah berjaya mengutip RM8 juta sejak ditayangkan di pawagam 17 September lepas.

Menurut pandangan Shahiezy Sam,

Melihat kepada kutipan Polis Evo sekarang, saya rasa kami boleh mengalahkan ‘The Journey.

Tahun ini, kutipan filem Malaysia tidak memberangsangkan langsung tetapi kutipan yang dibuat oleh Polis Evo memberi sinar baru kepada industri filem yang seakan hampir mati. Diharap lebih banyak filem akan berjaya mendapatkan kutipan cemerlang seperti ini untuk menyemarakkan industri filem negara.



Terdahulu, filem KL Gangster, Abang long Fadil juga turut mendapat sambutan kerana ia merupakan filem aksi. Namun, filem seram, cinta dan komedi kurang mendapat sambutan.

Berbeza pula dengan drama di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia lebih gemar menonton drama bergenre cinta. Drama tersebut majoriti diadaptasi daripada novel cinta keluaran penerbitan di Malaysia. Ia sememangnya menjadi kegilaan dalam kalangan remaja perempuan dan wanita. Sehinggakan pelakon yang membawa watak sesuatu cerita tersebut turut diangkat menjadi idola kerana terpengaruh dengan watak dan cerita tersebut.

Bukan itu sahaja, novel tersebut juga popular dan sememangnya novel paling laris dijual pada tahun sebelumnya. Pembaca novel semestinya akan melihat drama yang telah diapatasi daripada novel mereka minati dan melihat jalan cerita drama tersebut, sama atau tidak seperti dalam novel.

Apabila mendapat 'rating' tinggi, drama ini turut akan diulang tayang dan ditonton lagi oleh pencintanya berulang kali.

Filem aksi tiada adegan peluk cium keterlaluan tetapi muncul kutipan laris berbanding filem genre lain.

Drama cinta mempunyai adegan panas, seperti peluk cium mendapat jumlah penonton tertinggi.

Adakah pengarah mahupun penulis skrip harus meneruskan filem aksi atau drama cinta sahaja untuk pasaran Malaysia? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 11:17 AM | Show all posts
filem aksi... kalo filem romantis blh tgk kat mane2 channel je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 11:45 AM | Show all posts
Filem aksi sebab kalau filem cinta dah boleh agak jalan ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 03:30 PM | Show all posts
lucah sgt skg drama... lagi2 tv3
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 07:21 PM | Show all posts
baik tengok aksi dari cinta. cinta ni klise sangat, dah boleh agak ending lagi lagi kalau dari novel
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:01 PM | Show all posts
tengok aksi la..asyik cinta je.. meluat!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 01:03 PM | Show all posts
semestinya filem aksi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
a.mkom smua........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
☆☆☆☆☆
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
hai smua..... ok ka☆
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aksi lah opkoz
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:21 AM | Show all posts
boringlah tengok citer cinta..tema yang sama

curang, rampas tunang orang, rebut kuasa..hmmm

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 01:23 PM | Show all posts
cinta??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 05:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.434828 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list