CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6964|Reply: 63

[Tempatan] Lelaki anak dua nekad gantung diri dalam bilik

[Copy link]
Post time 27-10-2015 04:25 PM | Show all posts |Read mode
                                                           
Jenazah mangsa yang dihantar ke Unit Forensik kemudiannya dituntut ahli keluarganya. - Foto Sinar Harian

MARANG – Seorang pemuda bertindak nekad menggantung diri sendiri menggunakan tali dalam bilik tidurnya di Pulau Kerengga di sini, awal pagi tadi.

        Mangsa berusia awal 30-an itu ditemukan meninggal dunia oleh isterinya di dalam sebuah bilik di rumah mereka antara jam 3.00 hingga 3.30 pagi.

        Isterinya, yang enggan mendedahkan identiti bagi menjaga nama baik keluarganya berkata, suaminya dilihat memasuki bilik tidur berkenaan lebih kurang jam 2 lebih

        Wanita berusia awal 30-an itu kemudiannya tidur bersama dua anak di ruang tamu seperti biasa namun terjaga sekitar jam 3 lebih dan terus menuju ke bilik itu untuk melihat keadaan suaminya di dalam bilik.‎

Bagaimanapun, pintu bilik berkenaan didapati berkunci lalu bertindak menolak sebelum merempuh pintu bilik itu sehingga‎ pecah dan melihat suaminya berada dalam keadaan di luar jangkaannya itu.

        Ibu dua anak itu lantas keluar dari rumah untuk memaklumkan perkara itu kepada mak saudara dan neneknya yang tinggal berdekatan sebelum kejadian itu dilaporkan oleh ahli keluarga kepada polis.

        Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

        Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun menjelaskan pihaknya masih menjalankan siasatan.


                                       
   [url=]http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-anak-dua-nekad-gantung-diri-dalam-bilik-1.444909
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:43 PM | Show all posts
ni mesti kes bini tak bagi... tertekan siot tak dpt
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:46 PM | Show all posts
sia sia mati dlm sesat
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:47 PM | Show all posts
terengganu hmmmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:47 PM | Show all posts
apa lah senang sangat cari jalan keluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2015 04:49 PM | Show all posts
sejak dengar taraf hidup rakyat malaysia tak brp baik ni
rmi lak bunuh diri..
kebanyakan mangsanya ibu tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:51 PM | Show all posts
dah kenapa dgn rakyat malaysia lebih lebih lagi orang islam nih.. sejak bile pandai main bunuh diri nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 04:53 PM | Show all posts
Bangsa mana ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2015 04:55 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-10-2015 08:49 AM
sejak dengar taraf hidup rakyat malaysia tak brp baik ni
rmi lak bunuh diri..
kebanyakan mangsanya ...

nampak2 gaya macam gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:13 PM | Show all posts
bagus, mampos sekor manusia xguna
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti somi yg useless..tak keje..Takde duit..hari2 kene Bebel dgn isteri.tak tahan lalu bunuh diri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:33 PM | Show all posts
Musim bunuh diri pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:46 PM | Show all posts
pilihan sendiri.. takziah je la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pilihan lain...last choice
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:49 PM | Show all posts
bini dia dah mcm menjangka, so mmg suami tu ada masalah sedari awal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
"Wanita berusia awal 30-an itu kemudiannya tidur bersama dua anak di ruang tamu seperti biasa" so tak tidur dalam bilik lah maknanya..ke sbb bilik ada 1 je ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 06:07 PM | Show all posts
Lelaki mmg susah nak hadam tekanan... Semua pakat ambe jln pintas... Dok dlm kubo lg besar tekanan kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..banyak pesakit mental sekrg ni....
Dalam forum ni pon ada ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini tidur luar dgn anak2. Ntah apa yg x kene.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list