CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 12

[Tempatan] Tindakan membuatkan pelatah melatah adalah haram

[Copy link]
Post time 28-10-2015 02:40 PM | Show all posts |Read mode
                                                           
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, adalah haram kepada seseorang yang bertindak membuatkan pelatah menjadi latah hingga mengeluarkan kata-kata tidak elok didengari atau bertindak melakukan perkara yang membahayakan.
            
        "Di sebalik kita ketawa dengan pelbagai kelakar dilakukan oleh pelatah tersebut, kita jangan lupa perbuatan sedemikian boleh mengaibkan individu berkenaan dan agama Islam sendiri," katanya pada akhir kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
            
        Sementara itu, Mohd Asri yang juga penasihat Masjid Alwi berkata, masjid berkenaan bercadang mengadakan hari terbuka untuk dikunjungi orang bukan Islam bertujuan mendekatkan mereka kepada agama Islam.

        Beliau berkata, setiap minggu ratusan jemaah di kalangan umat Islam datang ke masjid tersebut untuk mengikuti ceramahnya tetapi berapa ramai antara jemaah itu yang memainkan peranan berdakwah kepada saudara bukan Islam terutama penduduk berhampiran dengan mengajak mereka mendekati Islam.

        "Mungkin ada di kalangan penduduk berkenaan tergerak di hati masing-masing untuk datang ke masjid tetapi tidak berani berbuat demikian kerana takut tidak dibenarkan," katanya.     

        Mohd Asri berkata, pendekatan yang akan diperkenalkan itu untuk mengelak pengurusan masjid daripada menjadi tohmahan generasi akan datang berhubung peranan dakwah masjid kepada penduduk bukan Islam sedangkan kedudukan masjid di dalam bandar mempunyai ramai penduduk dan peniaga bukan Islam di sekelilingnya. -  Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 02:57 PM | Show all posts
melatah ni ade sesetengah tu dibuat2 sb nak ajuk. lama2 jd tlekat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla sj buat org tu melatah amik gambar pulak... kesian m cik2
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:05 PM | Show all posts
ala..bukan susah pun nak buat geng sutun melatah beramai ramai cam sekumpulan anjing kurap lapar..





Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:27 PM | Show all posts
kadang kesian tengok orang kacau orang lain yang melatah teruk tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:32 PM | Show all posts
Betul tuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn main2 dgn org melatah..silap hari bulan, terpacak pisau kt bdn baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:01 PM | Show all posts
jahat tau sape saje je cucuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 04:14 PM | Show all posts
org eskimo pun melatah juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2015 05:52 PM | Show all posts
Tapi kelakar tengok org latah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bila melatah trus mengaibkan ugama sis? Kiranya kalau beliyau melatah anything yng diassociate dgn pelatah ittew jdi humiliated lah mengikut ugama maleis...so kalau melatah trus memalukan negeri bansa dan ugama lah kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pon kene penyakit melatah tu..rasa malu betulla tersebut benda tut kat depan orang bila tekejut
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzz pun kadang2 melatah
Statement melatah tu sama ja

Tapi betul..kalau dpt spesis melatah yang angkat tangan, bahaya tau. Kang tak pasal2 ada yang meninggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062572 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list