CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17694|Reply: 31

kenali kucing anda!

[Copy link]
Post time 19-2-2004 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Kenali Kucing Anda :

Memilih kucing kesayangan
Andainya anda mencari kucing yang sesuai untuk dijadikan haiwan pemeliharaan, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran membuat pilihan. Sebab kini terdapat kira-kira 40 baka kucing dan lebih kurang 500 jenis kucing yang berlainan. Secara amnya terdapat 4 kumpulan kucing yang utama, kucing berbulu panjang, kucing berbulu pendek, kucing siam dan kucing berbulu pendek asing. Di Malaysia, baka kucing berbulu panjang seperti kucing Persia lebih popular kerana ia amat cantik.
Walau apapun, setiap baka kucing adalah berbeza dari segi pembawaan dan tabiat. Jadi lebih baik untuk mengetahui baka mana yang lebih sesuai dengan diri anda sebelum membuat pilihan. Sesetengah pemilik kucing lebih menggemari kucing tempatan kerana kucing tempatan lebih riang, manja, setia dan seronok diajak bermain.

Adakah jantina kucing satu persoalan ?
Sama ada memilih baka jati atau tempatan, persoalan yang sering timbul ialah jantina kucing. Sebagai contoh, kucing jantan agak manja tetapi suka merayau-rayau untuk
tempoh yang lama dan cenderung bergaduh dengan kucing yang lain. Kucing betina sebaliknya jarang merayau walaupun manja.

Di mana hendak mendapatkan kucing ?
Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) di Malaysia biasanya
mempunyai kucing yang memerlukan tuan yang penyayang. Anda boleh menghubungi mereka di 03-4565312.Sekiranya anda lebih menggemari kucing pedigri dan ingin mengenali sesuatu baka dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi
Kelab Kucing Malaysia di 03-87366408.Walau apapun pilihan anda, pastikan
kucing itu sihat.Setiasalah pilih kucing yang aktif, dengan mata yang ceria dan bulu yang bersih berkilau.

.

[ Last edited by finnie on 19-2-2004 at 11:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2004 11:03 AM | Show all posts
Memahami Keperluan Si Comel

Pemakanan
Si comel memerlukan set perkakas makan tersendiri-sebuah mangkuk untuk makanan
dan sebuah lagi untuk air. Ia perlu bersih dan dicuci beransingan daripada minggan mangkuk anda. Si comel juga lebih sesuai dibiarkan makan di sudut yang senyap,
jauh dari dulang kumbahannya.

Tiang MenggaruSediakan tiang menggaru untuk mencegah si comel daripada menggaru perabut anda.
Ia sebaiknya dibuat daripada kayu dan dilapik dengan hamparan atau tali dengan tapak
yang kukuh dan cukup tinggi agar si comel dapat menggaru dengan sepuasnya.

Alat mainan
Seperti juga dengan kanak-kanak, benda-benda murah seringkali memberi lebih
kepuasan bermain seperti gelendong benang yang lama, beg kertas yang besar,
malah kaki anda sekalipun.

Katil
Sediakan katil, bakul atau kotak yang lembut, yang dinaikkan sedikit dari aras lantai, di sudut yang cerah tetapi tidak berangin. Si comel tidur hampir 75% daripada masanya, jadi tempat tidur haruslah selesa untuk mencegahnya daripada berbaring di kerusi atau katil anda.

Perselisahan
Jangan sekali-kali memukul si comel sebab ini akan menyebabkannya keresahan.
Jika si comel enggan mematuhi arahan, pancutkan sedikit air dengan pistol mainan.
Si comel tidak akan menyedari sumber airnya dan tidak akan mengaitkan anda dengan hukuman tersebut, jadi ia akan tetap manja dengan anda.

Mendandan
Si comel berbulu panjang perlu diberus setiap hari, ini bukan sahaj menguatkan ototnya malah membantu mencegah bulu kekusutan. Si comel yang pendek bulunya juga harus dibelai dengan tangan yang lembap untuk memelihara bulunya agar berkilat.

Kutu
Si comel mungkin mempunyai kutu jika kerap menggaru dan menggigit dirinya.
Ada banyak rawatan yang mudah dan produk untuk menangani masalah ini tetapi jika kurang pasti, dapatkan nasihat doktor haiwan.Jangan lupa bersihkan tempat tidur
si comel dan kawasan sekitarnya.
(Petua mak : Satu liter air dan satu sudu cuka makan untuk hilangkan kutu)

KebersihanPastikan kebersihan dengan mencuci mangkuk makanan dan membuang makanan yang tidak dimakan selepas tempoh yang agak lama.

Suntikan
Pada usia 6-12 minggu, si comel perlu disuntik untuk mencegah Feline Infectious
Enteritis dan penyakit pernafasan. Suntikan tahunan dapat memastikan si comel mendapat perlindungan berterusan.

Jangkitan TelingaJ
ika si comel menggeleng kepala dan menggaru telinganya, lihat sama ada terdapat
benda asing. Jika ia berbau, atau hadirnya butiran hitam yang kecil, segera dapatkan nasihat doktor haiwan.

Sakit Mulut
Kehadiran tartar pada gigi boleh menyebabkan sakit gusi, pemborokan dan gigi
longgar. Ini akan menjejaskan selera makannya taua si comel terpaksa mengunyah di sebelan mulutnya sahaja. Kalau ini berlaku, si comel memerlukan rawatan doktor gigi. Dalam kes kecemasan, lumutkan mulutnya dengan larutan garam cair.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2004 11:05 AM | Show all posts
p:s-Tempoh bunting kucing adalah lebih kurang antara 63 hingga 66 hari.

Bagaimanakah anda mengenali kucing yang bunting ?
Anda tidak akan mengetahuinya dengan segera sebab tanda-tanda kebuntingan hanya
akan muncul selepas kira-kira 3 minggu. Di peringkat ini, anda akan mendapati putting kucing lebih menyerlah dan selera makannya bertambah. Pada minggu keempat dan kelima, perutnya lebih membonjol. Di peringkat ini, ia harus diberi satu hidangan tambahan.
Kucing anda akan akan kehilatan lebih bunting pada minggu keenam, dan seleranya juga akan bertambah. Makanan yang mudah hadam dan berkhasiat harus diberikan. Sepanjang tempoh buntingnya pastikan kucing anda sentiasa tenang dan galakkan ia supaya
bersenam dengan bermain. Sediakan juga tempat beranak yang sesuai pada minggu ketujuh. Ia boleh dibuat daripada kotak kadbod dan timbunan suratkhabar lama di
tempat yang agak tersorok di dalam rumah.

Mengenali tanda-tandanya
Beberapa hari sebelum beranak, suara kucing anda akan berubah secara dramatik.
Semakin dekat harinya untuk beranak, ia akan hilang selera makan dan asyik terbaring untuk mencari kedudukan yang sesuai.
Proses beranak tidak memerlukan sebarang bantuan; kecualilah jika berlaku sesuatu yang tidak kena, hubungilah doktor haiwan dengan segera.Pada amnya, ibu kucing mampu beranak dengan sendiri; melahirkan seekor anak kucing setiap 5 minit atau lebih. (sesetengah kucing mengambil masa yang lebih lama,tidak corak yang tetap).

Keibuan dan kucing andaAnak kucing semakin manja dan memerlukan lebih tumpuan apabila ia kian membesar. Selera makannya juga semakin bertambah, dan ibu kucing mungkin mengalami tekanan penyusuan. Untuk menjaga kesihatan kucing anda, berikannya sehingga 4 hidangan
sehari, bekalan air yang bersih sepanjang masa
Reply

Use magic Report

nothing This user has been deleted
Post time 21-2-2004 03:26 PM | Show all posts
thank 4 your information very good point
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2004 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 19-2-2004 11:00 AM:
Kenali Kucing Anda :

Memilih kucing kesayangan
Andainya anda mencari kucing yang sesuai untuk dijadikan haiwan pemeliharaan, anda mungkin akan menghadap ...

ahaks .. tul ke kucing jantan manja??
kucing aku kerek smacam .. time makan je dier best .. tu pon pasal dier nak makan kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2004 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by finnie at 2004-2-19 11:05 AM:
p:s-Tempoh bunting kucing adalah lebih kurang antara 63 hingga 66 hari.

Bagaimanakah anda mengenali kucing yang bunting ?
Anda tidak akan mengetahuinya denga ...

hurm. .. tak tau la pulak tanda2 beranak mengambil kira perubahan suara kucing .. rasa nya tak termasuk dalam senarai mengenali tanda2 kucing nak beranak ... tapi selalu perubahan yang ketara adalah saiz perut, behavior, vulva appearance, tits appearance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2004 03:58 AM | Show all posts
suara pun kategori nak beranak ker??? adik aku cakap, masa kucing dier nak beranak dulu...kucing dier jadik manja semacam...lepas tu dier belai-belai...2-3 hari dah keluar. Nak kompem kan kucing bunting, buat u/sound jek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2004 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 2004/2/21 05:55 PM:
hurm. .. tak tau la pulak tanda2 beranak mengambil kira perubahan suara kucing .. rasa nya tak termasuk dalam senarai mengenali tanda2 kucing nak beranak ... tapi selalu perubahan yang ketara adala ...

mmg tanda2 kucing nak beranak dari segi cara2 dia mintak perhatian lebih dari kita....suara pun mesti lah manja jugak kan! harituh kawan fin punyer kucing nak beranak...fin dtg rumah dia. kucing dia tu mmg sombong sikit! tapi tah apersal harituh dia manja siap nak tidur kart celah ketiak kita ....malam tuh tengok bontot dia berdarah! tau lah dah tiba masa! selamat malam tuh beranak anak2 kucing comel2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2004 10:15 AM | Show all posts
info:

1.Semua kucing kecuali kucing Spyhnx dan kucing Rex dikurniakan dengan bulu samada bulu yang panjang ataupun pendek.

2. Bulu kucing haruslah disikat atau diberus seminggu sekali untuk mengekalkan bulu kucing yang cantik. Kucing Persian yang mana mempunyai bulu yang panjang, jika tidak disikat, bulunya tidak akan nampak cantik kerana kelihatan kusut dan agak kotor. Oleh itu penjagaan yang rapi adalah perlu bagi bulu kucing terutamanya kucing Persian.

3. Sikat atau berus yang digunakan haruslah sesuai dengan tekstur dan panjang bulu kucing tersebut.

4. Bulu kucing bukan sahaja disikat atau diberus malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria kucing haruslah dimandikan dengan shampu kucing yang sesuai sejak kucing itu kecil (umur yang sesuai - peringkat remaja) supaya ia sentiasa cantik.

5. Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinga dan dengan air yang suam-suam kuku

6.Kucing boleh dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut atau menggunakan tuala yang kering.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:17 AM | Show all posts
Penjagaan kuku

1. Kucing sering mengasah kuku yang mana tabiat ini tidak boleh dikawal oleh manusia.

2. Kadang-kala kucing mengasah kuku di sofa atau pun karpet  namun anda tidak boleh mengelakkan daripada keadaan ini berlaku kecualilah anda menyediakan tempat yang khas seperti sisal atau tikar serabut kelapa.

3.Kucing haruslah memiliki kuku yang cantik dan bersih. Anda boleh memotong kuku kucing anda sekiranya kuku kucing anda terlalu panjang atau tajam.

Penjagaan telinga

1. Kebanyakan kucing tidak mengalami sebarang masalah dengan telinga walaupun anda tidak membersihkan telinga mereka.

2. Namun begitu kucing adalah terdedah dengan hama telinga yang mana telinga kucing haruslah dibersihkan atau dirawat untuk mengelakkan penyakit hama telinga.

3. Sekiranya anda membersihkan telinga kucing anda, anda perlu menggunakan pembersih yang khas untuk kucing.

4.Semasa anda membersihkan telinga kucing anda, anda haruslah membersihkannya menggunakan tisu atau kapas dengan berhati-hati untuk mengelakan kotoran tersebut semakin masuk ke dalam telinga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:19 AM | Show all posts
Penjagaan mata

1. Mata adalah sangat penting. Oleh itu ia haruslah dijaga dengan rapi.

2. Kotoran yang terdapat pada tepi mata adalah lebih mudah untuk dibersihkan dengan menggunakan tisu yang lembut.

3. Rekabentuk gigi dan mulut kucing adalah berbeza dengan anjing iaitu rekabentuk  bagi kucing bukan untuk makan tulang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:21 AM | Show all posts
WARNA KUCING.

Melanin

1. Warna bulu kucing disebabkan oleh zarah pigmen bulu yang kecil. Zarah-zarah ini adalah berbeza dari segi bentuk, saiz dan kuantiti. Zarah-sarah pigmen in dikenali sebagai melanin.

2. Semua warna yang terdapat pada bulu kucing berasal daripada dua jenis 'melanin asas' iaitu :

(i) eumelanin yang menyebabkan warna hitam
(ii) phaeomelanin yang mengeluarkan warna merah.

3. Apabila mutasi mengubah bentuk eumelanin, cahaya direkfleksikan semula secara berbeza dan kita melihat bahawa warna tersebut adalah bukan hitam tetapi coklat contohnya 'cinnamon'

4. Sementara phaeomelanin pula, perbezaan ini adalah tidak dapat dilihat seperti eumelanin. Oleh itu, beberapa warna merah yang terdapat pada bulu kucing adalah seolah-olah warna merah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:34 AM | Show all posts
Tabby
1. Terdapat 4 corak 'tabby' iaitu 'ticked', mackerel (jalur), 'spotted'  dan klasik (dikenali sebagai tompok)


gambar : [size=-3]black striped tortie and white turkish angora


Tortoiseshell   
1. Corak  bulu yang mengandungi warna yang mempunyai bentuk yang berbeza.

2.Warna asas  adalah seperti hitam, biru dan coklat..


gambar : [size=-3]black silver classic tabby british shorthair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:34 AM | Show all posts
'Colourpoints'
1. Kucing siam dan birman mempunyai warna bulu yang agak cerah pada bahagian badan. Manakala warna yang gelap pada bahagian muka, telinga, kaki dan ekor.

2. Keadaan ini digambarkan sebagai 'colourpoints' atau dikenali sebagai 'Himalayan'.


gambar : [size=-3]black spotted tabby british shorthair


Silver
1. Warna perak (silver) adalah bulu kucing yang berwarna putih pada bahagian bawah (akar) dan berwarna gelap sedikit pada bahagian atas.

2.Kucing 'tortie tabby' yang mana warna asas adala hitam, dengan sedikit sebanyak mempunyai corak 'classic tabby' serta turut mengandungi warna bulu yang putih, maka ia dikenali sebagai 'Black Silver Classic Tortie Tabby'.      



gambar : [size=-3]black silver spotted tabby british shorthair

[ Last edited by finnie at 13-9-2005 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:38 AM | Show all posts
1. Kucing memerlukan perhatian pada setiap masa iaitu sentiasa :
            * disikat
            * mempunyai diet yang seimbang
            * sentiasa bersih
         
2. Secara rutinnya yang penting, termasuklah :
            * pastikan ia bebas daripada lalat dan ulat.
            * sering buat pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan

3. Apabila anda tidak berada dirumah untuk beberapa hari, anda haruslah mencari seseorang untuk menjaga kucing anda.

4. Sesetengan kucing adalah tidak berhati-hati ketida bermain dan mungkin akan memecahkan barang-barang berharga anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 10:40 AM | Show all posts
Kucing yang sunyi

1. Kebanyakan orang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan kerana kucing tersebut lebih mudah ditinggalkan sendirian dirumah berbanding dengan anjing. Ini sememangnya benar.

2. Kucing adalah lebih berdikari secara semulajadi.

3. Kebanyakkan kucing hidup secara sendirian dan sunyi sepanjang hari kerana mereka perlukan hubungan sosial dengan kucing-kucing lain.

4. Oleh itu anda harus mempertimbangkan untuk memiliki dua atau lebih ekor kucing supaya mereka tidak berasa sunyi apabila  anda tiada di rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2004 10:52 AM | Show all posts
jenis-jenis kucing

kucing bulu semi-panjang
Kucing jenis ini adalah kebanyakkannya adalah kacukan daripada jenis kucing berbulu pendek dengan kucing berbulu panjang. Kebersihan kucing ini perlu dijaga dengan lebih teliti daripada jenis yang berbulu pendek. Terdapat pelbagai jenis kucing ini dalam kategori ini.

maine coon

[size=-3]Golden Black Tabby Maine Coon


[size=-3]Red Tabby Maine Coon


Norwegian Forest Cat

[size=-3]Black Tabby and White Norwegian Forest Cat


[size=-3]Black and White Norwegian Forest Cat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 11:01 AM | Show all posts
kucing berbulu pendek
Terdapat pelbagai jenis kucing yang berbulu pendek. Malah juga terdapat pelbagai nama yang diberikan untuk jenis-jenis yang tertentu bagi kucing ini. Walaupun kucing-kucing ini berbulu pendek, namun ia adalah cantik dan mesra dengan haiwan-haiwan yang lain mahupun manusia.

siam

[size=-3]Seal Point Siammese   

british short hair

[size=-3]Blue British Shorthair

bengal

[size=-3]Classic Tabby Bengal

kucing dalam kumpulan berbulu pendek:

1. European Shorthair
2. American Shorthair
3. Chartreux
4. Exotic
5. Scotish Fold

[ Last edited by finnie on 1-4-2004 at 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 11:08 AM | Show all posts
kucing berbulu panjang

Kucing ini sememangnya jenis yang diidamkan oleh semua penggemar kucing. Harga jenis kucing ini yang agak mahal membuatkan para penggemar kucing tidak mampu untuk memilikinya. Namun bukanlah mudah untuk menjaga kucing jenis ini. Pemilik kucing perlulah menjaga kebersihan kucing ini lebih kerap dan teliti berbanding dengan jenis kucing yang lain kerana bulu yang panjang mudah kotor. Begitu juga dengan tempat kucing ini tinggal iaitu haruslah pada kadar suhu yang tidak panas. Selain itu, bulu kucing ini haruslah disikat atau diberus selalu memandangkan bulu yang panjang ini mudah kusut. Kebersihan yang dijaga akan menjadikan kucing anda senantiasa kelihatan cantik.



[size=-3]Black Mackerel Tabby Persian Longhair



[size=-3]White Persian Longhair



[size=-3]Black Chinchilla Persian Longhair


CREDIT to SHARMINI ALEXANDER

[ Last edited by finnie on 11-5-2004 at 05:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2004 01:24 PM | Show all posts
timakasih bebanyak fin!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.083760 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list