CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: finnie

kenali kucing anda!

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2004 01:31 PM | Show all posts
sama2 yutangi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2004 01:54 PM | Show all posts
best info ko ni but next time masukan gak disadvantages pasal benda alah ni. bahaya oi kalu pregnant ladies @ babies overexposed kat si miau2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2004 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by kueh at 2004/4/1 01:54 PM:
best info ko ni but next time masukan gak disadvantages pasal benda alah ni. bahaya oi kalu pregnant ladies @ babies overexposed kat si miau2 ni

ok noted!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 03:02 PM | Show all posts
wah fin....:clap::clap::clap::clap:
good info...thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2004 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by kueh at 2004/4/1 01:54 PM:
best info ko ni but next time masukan gak disadvantages pasal benda alah ni. bahaya oi kalu pregnant ladies @ babies overexposed kat si miau2 ni

check kart sini

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=96288&fpage=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2005 02:45 PM | Show all posts

Sayangi Kucing Anda

Sains masa kini berjaya menyingkap sesetengah misteri yang menyelubungi haiwan ini. Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.

- Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat.

- Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.

- Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

- Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil
tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang
garam.

- Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah,
purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

- Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.

- Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.

- Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit
kepala dan sakit belakang.

- Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman
yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.


Kucing sesungguhnya baik untuk kita. Ia menyerlahkan kesihatan dan merupakan teman sejati selain membekalkan anak-anak kita dengan keyakinan dan tanggungjawab agar mereka membesar menjadi orang dewasa yang riang dan seimbang.

Credits tuh FARHA...:hatdown::solute:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2005 03:37 PM | Show all posts

oooooooooooooo...kkkkk

:dia: bagus2 info nie ya... tq :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 10:09 PM | Show all posts
bestnyeeeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2005 09:00 PM | Show all posts

pemakanan: adakah anda memberi makan pada si comel dengan betul?

1. telur mentah boleh menyebabkan kekurangan vit biotin yang boleh membawa penyakit dermatitis, kehilangan bulu dan pertumbuhan terbantut.

2. sesetengah ikan mentah boleh menyebabkan kekurangan vit tiamina

3. daging mentah mungkin mengandungi parasit. memberi daging saja adalah tidak mencukupi dan nutrisi yang diperolehi adalah tidak seimbang.

4. tulang, terutamanya tulang ayam, mungkin da serpihan yang boleh tersekat dalam mulut dan tekak si comel.

5. sisa makanan boleh menyebabkan si comel anda cerewet dan dan menjejaskan kesihatannya.

6. makanan tambahana dan ganjaran tidak patut mengambil alih pemakanan utama. simpan utk waktu2 istimewa.

7. susu menyebabkan cirit birit.kerana kebanyakan kucing tidak dapat mencerna laktosa.

TQ to whiskas: cat care.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 09:19 PM | Show all posts
bab sediakan bakul atau tilam utk kucing
rasanyer Tommy ske la
tp kucing2 fly ni jenis memilih .........
si Tommy paling ske tido atas katil .....
mmg tmpt dia ... x de sapa leh kaco .....
mlm tido kat depan atas karpet
yg lelain ske tido tmpt sejuk
diorg ske tido atas tilam
yer le bulu pjg
tilam2 ni bg panas ..........

seronok jaga kucing ni
tp ada masa sakit gak
bile diorg wat perangai hampeh diorg
terutama jantan2 .........


:bgrin: :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2005 05:37 PM | Show all posts
Luang masa dandan si comel

Oleh Rahayu Mohd Salleh

KUCING berbulu bersih dan bersinar menandakan si comel bukan saja sihat, malah mengambil makanan berkhasiat. Selain itu, mendandan si comel juga boleh menggalakkan pertumbuhan bulu yang berkilat.

Kucing secara semula jadinya adalah haiwan pembersih. Justeru, kita tidak perlu mendandan si comel terlalu kerap, terutama jika si comel mempunyai bulu yang pendek.

Kucing berbulu panjang perlu didandan dengan lebih kerap, biasanya sekali sehari. Jika si comel sudah membiasakan dirinya didandan, anda dan si comel pasti menikmati saat manis ini. Ia mungkin gelisah pada awalnya justeru, luangkan masa untuk bermain dengannya supaya ia membiasakan diri disentuh dan dibelai.

Bulu yang gugur perlu dibuang dengan sikat atau berus lembut. Sikat di bahagian kepala dulu dan seterusnya di bahagian badan, ekor dan kaki.

Bagi si comel berbulu panjang, bulu itu mudah tersimpul. Simpulan harus diuraikan terlebih dulu dan ini harus dilakukan pendandan profesional atau pakar haiwan. Jika badan si comel kotor, bersihkannya dengan mengelap badan kucing menggunakan kain bersih separuh basah tanpa sebarang sabun.

Waktu mendandan, ambillah masa untuk memeriksa kulitnya bagi mengesan ketumbuhan, ruam, nanah atau sebarang petanda yang menunjukkan ia tidak sihat.

Kajian menunjukkan kucing juga boleh menjadi bosan terutama apabila ia ditinggalkan sendirian di rumah oleh pemiliknya yang bekerja. Ia hanya menghabiskan masa antara tidur dan bermain.

Untuk mengurangkan kebosanan si comel, anda boleh menggantung cermin di kawasan ia bermain. Bukan saja ia mengasyikkan, malah ia membantu si comel bergaul.

Permainan yang merangsang si comel juga pilihan yang baik seperti bola berat yang berguling ke arah yang tidak dapat diduga atau mainan getah yang boleh digigit serta didapati dalam pelbagai bentuk dan tekstur.

Pasang pintu khas untuk kucing supaya si comel mempunyai kebebasan untuk keluar atau masuk ke rumah. Jika ia dikurung dalam rumah, pastikan ia mempunyai jalan keluar atau masuk melalui tingkap atau pintu depan bagi membolehkannya melihat persekitaran di luar.

Kucing memang gemar mencakar, justeru gunakan tiang yang dilapik kayu atau kanvas serta tali berloceng bagi memuaskan naluri si comel yang suka mencakar bagi memelihara kukunya dalam keadaan yang baik.

Untuk makanan kucing, anda boleh mencuba produk keluaran Whiskas dalam masa seminggu. Seperti manusia, si comel gemarkan pilihan dan memberikannya pilihan membantu si comel anda menjadi kurang cerewet serta dapat menikmati pelbagai rangkaian perisa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 01:00 PM | Show all posts
Finnie

camner nak dapat kucing yang jenis  'colourpoint' tuuu.....mcm awak paste tadi....kat mesia susah carik kaler tuuu....
die punya kaler ada tone.....cantikknya...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064209 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list