CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9961|Reply: 14

Misteri Keris Taming Sari

[Copy link]
Post time 29-10-2015 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Keris Taming Sari

…ASAL USUL KERIS TAMING SARI…
Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.
Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.
Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.
Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….
Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.
Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.
Wallahu’alam….


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2015 05:41 PM | Show all posts
Cerita sakti Taming Sari benar

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM










KERIS Taming Sari tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.


KISAH pertarungan hebat pendekar Melayu, Hang Tuah dengan seorang pahlawan Majapahit bernama Taming Sari dianggap sebagai detik permulaan legenda keris Taming Sari.
Dalam pertarungan itu, pendekar berdarah Jawa itu tidak lut ditikam keris Hang Tuah kononnya keris yang dipegang Taming Sari menjadikan dirinya kebal daripada tujahan senjata tajam.
Bagaimanapun, selepas Hang Tuah berjaya merampas keris itu daripada tangan Taming Sari, barulah lelaki itu berjaya dikalahkan. Keris Taming Sari itu kemudian dianugerahkan kepada Hang Tuah.
Namun, terdapat sesetengah pihak menolak kewujudan Hang Tuah walaupun keris Taming Sari itu tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sekarang.
Bekas Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu, keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Keris Taming Sari yang pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah warisan Kesultanan Perak selain menjadi alat kebesaran diraja negeri ini.
Misteri
“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak tahun 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.
Walaupun ketulenan keris berkenaan terus dikaji pelbagai pihak, Muzium Perak mempertahankan ia keris Taming Sari yang asli.
“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terdedah kepada pelbagai maklumat yang kurang tepat.
“Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sejarah keris Taming Sari,” tegas Jannati.
Taming Sari kini disimpan bersama 26 alat kebesaran Perak lain di dalam sebuah peti besi khas di Istana Iskandariah.
Senjata itu dikatakan mempunyai ‘kuasa’ hinggakan penjaga alat kebesaran diraja itu perlu mematuhi pantang larang sepanjang menjaga atau membawanya.
Antaranya, keris keramat itu tidak boleh dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.
Keris Seri Gading juga perlu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.
Pelbagai versi mengenai Taming Sari diperturunkan secara lisan dan yang paling terkenal ialah keris sakti berkenaan pernah dicampakkan Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung di Melaka.
Versi lain yang tidak kurang popularnya ialah keris Taming Sari telah diserahkan oleh Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah berikutan kegagalan beliau meminang Puteri Gunung Ledang untuk baginda.
Setelah empayar Melaka runtuh ditawan Portugis pada tahun 1511, keris keramat itu dibawa bersama rombongan Sultan Mahmud yang berundur ke Kampar, Sumatera.









IMEJ mural di Muzium Negara yang didakwa mirip wajah dan sosok tubuh Hang Tuah.


“Kemudian atas permintaan pembesar Perak diketuai Tun Saban, baginda mengirimkan anakandanya, Raja Mudzaffar Shah untuk berangkat ke Perak bagi mengasaskan kesultanan Melayu di negeri itu.
“Baginda turut mengurniakan beberapa peralatan termasuk keris Taming Sari untuk dijadikan alat kebesaran negeri yang baru ditubuhkan itu,” cerita Jannati.
Kursani
Kajian Muzium Perak mendapati keris Taming Sari menepati ciri-ciri termasuk gambar rajah yang terdapat pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.
“Manuskrip terbabit mengandungi zikir dan amalan perang yang diamalkan Tariqat al-Shazilliah yang berkembang sekitar abad berkenaan,” ujarnya.
Pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah berpendapat, keris Taming Sari hanya ada satu iaitu keris yang disimpan oleh Sultan Perak sekarang.
Keris Taming Sari ada kesaktian. Salah satu cara untuk mengenal pasti keris itu ialah melalui bahan yang digunakan untuk membuatnya.
“Keris Taming Sari asli dibuat daripada serbuk kursani, tetapi yang palsu dibuat menggunakan besi biasa atau pasir hitam,” katanya.
Prof. Emiratus Tan Sri Khoo Kay Kim pula berkata, tiada fakta sejarah yang dapat membuktikan lokasi sebenar keris Taming Sari.
Namun begitu, berdasarkan kajiannya, ada dua versi mengenai sejarah keris tersebut.
“Keris Taming Sari tersebut telah hilang buat selama-lamanya bersama Laksamana Hang Tuah sewaktu keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.
“Selain itu, keris tersebut telah dibawa ke Perak oleh Sultan Mudzaffar Shah yang merupakan anak kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu sultan terakhir Melaka, untuk dijadikan peralatan kebesaran dalam majlis pertabalan Sultan Perak yang pertama,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
seorg tokoh silat diletak keris ni atas kepala oleh seorng sultan perak, balik je kt umah rasa seram sejuk, rsa nk mengamok. kuat aura keris taming sari ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 10:30 AM | Show all posts
Edited by uniq61 at 16-2-2016 06:33 PM

ILMU TAK TINGGI SEBAB ZAMAN NI WALAUPUN DIGELAR MAHAGURU TAPI ILMUNYA MACAM TUKANG KEBUN ZAMAN HANG TUAH..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 02:21 PM | Show all posts
Menarik cerita keris ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 05:17 PM | Show all posts
MIKASIH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2015 05:17 AM | Show all posts
kencing giler copy paste TT

islam telah lama disebarkan di china sebelum kesultanan melaka lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:35 AM | Show all posts
maka betul laa hipotesis keris tu asal dari senjata lama hindu/china

Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 11:00 AM | Show all posts
teringin la nak tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:47 PM | Show all posts
"Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi."

Adakah dari mata tombak yg kononnya ditikam ke rusuk jesus (jesus palsu) yg sedang disalib?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 05:01 PM | Show all posts
Edited by radhi at 7-1-2016 05:06 PM
Yustan replied at 7-1-2016 03:47 PM
"Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya am ...

Bukan Jesus tapi Jassash.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 06:01 PM | Show all posts
masih menunggu apakah dna dari kubur Hang Tuah di Palembang sudah dibuktikan dengan generasi ke 12nya.

sumber BHOnline 26/11/15

Andai kata dnanya pasti ,teori Hang Tuah hilang entah kemana tidak benar. Memastikan Taming Sari sebenarnya Taming Sari perlu lah buat forensic seperti yang biasa dilakukan oleh pemerintah Mesir keatas artifak2 zaman firounnya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
xyahla nk amek tau pasal keris tu ada aura lah ape lah, dr nabi lah. kita hamba ALLAH S.W.T dan ALLAH S.W.T yg berkuasa atas segala-galanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 11:13 AM | Show all posts
pernah bace pasal hang tuah dan keris taming sari...katenye kt singapore ade kt tgn pewarisnya...tp xtaulah nk percaya or x...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 11-11-2015 04:17 AM
kencing giler copy paste TT

islam telah lama disebarkan di china sebelum kesultanan melaka lagi   ...

aku perhatikan je ko ni....nk sangat pecah belahkan melayu n umat islam....bukan melayu ko ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054110 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list