CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6373|Reply: 65

[Tempatan] Suami isteri dijatuhi hukuman mati bunuh pembantu rumah

[Copy link]
Post time 30-10-2015 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri dijatuhi hukuman mati bunuh pembantu rumah


Published: 30 October 2015 8:27 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suami-isteri-dijatuhi-hukuman-mati-bunuh-pembantu-rumah


Seorang suri rumah menangis dan meraung apabila Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman mati ke atasnya dan suaminya kerana membunuh pembantu rumah mereka dengan membiarkan warga Kemboja itu mati kelaparan.

Chin Chui Ling, 43, menangis dan pada satu ketika rebah dalam kandang tertuduh selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dan suaminya, Soh Chew Tong, 46, mengenai keputusan mahkamah itu.

Soh turut memegang Chin sambil menenteramkannya.

Pasangan itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu mendengar rayuan mereka, kemudian digari dan dibawa semula ke lokap oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan ke atas Soh, yang juga pemilik stor, dan Chin kepada tuduhan asal membunuh pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, yang mempunyai berat badan hanya 26.1 kilogram.

Soh dan Chin, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.

Mey Sichan, yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, dijumpai mati di rumah kedai pasangan suami isteri itu dengan kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya selain mengalami dehidrasi dan keadaan pipinya yang cengkung.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim, berkata mahkamah mendapati rayuan balas pihak pendakwa mempunyai merit.

Beliau kemudian mengetepikan sabitan pasangan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan hukuman penjara, serta menggantikannya dengan hukuman mati kerana membunuh.

Panel hakim juga menolak rayuan pasangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.

Seorang lagi hakim yang berada dalam barisan panel ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Pasangan itu asalnya dituduh membunuh Mey Sichan di rumah mereka di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 1 Januari dan 1 April, 2012 tetapi Mahkamah Tinggi meminda tuduhan itu dan mensabitkan mereka kerana membunuh tanpa niat.

Pada perbicaraan mendengar rayuan pada 24 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan mendengar hujah pihak pendakwa Mey Sichan bukan saja tidak diberi makan tetapi dia juga didera dan mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan akibat dipukul.

Mahkamah diberitahu Mey Sichan terpaksa makan sisa makanan daripada tong sampah.

Tetapi, peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu berhujah ia tidak dapat diputuskan gastrik ulser yang dialami Mey Sichan ialah akibat tidak diberi makan oleh anak guamnya.

Kumaraendran berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan bagi kes itu. – Bernama, 30 Oktober, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
selayaknya lah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
membunuh tanpa niat apabendenya kalo dah buat mcm tu.
cashlah.
syabas lowyar2 kerana mentegakkan keadilan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:20 PM | Show all posts
teruknya mendera sampai mati lak tu.. dah x makan mana la ada tenaga nk buat keje..
mereka mmg layak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:22 PM | Show all posts
tau meraung...

masa ko pukul orang, ko rasa hebat,berkuasa..
pembantu tu ko bayar upah...bkn hamba ko..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh akak nak mereka laki bini ini mati kelaparan perlahan2 juga. Biar terseksa tak diberi makan sebulan sambil kita letak tong sampah dalam sel penjara mereka. Barulah feel sikit sengsara amah yang meka bunuh tu cemana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.
Kejam sgt...:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 09:26 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 30-10-2015 01:24 PM
Padan muka.
Kejam sgt...:

Memang sangat zalim uols.....mengalahkan haiwan...

Kesian pembantu rumah tuh sampai tinggal tulang.....bayangkan berat badan cuma tinggal 26 kg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 30-10-2015 09:26 PM
Memang sangat zalim uols.....mengalahkan haiwan...

Kesian pembantu rumah tuh sampai ting ...

Apalah perasaan dorang kannn....memang tak de perasaan....

My neighbour maid tanak mkn pun dahbtension.....takut maid sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:39 PM | Show all posts
26kg? lebih kurang berat budak sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengsan la sgt
Org tu ko siksa sampai mati, konon2 nak tunjuk bossy la tu...padan muka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 09:46 PM | Show all posts
Rebah hukuman mati dikembalikan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 8:51 PM
http://www.hmetro.com.my/node/89551


Soh Chew Tong, 44, (kanan) dan isterinya, Chin Chui Ling, 42, (kiri) dibawa anggota polis selepas selepas dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun kerana menyebabkan kematian pembantu rumah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pada Mei 2013. - Foto NSTP (Fail).

Putrajaya: Seorang surirumah menangis dan meraung apabila Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman mati terhadapnya dan suaminya kerana membunuh pembantu rumah mereka dengan membiarkan warga Kemboja itu mati kelaparan.

Chin Chui Ling, 43, menangis dan pada satu ketika rebah dalam kandang tertuduh selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dan suaminya, Soh Chew Tong, 46, mengenai keputusan mahkamah itu.

Soh turut memegang Chin sambil mententeramkannya.

Pasangan itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu mendengar rayuan mereka, kemudian digari dan dibawa semula ke lokap oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan terhadap Soh, yang juga pemilik stor, dan Chin kepada tuduhan asal membunuh pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, yang mempunyai berat badan hanya 26.1 kilogram.

Soh dan Chin, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.

Mey Sichan, yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, dijumpai mati di rumah kedai pasangan suami isteri itu di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
dengan kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya selain mengalami dehidrasi dan keadaan pipinya yang cengkung.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim, berkata mahkamah mendapati rayuan balas pihak pendakwa mempunyai merit.

Beliau mengketepikan sabitan pasangan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan hukuman penjara serta menggantikannya dengan hukuman mati kerana membunuh.

Panel hakim juga menolak rayuan pasangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.
Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan bagi kes itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:47 PM | Show all posts
masa ko buat simati tu camtu sikit pun ko tak rasa kesian? nah, skang tuhan dah kasi ko cash! mulai dari skang ko Ah Soh dan Ah Chin buleh berpesan2 kepada seluruh family supaya next time jangan rasa diri dah jadi tuan korang boleh buat ikut suka je kat org lain mcm hamba abdi.

Semoga kes ni dapat beri pengajaran keras kepada memana majikan yang bertindak melampaui batas ke atas housemaid.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:48 PM | Show all posts
cash lah kau..mcm bangang jah ko bunuh orang tampa niat dgn kurung sampai mampus...lama juga tempoh x berniat kau sampai cikki itu mati kelaparan...unless dua ekor ini tintong...apa2pon semoga meraunglah kau di padang mahsyar kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, justice prevail.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:58 PM | Show all posts
selayaknya
punya lah maid tu terseksa mati kebuluran dan kehausan
tapi lebih elok lagi
kalau dia laki bini diseksa sedemikian rupa juga
baru feel perbuatan mereka

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm mentally sick these people.  Cash on delivery kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:12 PM | Show all posts
padan muka loe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:14 PM | Show all posts
Yang dera pembantu rumah selalunya kaum yang sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.342953 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list