CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 19

[Tempatan] Ahli UMNO dilarang bercakap tentang 1MDB

[Copy link]
Post time 1-11-2015 12:05 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Barisan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Semporna hari ini menzahirkan rasa kecewa tatkala mendengar khabar angin mengenai adanya usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Naib Presiden.

Memetik kenyataan AJK itu, menyatakan bahawa mereka menyatakan rasa kesal sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerana suara-suara pemimpin ini adalah mewakili rakyat kebanyakan, dan bukan bersuara atas kepentingan peribadi.

"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada parti Umno? Adakah syarikat 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, di lucut atau di pecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?  Hari ini Umno berhadapan dengan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ini dapat di buktikan dengan keputusan dua pilihan raya umum yang lepas malah buat pertama kali dalam sejarah, Umno kalah "Popular Votes" kepada pembangkang," petik kenyataan itu.

Dalam pada itu, AJK itu, mempersoalkan adakah dengan membuang'pemimpin-pemimpin itu dapat mengembalikan dokongan rakyat kepada Umno

"Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno.

"Sedarkah para pemimpin serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor bahawa majoriti ahli Umno dan rakyat percaya bahawa pemimpin-pemimpin yang kononnya di khabarkan sedang dipantau ini telah menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa bahawa asas kepada perjuangan Umno adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, dan bukan kepentingan pemimpin?" petik kenyataan itu.

Terdahulu, Tengku Adnan berkata, langkah disiplin terhadap tujuh pemimpin Umno  akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.

Katanya: "Umno sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum sehingga 'merosakan' parti.‎"

Tambah kenyataan itu lagi, sehingga ke hari ini, baik Muhyiddin  malah  Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menuduh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melakukan penyelewangan di dalam skandal 1MDB ini dan mereka secara konsisten  hanya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus, jujur dan konsisten dalam menyatakan dan menjelaskan kepada rakyat setiap persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya dan keraguan kepada rakyat.

“Menyingkirkan pemimpin-pemimpin ini secara langsung akan menghakis kepercayaan ahli terutama golongan muda terhadap Umno itu sendiri.

"Hari ini golongan muda dahagakan pemimpin yang berani menyatakan kebenaran dan bukan pemimpin yang banyak mengeluarkan kenyataan bongkak, retorik dan mengampu sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Malah lebih teruk, kenyataan-kenyataan berbentuk cabaran agar pemimpin-pemimpin tertentu keluar daripada Umno atau Barisan Nasional jika tidak menyokongan kepimpinan Perdana Menteri," petik kenyataan itu.

Sementara itu, AJK itu berkata perbezaan pendapat atau teguran bukan bermakna tidak menyokong kepimpinan tapi pastinya setiap perbezaan dan teguran itu perlu diterima secara positif jika ianya terbukti untuk kebaikan rakyat.

Dengan cara itulah, sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan kepada rakyat khasnya golongan muda Umno adalah parti yang sentiasa bersifat terbuka dalam menerima kritikan dan teguran malah pemimpin-pemimpin Umno sendiri boleh mengkritik pemimpin parti jika ianya untuk kebaikan rakyat.

"Perlu kita ingat bahawa setiap undi dan kerusi pada PRU14 yang akan datang adalah penting kepada survival Umno dan tujuh pemimpin yang di sebut-sebut itu juga terutama  Timbalan Presiden Umno dan Shafie selaku Naib Presiden Umno mempunyai penyokong tegar mereka bukan hanya di kawasan yang mereka wakili malah di seluruh negara jika tidak, mana mungkin mereka mampu bertahan didalam politik hingga ke hari ini.

"Dalam konteks Sabah pula, Shafie merupakan salah satu pemimpin yang bertanggungjawab dalam membawa parti Umno ke Sabah, dan apa nasihat yang kita ingin sampaikan kepada generasi muda dan rakyat pada keseluruhannya terutama di bumi Sabah ini jika pemimpin yang berjasa menbawa Umno masuk ke Sabah malah cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya baik sebagai ahli Parlimen dan bekas Menteri di tujuh kementerian disingkirkan hanya kerana menyatakan kebimbangannya terhadap penerimaan rakyat terhadap Umno dan bersuara demi kepentingan rakyat?" kenyataan itu dipetik lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 12:25 AM | Show all posts


Kiranya - " You soal aii saman" (ALA ALA NUAR IBRAHIM )


Kenapa tak boleh ckp pasal 1mdb? kenapa najib harus sentap kalau dia tak ada buat salah dgn sykt kerajaan ini? KENAPA KENAPA BIJAN oiii?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 12:54 AM | Show all posts
1mdb dah semakin lemau
mahadey dah kalah

pembangkang xkan dapat tewaskan Barisan Najib PRU akan datang sebab perpecahan mereka
dan aku xharap lagi walau mana mana pembangkang baik DAP maupun PAS utk mengambil alih pemerintahan negara.

incompetent
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 12:56 AM | Show all posts
dilarang bercakap pasal depa nie BODOH.......

tunggu je debat Arul Kanda vs Tony Phua chu kang kat RTM
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:03 PM | Show all posts
mungkin lenkali semua ahli UMNO di larang sebut perkataan 'gemuk'
guna perkataan na na na na je


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo guno tuhan Bg mulut. Nasib tuhan xbg korang ahli umno bisu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2015 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah nik ajis selamba jerr ckp tuhan mencarut xde pun IS dtg mnyerang....ini kan plk x blh ckp psl imdb....agama baru kah???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:59 PM | Show all posts
kerna ia boleh menyebabkan Datuk Seri berkecil hati?
Bukankah tak baik menyakitkan hati orang lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 04:53 PM | Show all posts
dato sri kecil hati konon..pegi mampus la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 04:59 PM | Show all posts
AHMADVW replied at 1-11-2015 02:04 PM
Apo guno tuhan Bg mulut. Nasib tuhan xbg korang ahli umno bisu

Biarlah org yg arif dan lebih tahu bercakap mengenai 1mdb.
Si Arul dah tolong cakapkan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 05:10 PM | Show all posts
rashiman replied at 1-11-2015 04:59 PM
Biarlah org yg arif dan lebih tahu bercakap mengenai 1mdb.
Si Arul dah tolong cakapkan....

Biar Najib shj yg ckp bab IMDB sebab Najib lebih ariff siapa yg kebas duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 05:15 PM | Show all posts
aku dr dulu mmg x puas ati tgk muka ku nan ni.

ni muka org tua berlagak nak masuk kubur cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 05:20 PM | Show all posts
Kecewa2 pn umno menang besar gak kt sabah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
xphm aku dgn pm yg berperangai camnih. only in malaysia:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:03 PM | Show all posts
rashiman replied at 1-11-2015 04:59 PM
Biarlah org yg arif dan lebih tahu bercakap mengenai 1mdb.
Si Arul dah tolong cakapkan....

bekas org no 2 umno pun xpaham psl 1mdb ade hati macai mcm rashiman, nak suh arul bg penjelasan, puii
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:36 PM | Show all posts
AHMADVW replied at 1-11-2015 07:03 PM
bekas org no 2 umno pun xpaham psl 1mdb ade hati macai mcm rashiman, nak suh arul bg penjelasan, p ...

Xpaham kena sabar, tindakkan sedang diambil utk menyelesaikan isu 1mdb.
Masalahnya org no.2 tak sabar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BN akan tetap menang PRU14. Dungu Felda dan penyumpit babi Sabah Sarawak masih setia menyembah tohan dacing...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:51 PM | Show all posts
Kalo x salah nape takut?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:59 PM | Show all posts
dah bosan dgn 1mdb...tgk je la..kata nk develop msia kan..so wait n c...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 11:36 PM | Show all posts
7 pemimpin yg disiasat tu sebab berckp pasal 1MDB la
cuba mereka tk sentuh psl 1MDB tentu semua OK
begtu la umno suci murni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076533 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list