CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3804|Reply: 8

5 lokasi paling menyeramkan di dunia

[Copy link]
Post time 4-11-2015 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Kita biasa mendengar tentang kumpulan pencari hantu atau 'Ghostbusters'. Antara tugas utama kumpulan-kumpulan (atau pun orang perseorangan) ini adalah meneroka lokasi-lokasi yang dikatakan berhantu demi mencari dan melihat sendiri makhluk halus di hadapan mata.

Namun lima lokasi ini, mungkin antara lokasi yang paling tidak mahu dijejaki manusia. Bukan setakat menyeramkan, namun sejarahnya sahaja boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja.


PULAU ANAK PATUNG (MEXICO)

Sumber foto: Amrithraj Wiki

Sebuah pulau di Mexico City yang dipenuhi dengan ratusan anak patung dengan rupa yang menyeramkan. Patung-patung ini diletakkan oleh pemilik pulau ini iaitu Julian Santana Barrera.

Puncanya? Barrera menemui mayat seorang budak perempuan terapung di pulau itu satu masa dahulu.

Dia kemudiannya meletakkan patung-patung tersebut di seluruh pulau berkenaan kerana percaya ia mampu menakutkan roh jahat yang berada di pulau kecil itu.



CENTRALIA (AMERIKA SYARIKAT)


Sumber foto: Navy2004 Wiki


Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, imej bandar ini tentunya tidak asing lagi. Pada asalnya, ia sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun, namun telah ditinggalkan penduduk selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.


HUTAN AOKIGAHARA (JEPUN)


Sumber foto: JordyMeow Wiki

Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, ia dikenali penduduk tempatan sebagai hutan tempat bunuh diri.

Malah kerana kadar bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda yang meminta agar orang ramai yang berniat untuk berbuat demikian, supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.



HUTAN HOIA BACIU (ROMANIA)


Sumber foto: Roamata Wiki



Mereka yang memasuki hutan ini dikatakan akan keluar dengan rasa pening yang teruk, loya, keletihan dan ada juga yang mengalami calar dan melecur yang teruk pada badan.

Ramai juga yang berkongsi kisah mendengar bunyi orang menangis, selain kisah masyarakat tempatan yang menceritakan bagaimana orang yang sesat dalam hutan itu tidak akan ditemui semula.



RESORT SAN ZHI (TAIWAN)


Sumber foto: Magnus Manske Wiki


Reka bentuk bangunan resort ini cukup menarik, namun ia tetap tidak membuatkan masyarakat lupa kisah seramnya.

Ia hanya sempat dihuni selama dua tahun sekitar tahun 1970an, dan mula ditinggalkan terbiar apabila terlalu banyak kematian berlaku di sini.

Kematian yang berlaku bukan sahaja membabitkan insiden-insiden ngeri di kalangan penghuni resort, malah mereka yang melalui kawasan-kawasan berdekatan resort tersebut.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 01:15 PM | Show all posts
seramnye
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 02:12 PM | Show all posts
Siaran ulangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 02:47 PM | Show all posts
ceritanya je yang menyeramkan..
tp tempatnya  cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 03:08 PM | Show all posts
takutnya pulau anak patung tu, kalau malam lagilah. sebab itu tak suka sangat doll serupa manusia
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 03:33 PM | Show all posts
macam pernah terbaca benda ni
hutan jepun tu aku terbayang cite the hobbits dlm hutan jumpa labah2 tu
tp nk ikutkan tempat paling byk org bunuh diri kat jepun ialah di tebing2 tinggi
bak kata kawan aku yg baru balik belajar sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 04:44 PM | Show all posts
naik kan supermarket. rumah lawa2. ofis2. club2 mlm. mesin2 kuda. waterpark. kompom hidup balik tempat ni. hilang seramnya.  

tp nak bagitahu sikit lah. skrg kat malaysia, kat KTM n Toll pon dah cukup seram
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 04:53 PM | Show all posts
Dah kenapa psl resort tu? wuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 08:53 AM | Show all posts
takuttttnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064096 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list