Twitter Tukar Butang Favourite Dengan Bentuk Hati Nov 4, 2015 15
0Shares
SYARIKAT laman sosial Twitter semalam.mengumumkan perubahan butang ‘favourite’ yang sebelum ini berbentuk bintang dengan bentuk hati yang bermaksud ‘like’ untuk pengguna mereka.
Menurut Twitter, mereka membuat keputusan itu untuk menjadikan pengalaman melayari laman sosial itu satu bentuk yang menghiburkan selain menarik lebih ramai netizen menggunakan butang tersebut.
“Kami ingin menjadikan Twitter satu medium yang mudah digunakan dan kami faham kadang kala bentuk bintang membuatkan anda keliru, terutamanya kepada yang baru berjinak-jinak dengan Twitter.
“Kamu mungkin suka banyak benda, tapi tak semestinya yang kamu suka itu merupakan favourite kamu,” kata wakilnya memetik kenyataan rasmi yang dipaparkan di laman web Twitter. – MYNEWSHUB.CC
Contoh butang hearts yang bermaksud like, menggantikan butang bintang untuk favourite.
|