CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3345|Reply: 24

[Tempatan] Wabak campak meningkat tiga kali ganda setakat september - KP Kesihatan

[Copy link]
Post time 6-11-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Wabak campak meningkat tiga kali ganda setakat september - KP KesihatanBernama |                                                 November 06, 2015 07:50 MYT                    
                                            




                                 Imuniti kelompok yang rendah akibat daripada jumlah kanak-kanak tidak dilindungi oleh imunisasi campak yang tinggi menyebabkan virus Measles mudah menular di dalam komuniti tersebut dan mengakibatkan wabak.

KUALA LUMPUR: Wabak Measles atau campak meningkat tiga kali ganda di seluruh negara sehingga September lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes disahkan campak meningkat kepada 602 kes (26.3 per sejuta penduduk) berbanding 235 kes (7.8 per sejuta penduduk) pada 2014 dan 195 kes (6.6 per sejuta penduduk) pada 2013.

"Malah, berlaku dua kematian kanak-kanak akibat jangkitan campak pada tahun ini, berbanding satu kematian pada tahun lepas. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya malam Khamis.

Katanya bilangan wabak juga meningkat lebih tiga kali ganda, iaitu 37 episod wabak berbanding hanya 11 pada tahun 2014.

Wabak ini, katanya, turut melibatkan beberapa institusi jagaan, sekolah dan pusat tahanan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata punca utama peningkatan kes adalah kanak-kanak tidak mendapat imunisasi.

Katanya sebanyak 50 peratus hingga 65 peratus daripada kes pada tahun 2014 dan 2015 tidak mendapat imunisasi campak.

"Antara sebabnya ialah ibu bapa terlupa atau terlalu sibuk untuk membawa anak mendapatkan imunisasi, salah tanggapan terhadap keterukan penyakit campak, menolak vaksin, mengamalkan perubatan homeopati dan/atau naturopati," katanya.

Katanya kanak-kanak ini juga tinggal di kawasan yang mempunyai liputan imunisasi campak kurang daripada 95 peratus.

Imuniti kelompok yang rendah akibat daripada jumlah kanak-kanak tidak dilindungi oleh imunisasi campak yang tinggi menyebabkan virus Measles mudah menular di dalam komuniti tersebut dan mengakibatkan wabak.

"Situasi menjadi lebih buruk apabila penjaga kurang faham kaedah mencegah dan mengawal penularan penyakit ini," katanya.

Dr Noor Hisham menarik perhatian bahawa campak adalah sejenis penyakit yang amat mudah merebak dan kanak-kanak yang dijangkitinya perlu diasingkan dan tidak dihantar ke pusat asuhan, taska, tadika atau sekolah.

"Elakkan membawa kanak-kanak ini menghadiri perjumpaan atau perhimpunan terutama yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi, pesakit yang mempunyai imuniti yang rendah seperti pesakit kanser, orang dengan HIV/AIDS dan mereka yang menerima rawatan kemoterapi," katanya.
Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah menjalankan kempen dan suntikan campak ke atas kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah di lokaliti wabak.

Ibu bapa dinasihatkan bekerjasama dengan memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi, sama ada pada tarikh hari lahir pertama anak atau semasa kempen imunisasi campak dijalankan dalam komuniti.

"Tindakan bijak kita akan menurunkan risiko jangkitan campak dan mengurangkan keterukan penyakit serta mencegah kematian," katanya. -Awani


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 08:38 AM | Show all posts
antivaxxers sila jawab
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagussss.. teruskan. Mak2 antivaxxer kata measles tak bebehaya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:33 AM | Show all posts
lorelai replied at 6-11-2015 01:11 AM
Bagussss.. teruskan. Mak2 antivaxxer kata measles tak bebehaya..

Noks, I ade terbaca yg mak2 antivaxx ni suka kot tengok anak kena chickeen pox or measel sebab kononnya antibody anak theyouls sedang berjuang... ala2 cherleader gitu. Kalau tengok citer extreme parenting, ade parents nii mmg sengaja expose anak dorang kat kanak2 yg ade chicken pox. Gila jokey, siap ckp keruping2 tu comel.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:34 AM | Show all posts
Nak cadangkan kat nursery anak iols supaya jangan ambik anak2 yang tak vaksin ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:38 AM | Show all posts
Anti vaksin tak alan sedar2 selagi nyawa anak belum le tahap dihujung tanduk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 09:38 AM | Show all posts
Macam mana ni Dr Noor Hisham? Kes measles meningkat di bawah jagaan anda. Sila lakukan sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:39 AM | Show all posts
anak saya ambil imuninisasi tp kena jugak campak.. kena minggu peperiksaan kat sekolah pulak tu.. minggu ni baru boleh pegi sekolah. saya rasa berjangkit di sekolah sebab dalam kelas dia 7 org murid kena serentak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 09:46 AM | Show all posts
nurakashah replied at 6-11-2015 09:39 AM
anak saya ambil imuninisasi tp kena jugak campak.. kena minggu peperiksaan kat sekolah pulak tu.. mi ...

Sebenarnya terdapat beza antara Measles & Campak.
Boleh baca penerangan doktor ini spt berikut
https://www.facebook.com/syamirulah/posts/10207271356483379

As expected. Sekarang kita hanya menunggu masa sahaja untuk giliran kes kematian measles pula meningkat.
Namun yang ingin saya ulas disini adalah sedikit kekeliruan kita (saya?) mengenai beberapa istilah penyakit dalam Bahasa Melayu.
Measles, saya tidak suka terjemahkan kepada "demam campak". Kerana istilah demam campak itu sendiri agak samar-samar.


Selalunya kita gunakan istilah demam campak ini, bermaksud VZV infection. Varicella Zoster Virus infection - demam yang naik bintik merah, adalah kes yang biasa sebenarnya.
VZV dan measles, adalah dua penyakit yang BERBEZA. VZ adalah mild, self limiting, juga boleh berjangkit namun jarang membawa komplikasi yang teruk. VZV, tidak memerlukan vaksin.

Measles, on the other hand, disebabkan oleh virus LAIN, ruam nya pun lain (kita namakan Koplik Spot), boleh sampai ke gusi, lebih mudah berjangkit, LEBIH BERBAHAYA.
Sebab itu ada saya pernah jumpa, ibubapa cerita "anak aku doktor kata kena demam campak, sembuh je sihat je. Pelik juga, sebab kecik2 dulu dah kena inject vaksin campak, macam mana dia boleh kena penyakit ini."

"Ha...tu la maksudnya vaksin ni bukan berkesan pun..tgk kena penyakit tu bukannya teruk pun." Sampuk ibu antivaksin cuba sebarkan dakyahnya.

Padahal apa yang sebenarnya berlaku, anak itu dijangkiti varicella Zoster, namun difahami sebagai "demam campak". Mungkin doktor tu yang silap terang, atau ibubapa itu yang assume mcm tu.

Tapi bila balik rumah, buka kamus atau Google tengok terjemahan " demam campak" itu adalah measles..jadi terus assume anaknya dijangkiti measles!

Kekeliruan ini tidak berhenti di sini. Nama lain bagi measles, adalah RUBEOLA. Ini, berbeza dengan sejenis lagi penyakit berjangkit lain, RUBELLA.

Bukan setakat itu. Habis mana pula datang istilah "chicken pox"? Haa...yg ini masalah bahasa pasar inggeris pula.
Chicken pox dalam bahasa inggeris, merujuk kepada varicella Zoster yang saya mention di atas tadi. Saya tak tahu pula terjemahannya dalam bahasa melayu adalah " cacar air"

Namun kena bezakan pula dengan sejenis lagi penyakit cacar, iaitu smallpox. Penyakit ini jauh lebih berbahaya, namun sudah eradicated (pupus) kerana keberkesanan vaksin.
Pening kan? Sebab itu saya secara peribadi, tak mahu guna bahasa Melayu apabila berbicara mengenai penyakit dengan pesakit saya. Saya lebih suka terus guna istilah saintifik. Kalau varicella Zoster, saya sebut terus terang varicella zoster.

Kalau pneumonia, saya sebut pneumonia. Kalau pleural effusion, saya sebut pleural effusion. Kalau fluid overload, saya sebut fluid overload. No more "paru-paru berair" for me.
Maaflah kalau nampak tidak berapa patriotik. Masalahnya walaupun DBP dah buat kamus memberikan definisi, pemahaman masyarakat berbeza-beza. Allah saja yang tahu betapa saya berkerut dahi setiap kali pesakit mengadu "sakit urat."!

Sekadar selingan. Pengajarannya, pastikan anda dapat penjelasan yang betul dari doktor anda. Dan kepada rakan-rakan doktor, pastikan kita memberi maklumat yang betul kepada pesakit kita.





Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:51 AM | Show all posts
ala... belum lagi ada budak mati pasal campak/measles jawab mak antivaxx

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:54 AM | Show all posts
anak aku kena jgak haritu..kjap je campak tu macam malu2 alah je nk spreading.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:13 AM | Show all posts
azimodin replied at 6-11-2015 08:33 AM
Noks, I ade terbaca yg mak2 antivaxx ni suka kot tengok anak kena chickeen pox or measel sebab kon ...

ya Allah.. scarynye org2 macam nie.. takde keje lain ke. kesian kat anak!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:18 AM | Show all posts
no wonder staff haku anak dia 2 org kena campak serentak.. dah nak kena apply leave sbb tak leh hantaq gi nursery.. cambut rambut gak la haku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
aku memula kena campak.... selang 3-4 hari buat blood test denggi pulak...

dah dewasa ni pun aku kena campak dah 3-4 kali, tak tahu kenapa. biasanya kalau keluar bintik2 merah kat kulit memang pi buat blood test, doc takmo buat pun aku paksa suruh buat, tak kisahlah... bukan free, kita bayar kan...

ada doc pemalas takmo buat blood test, klinik penawar lagi hampeh, dengue test kit pun xde terus suruh refer specialist hospital.... skali pi klinik lain, bukan denggi tapi campak jek.... hadoi!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kazaraf replied at 6-11-2015 05:46 AM
Sebenarnya terdapat beza antara Measles & Campak.
Boleh baca penerangan doktor ini spt berikut
h ...

Betol ramai org ingar cikenpox tu measles. Two diff things..

Ala kulli hal mak2 antivaxx3r mmg sk3 kalau anak dia kna penyakit2 ni

Kita terima aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 6-11-2015 05:54 AM
anak aku kena jgak haritu..kjap je campak tu macam malu2 alah je nk spreading.

Campak ke 6th disease tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 6-11-2015 06:22 AM
aku memula kena campak.... selang 3-4 hari buat blood test denggi pulak...

dah dewasa ni pun aku  ...

Lah.. campak bukannya boleh nampak kt blood test biasa pon

Kna buay throat swab atau urine for measles

Doktor tu tak pemalas.. hang yang tak tau.

Hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:14 PM | Show all posts
lorelai replied at 6-11-2015 11:07 AM
Lah.. campak bukannya boleh nampak kt blood test biasa pon

Kna buay throat swab atau urine for  ...

aku memang tak tahu sbb aku bukan doctor...

demam campak aku tak risau sangat... aku insist nak buat blood test sebab takut kena denggi...
simptom lebih kurang sama aje kan... lenguh sendi, demam, gusi berdarah, pening etc...

sebab doc kata demam tak tinggi... tak payah buat blood test, tetiba selang 2-3 hari confirmed kena denggi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 6-11-2015 08:14 AM
aku memang tak tahu sbb aku bukan doctor...

demam campak aku tak risau sangat... aku insist nak ...

Lg satu pegi klinik biasa. X semua klinik mampu nak stok NS1 kit, mmg layak la direfer ke hospital

And dengu3 hari pertama mmg x nmpk perubahan kat darah sbb tu slalu kalau 3 hari tak elok demam.. baru ambil darah

Synptoms demam viral semuanya sama.

Point aku jangan la sebarkan benda yg sendiri x pasti sbb musqbqb.. kalau ada kekeliruan sebelom tinggalkan bilik consultation.. tanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:32 PM | Show all posts
budak tpt aku vaccine pun kena jugak measles, kesian mak dia kena marah nurse padahal budak tu complete ambik vaccination
vaccinations bukan baju besi pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.826975 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list