CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2929|Reply: 5

Tips Simpan Biskut Agar Tidak Cepat Lemau

[Copy link]
Post time 9-11-2015 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Fyruz Hanna




Bagi anda penggemar makan biskut ataupun pembuat biskut. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mahu menyimpan biskut supaya tidak mudah lemau.


Bukan apa, biskut yang lemau akan merendahkan kualiti biskut walhal anda baru sahaja membuka daripada plastik/ atau baru sahaja membuatnya.


Jangan terus kecewa, jom baca tips ini:


1. Sentiasa pastikan biskut anda telah sejuk sepenuhnya, sebelum menyimpan didalam bekas. JIka anda menyimpan ketika masih panas/suam ia akan membuatkan biskut anda lembik dengan cepat.




2. Jangan campurkan jenis biskut ke dalam satu bekas yang sama. Ini kerana setiap biskut mempunyai adunan yang berbeza jadi ia akan melembutkan biskut yang lain.


3. Simpan biskut dalam bekas kedap udara bagi menjaga kelembapan.


4. Jika biskut anda jenis cepat lembut, simpan bersama dengan hirisan epal, dan buang epal ketika anda membuka bekas terbabit.


5. Jika biskut tetap juga lemau, bakar didalam oven selama 5 minit dengan 300 darjah.


Selamat mencuba, kini tiada lagi biskut lemau dalam simpanan anda. -CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hirisan epal hijau tu macam mana tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 06:32 PM | Show all posts
imransulaiman: Hirisan epal hijau tu macam mana tu??


rasanya epal je.. xkira hijau ke merah.. sb epal dapat serap kelembapan.. tapi pastikan epal tu kering masa simpan dalam bekas bersama biskut. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi cara xnak lemau, bila bukak makan sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 09:26 PM | Show all posts
saya pernah simpan roti bersama dengan biskut dalam satu bekas
hasilnya...biskut jadi lemau, roti jadi keras
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
NadineNajmie replied at 9-11-2015 06:52 PM
Satu lagi cara xnak lemau, bila bukak makan sampai habis

Tips yang paling win...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058361 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list