CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8674|Reply: 49

Pengubat pegang-pegang time mengubat..

[Copy link]
Post time 11-11-2015 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by salotape at 11-11-2015 10:27 PM

Salam...

Aku nak citer satu pengalaman aku dan nak tanya pendapat korang semua pasal benda yang aku alami ni. Kejadian ni berlaku pada sekitar tahun 2013 tak silap aku.

Kisahnya bermula macam ni. Masa tu aku,mak aku, dan akak aku ikut family mak sedara aku pergi beraya dekat rumah pakcik husband mak sedara aku ni. Tujuannya 2 dalam 1 sambil raya sambil nak risik2 kerja kosong untuk aku dan akak aku sbb pakcik husband mak sedara aku ni kira org berpangkat jugakla. Pakcik (husband mak sedara) nak tolong la sebab kesian tengok aku dan akak aku ni tak dapat2 kerja yang elok setaraf dengan kelayakan kitorang. Jadi dia willing to risik2 dekat pakcik dia. Aku, mak dan akak aku join jela jalan2 sambil beraya apa salahnya, ada rezeki mana tau pakcik dia tu boleh tolong. Follow jela..

Lepas beraya tu pakcik aku ajak aku mak dan kakak ikut dia pegi kat rumah sorang kenalan dia.. Katanya orang ni pandai berubat. Dia pancing la cakap pasal penyakit ketulan (lump) dekat breast yang aku satu family memang ada ni. Katanya jomla try berubat dengan orang tu. Bagus katanya..pernah ubat anak dia sakit gatal-gatal bla3... Dan katanya orang ni HUKM nak ambik dia kerja tolong doktor tapi dia tak nak.

Dalam pada nak jalan2 sambil nak beraya.. aku,mak dan kakak aku pun ikutla pakcik aku tu. Kitorg naik dua kereta, dia dengan family dia la. Sampai la kitorang kat rumah kenalan dia tu. Nampak macam dah kenal sangat dengan pakcik aku tu. Orang indon.. Lepas duduk2 dah hidang air dia pun bukak la hajat datang nak berubat, plus buatkan la aku dan kakak aku ni senang dapat jodoh senang dapat kerja means bila orang tengok jadi tertarik untuk ambil kerja atau berjodohan kononnya. Aku dengar jela. Pastu tuan rumah tupun call la orang (pakcik A) yang pandai berubat tu datang rumah. Pakcik A tu duduk rumah lain kot..

Lepas pakcik A dah sampai dia cakap-cakapla dengan tuan rumah tu. Bahasa indon ke jawa aku pun tak berapa pasti. Pastu pakcik A tinada cakap dengan seseorang tapi bukan dengan orang depan dia. Benda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar gitu. Aku dalam hati mcm cuak2 gak. Betul ke tak pakcik aku ni. Tah bomoh mana la dia perkenalkan ni. Pakcik A dengan pakai seluar pendeknya. Katanya baru balik dari mana tah. Pastu aku dengar dia cakap pasal jodoh apa semua masa sembang dengan tuan rumah pastu mata tuan rumah macam pandang- pandang aku. Aku dalam hati mcam risau tapi acah-acah cool.

Pastu ada sorg anak perempuan ke sedara tuan rumah (tak pasti) die mcm pandai berubat gak. Die pegang mak aku konon nak scan la. mak aku ni selalu sakit bahu. Pastu perempuan tu cakap dalam badan mak aku ada "ular". Mak aku ni terkejut tak percaya la kan. Dahla memang alergic dengan ular ni.huhu.. Tp mak aku buat-buat cool mcm kata dia tu gurau je tak ambik serius pasal ular tu.

Pastu pakcik A serkap jarang akak aku pulak. Dia cakap akak aku ni ada orang minat tapi akak aku tolak jadi orang tu macam buat akak aku asyik ingat kat dia je.. Akak aku mcm blur masa tu. Dia kata mmg ada tapi nak kata ingat sangat tu tak pasti pulak. Dia kata budak laki tu ada guna pengasih kat akak aku la. Wallahualam..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2015 08:33 PM | Show all posts
Edited by salotape at 11-11-2015 08:52 PM

Seterusnya sesi berubat penyakit breast lump pulak. Kami bertiga, pakcik A dan pakcik aku tu masuk bilik. Yela sebab takkan nak berubat tengah rumah ye dak. Tuan rumah bagi pinjamkan t shirt diorang dan kain batik. Aku ni sebenarnya tak berapa nak sangat buat tapi bila mak aku on aku pun follow jela. Sesi berubat dimulakan dengan mak aku, kakak dan aku.

Die pegang breast kami macam doktor nak cek breast pesakit. Tapi dia masukkan tangan dalam baju la. Pakcik aku ada duduk sebelah masa dia berubat tu. Masa turn aku, dia pegi tekan macam urat ke apa tah dekat-dekat bahagian tulang kuat gile memang sakit habaq hang. Geli memang geli breast kita kena pegang kot!!! Tak pernah ada orang pegang tapi sekarang dah tercemar. Doktor pegang masa nak buat check pon pakai glove tau!

Dia dok cakap dah berakar.. Pastu pokok dah berbuah la..Tu yang jadi lump tu kata dia. Die cakap la badan kita ni macam pokok. Dari cabang2 ranting tu ada la buah yang elok ada yang tak elok.cmtu la lebih kurang aku pun dah tak ingat teori dia. Dan yang buat penyakit tu adalah jin kata dia. Macam jin tu tanam pokok tak baik dalam badan kita. Camtula lebih kurang.. Dah tak ingat sangat dah cerita dia tu..

Tapi yang masa dia ubat mak aku tu agak teruk gak kisahnya. Tiba-tiba mak aku jadi agresif macam orang kena rasuk. Menjerit-jerit panas lah! marah2 pakcik A. Mak aku cakap bodoh la.. Lagi marah2 pakcik A tu. Macam orang kena rasuk bila jin ada dalam badan, camtula jadinya mak aku masa tu. Dan bermula la soal jawab antara pakck A dengan mak aku (jin dalam bdan mak aku). Die tanya la sapa yang hantar tapi jin tu tak nak jawab. Dia cakap tak tau sampai ke sudah. Last pakcik A kata dia  kurung ke apa tah jin tu. Wallahualam..

Pastu dia cakap la yang jin tu nak bawak mak aku pegi tempat lain jauh... Tapi dia tahan  tu yang bersoal jawab bagai tu. Oh ye lupa nak cakap yang masa sesi berubat tu selain pegang2 breast dia ada suruh pejam mata dan tenangkan fikiran. Masa tu la dia kata jin tu nak bawak mak aku g mana tah..jauhhh katanya. Mak aku masa tu memang menjerit2 keras la suara dia. Pelik gak la takkan la famlily aku ada "benda tu". Aku tengok ni takut jugak la dalam hati jantung berdebar tuhan je tau. Sambil risau tengok mak aku macam tu. Pakcik aku sebagai pembantu kat situ cakap kat aku n akak aku tu bukan mak aku tu.

Yang peliknya mana pulak datang jin. Lepas mak aku dah ok semula, mak aku ckap masa tu dia rasa tak sedar pape dan rasa macam gelap je sayup-sayup gitu. Dan masa proses soal jawab tu mak aku ada panggil nama pakcik aku. Pakcik A tu cakap masa tu mak aku tak sedar lagi yang panggil nama pakcik aku tu bukan mak aku la kiranya. Lepas dah selesai semua pakcik A reveal katanya jin tu dah dekat 10 tahun dalam badan/dekat mak aku. Camtula lebih kurang. Sebab tu dia dah kenal semua ahli keluarga aku.

Dia kata ada orang tanam benda dekat rumah aku. Tapi rumah kitorang rumah flat camne pulak nak tanam, dia cakap orang tu tanam dalam simen guna kapur. Dia buat garisan kat depan rumah tapi sebab dah lama garisan tu dah x nampak la means dah tertanam dah. Means bila ada orang melangkah masuk dia macam on la sihir tu. Wallahualam..

Lepas tu aku pun flashback balik. Masa mula2 pindah rumah aku sekarang ni masa tu mak aku ni ada la kawan dengan sorang laki ni (mak aku ibu tunggal). Laki ni dah tua dah.. Dia la yang tolong mak aku pindah2 rumah, dia ada belikan tv, set radio,kerusi segala. Mak aku cam sayang sangat kat dia ni walaupun kami adik beradik tak suka. Bila kami macam marah dia berkawan dan percaya sangat laki tu mak aku terus melenting dan back up gila-gila laki tu. Sbb laki tu selalu memancing mak aku dengan duit. Masa tu kan mak aku susah..besarkan anak sorang-sorang dengan anak sekolah semua jadi macam tertarik dan terhutamg budi la dengan laki ni yang banyak tolong dari segi duit. Sebab laki tu kami anak beranak gaduh mak aku back up laki tu. mak aku cakap kalau dia tu tak bagi duit kami ni boleh hidup ke..camtu la lebih kurang.

Nak dikaitkan dengan pindah rumah yang sekarang ni.... Masa baru pindah tu, masa tu rumah memang kosong la takde barang sangat, tikar getah pun takde lagi masa tu. Masa aku balik rumah cuti sekolah, aku macam perasan ada garisan putih macam kapur la dekat syiling rumah aku macam depan pintu bilik dekat ruang tamu camtu. Depan rumah tak perasan pulak masa tu ada ke tak. Tak ingat. Aku macam pelik gak la garis apa tu. Apa benda main conteng-conteng. Ke sebab tak basuh rumah betul-betul lagi. Aku tanya mak aku tu garis apa. Mak aku cakap la pakcik  buat untuk macam pagar rumah la sebab rumah baru. Aku ingat rasanya macam tu la mak aku cakap. Aku pon tak tau sangat masa tu sekolah lagi tak expose sangat dengan benda pelik-pelik pun mengiyakan jela.

Dan bila pakcik A cakap macam tu aku jadi teringat pulak. Yela kes dah 10 tahun lepas kot.. Persoalanya kan..siapakah pakcik A tu...adakah dia bomoh, pengamal ilmu syirik atau memang betul orang yang ada ilmu untuk berubat. Aku sampai sekarang terkilan sangat. Rasa tak nak ingat kejadian tu. Rasa diri dinodai pon ada. Dah tak suci diri ku ini. Tapi masa tu pikir nak berubat macam positifla kononnya. Pastu dia cakap kitorang ni kena mandi bunga ke apa tah.suruh datang lagi tapi sampai sekarang dah tak datang situ.

Benda tu tak dirancang. Kami just ikut pakcik aku tu je..lepas berubat breast lump tu dia cakap balik rumah minum air didih beras selawat sebelum minum. Tujuan untuk baikkan dalaman kitorang yang dah luka2 dia berubat tadi. Aku balik tgk cermin memang lebam weh. Mana taknya dia p tekan kuat gile sakit wei. Macam tempat bengkak kena tekan sekuat hati.

Pastukan lepas dia dah ubat breast lump tu dia cakap la dengan benda suruhan dia, pendamping kot..wallahualam..  Kononnya jagakan kitorg dari penyakit permudahkan urusan bla3... Masa tu aku sangat macam tak tau apa yang aku pikir. Sebab seumur hidup aku aku tak pernah alami, maksud aku tengok dan terdedah dengan benda2 mistik ni. Jadi have no idea samaada dia tipu ke..apa ke..just follow je dan berharap Allah makbulkan apa yang dia cakap tu. Memang takde idea langsung pasal pendamping ke apa. Sekarang ni la baru aku tau serba sedikit.

Orang cakap kalau pengubat tu pakai pendamping maknanya dia pakai jin la kan.Mungkin yang masa dia ubat mak aku tu dia masukkan jin dia kat badan mak aku. Mak aku pun pelik kenapa dia boleh jadi mcm tu. Memang sejak dari pakcik A mula sampai rumah tuan rumah tu dia ada bercakap sorang2. Cakap dengan pendamping dia la tu. Tak silap aku dia panggil "pamukas"...huwaaaa! Takutnya weh...aku tak mau ingat balik kejadian tu. Tula perkara paling aku menyesal buat. Tapi aku takutla daripada keluarga aku takda apa-apa tiba jadi rosak sebab dia. Dan mungkin jugak pasal garisan yang tertanam macam pakcik A tu kata ada betulnya. Wallhualam..


Korang ada pengalaman lebih kurang sama atau dengar pasal orang macam ni tak? Korang rasa dia ni siapa.. Kalau betul aku dah terjumpa dengan orang salah adakah keluarga aku dah tercemar. Aku takut dari takde apa-apa tiba-tiba ada sesuatu tanpa kami sedar. Sebab rumah aku ni memang selalu "panas".. Selalu je nak bergaduh... Wallahualam..

Kalau betul family aku ada yang tak kena apa patut aku buat. Nak berubat camne... Semoga ALLAH lindungi keluarga aku daripada benda tak baik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang giler citer. Motif ko nak citer bende dah bertahun berlalu? Xde sapa la berani nak bg kene raba breast free2 camtu je walau dgn bomoh apa pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya sgt dgn bomoh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 08:54 PM | Show all posts
aku.semut.merah replied at 11-11-2015 08:51 PM
Panjang giler citer. Motif ko nak citer bende dah bertahun berlalu? Xde sapa la berani nak bg kene r ...

ctr ni thn 2013 yg 10 thn tu flashback pasal pindah rumah..aku pn waras lagi takkan nk bg org raba plk kan.tp masa tu perasaan mcm jmpa doktor la.walau tak rela tp tabahkan hati demi untuk merawat.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung weh jadi tok bomoh tu...anak beranak die sebat.pui
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2015 08:56 PM | Show all posts

aku tak pernah percaya bomoh.ms tu just follow pakcik aku je.ms tu tak terdedah sgt dgn bnd2 bomoh ke mistik ke..macam xde knowledge sgt.just dgr2 ctr org cmtu2 je..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 08:57 PM | Show all posts
mirae7729 replied at 11-11-2015 08:55 PM
Untung weh jadi tok bomoh tu...anak beranak die sebat.pui

tula..krg ajar betul bila mengenangkan..tp aku tak pasti dia bomoh ke apa.aku letak je tajuk tu bomoh..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh meraba2...mcm mengarut je,baik jumpa ustaz ke imam kt masjid...aku ade gak bawak adik perempuan...tp kami yg pegang die.siap pakai kan telekung lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 09:32 PM | Show all posts
mirae7729 replied at 11-11-2015 08:59 PM
Klu dh meraba2...mcm mengarut je,baik jumpa ustaz ke imam kt masjid...aku ade gak bawak adik perempu ...

Ustaz tu mengubat penyakit cmtu gak ke? Aku ni memang takde plan nak pegi berubat pun.kalau mmg btl nk berubat mmg akn pg kat ustaz.tp bnd ni secara tiba2 sbb pakcik aku tu ajak try pg sana.dia ckp raya pastu mana tau time tu jgk nk merawat segala.aku ni ikt org tua je..dh org tua ok aku ikt jela.ikt ht aku mmg aku xnk pom.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
salotape replied at 11-11-2015 09:32 PM
Ustaz tu mengubat penyakit cmtu gak ke? Aku ni memang takde plan nak pegi berubat pun.kalau mmg bt ...

Aku bwk jumpa pak imam..kami pegang adik yg sedia pakai telekung...istigfar je..dlm bilik yg xde ruang udara masuk tu..kain telekung tu dh berterbangan..ngerila nk ingat balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 09:46 PM | Show all posts
mirae7729 replied at 11-11-2015 09:36 PM
Aku bwk jumpa pak imam..kami pegang adik yg sedia pakai telekung...istigfar je..dlm bilik yg xde r ...

Erk..mmg ngeri. Means yg mengubat sakit mistik la ye. Bkn mengubat penyakit dalaman badan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku jumpa tok moh tu mau kne tikam die..::
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ko tak pegi utk kali kedua & sterusnye
Kebarangkalian nk jadik mcam citer kt ci tu mungkin ade
Nauzubillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:00 PM | Show all posts
edoraixora replied at 11-11-2015 09:51 PM
Nasib baik ko tak pegi utk kali kedua & sterusnye
Kebarangkalian nk jadik mcam citer kt ci tu mungk ...

Ci? Ctr apa weh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:02 PM | Show all posts
mirae7729 replied at 11-11-2015 09:50 PM
Klu aku jumpa tok moh tu mau kne tikam die..::

Xtau die ni moh ke apa.tp mgkin die ni mgamalkan bnd syirik skit kot..aku xtola mana pakcik aku knl..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
salotape replied at 11-11-2015 10:00 PM
Ci? Ctr apa weh...

Ci - current issue @ bod isu semasa

Kan ade kes pesakit kne rogol ngn bomoh
Smpai 2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 10:05 PM | Show all posts
untung jua pakcik tu yang berjaya meraba breast dara..
mekar lagi..
tapi kesian kat family uollss la..
ternoda sebegitu sahaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:12 PM | Show all posts
edoraixora replied at 11-11-2015 10:04 PM
Ci - current issue @ bod isu semasa

Kan ade kes pesakit kne rogol ngn bomoh

Oo.yeke..xde baca plk ctr tu.kesiannya..knp x repot polis je.knp pg jmpe lg..kuajaq btol bomoh itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:14 PM | Show all posts
hanamunir replied at 11-11-2015 10:05 PM
untung jua pakcik tu yang berjaya meraba breast dara..
mekar lagi..
tapi kesian kat family uollss  ...

Bila pkr blk mmg geram..tp ms u pcayalah perasaan xde fkr buruk cuma pkr mcm nk jmpe doktor je. Alamak apsl korg asyik focus psl ctr ternoda..ak sbnrnya nk point kan psl bnd disebaliknya yg tersirat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.100494 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list