View: 1699|Reply: 5
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia antara paling pemurah di dunia, kata kajian
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 11 Nov — Memang ramai yang menyangka rakyat Malaysia pemurah orangnya, terutamanya selepas melihat luahan rasa prihatin dan derma orang ramai dalam bencana di negara ini atau luar negara.
Kemurahan hati rakyat Malaysia kini diiktiraf satu kajian, yang mendapati negara ini menduduki tempat kesepuluh negara paling pemurah daripada 145 negara lain, walaupun jatuh tiga anak tangga berbanding tahun lalu.
Indeks Bantuan Dunia 2015 yang dijalankan Yayasan Bantuan Kebajikan berpusat di United Kingdom itu menilai sesebuah negara dalam isu sukarelawan, membantu orang asing, dan menderma.
Menurut kaji selidik itu, Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dan ditempatkan di tangga ke-17 dalam menderma, dan di tempat ke-27 dalam membantu orang tidak dikenali.
Namun, kadar rakyat Malaysia yang menghabiskan masa menjadi sukarelawan surut daripada 41 peratus kepada 37 peratus.
Dibandingkan dengan Malaysia, negara jiran Singapura berada cuma di tempat ke-34, manakala Thailand ke-19 dan Indonesia ke-22.
Myanmar berada di kedudukan tertinggi untuk tiga tahun berturut-turut. Menurut laporan, 92 peratus rakyatnya mendermakan wang pada tahun 2014, hampir setiap hari walaupun jumlahnya sedikit.
Negara paling kurang menderma adalah Burundi di Timur Afrika.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pon tak minat jadi sukarelawan...tapi akan jadi bidan terjun dalam satu2 hal terutama dalam hal masjid, surau dan markas pas..walaupun jiwa saya pada Haikal Sulaiman |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pon tak minat jadi sukarelawan...tapi akan jadi bidan terjun dalam satu2 hal terutama dalam hal masjid, surau dan markas pas..walaupun jiwa saya pada Haikal Sulaiman |
|
|
|
|
|
|
|
Wah myanmar no 1
Ada kena mengena dgn agama dia org ke apa ya |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn saudi ke psl dia byk memberi derma kpd pak jibby |
|
|
|
|
|
|
|
tu pasal la kat malaysia ni manusia pemalas membiak-biak..
buat cerita pusing sana sini sikit, penuh la akaun bank..
tapi tak leh nak kata apa la kan..
tak kena batang hidung sendiri kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|