CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5387|Reply: 9

Hospital Bersalin Paling Sibuk Di Dunia!

[Copy link]
Post time 12-11-2015 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Tangisan bayi silih berganti mengisi ruang wad di Hospital Memorial Dr. Jose Fabella, Filipina.



Hospital bersalin yang terletak di Santa Cruz, Manila ini adalah hospital bersalin paling sibuk di dunia kerana secara purata, seramai 100 orang bayi dilahirkan dalam masa 24 jam.

Setiap hari, hampir 300 wanita tiba di hospital tersebut untuk membuat pemeriksaan kandungan mereka dan juga melahirkan anak.

Disebabkan terlalu ramai pesakit, keadaan di sini menjadi terlalu sibuk. Bayangkan, disini cuma ada 100 buah katil dengan ruang yang terhad. Jadi, empat hingga lima orang wanita yang sarat terpaksa menunggu giliran untuk berkongsi katil untuk melahirkan bayi.

Jika perkara begini berlaku, jururawat pasti menjadi kelam kabut menyiapkan peralatannya untuk menyambut kelahiran lain selepas baru menyambut kelahiran.

Ana Apruebo, seorang jururawat paling senior di wad tersebut memberitahu dia telah menyambut kelahiran hampir 200,000 orang bayi dan telah bekerja di hospital itu sejak tahun 1986.


Ana Apruebo (kiri).


Menurut Ana lagi, keadaan di hospital tersebut agak huru-hara kerana ramai pesakit. Namun, doktor dan jururawat masih mampu menguruskan keadaan dengan baik tanpa rasa panik atau tertekan. Sehingga kini, belum ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di sini, ada empat buah wad. Wad 1 khusus untuk kes Ginekologi dan Onkologi. Ia juga wad untuk menggugurkan kandungan. Ward 2 adalah untuk pemerhatian ibu yang sedang menanti untuk melahirkan anak yang mengalami komplikasi kehamilan seperti tekanan darah tinggi dan Plasenta Previa.

Sementara itu Wad 3 pula untuk ibu yang perlu melahirkan anak secara pembedahan Caesarian dan Wad 4 pula untuk ibu yang melahirkan anak secara normal.

Doktor tetap di hospital tersebut, Dr. Arlene Matanguihan memberitahu dengan 24,000 orang bayi yang dilahirkan setahun, jadual kerja petugas hospital tersebut amat ketat dan padat. Ia adalah satu kisah yang tidak berkesudahan, 24 jam setiap hari!

Kelaziman masyarakat Filipina mempunyai anak yang ramai. Jadi, mereka kerap melahirkan anak dan ia bukanlah perkara luar biasa. Kerajaan Filipina juga tidak mempunyai dasar kebangsaan mengenai kawalan kelahiran serta akses kepada kaedah perancangan keluarga.



Kini, jumlah penduduk Filipina seramai 99 juta orang. Angka ini menjadikan negara ini kedua paling ramai di rantau Asia Tenggara selepas Indonesia.

Di Tondo, keluarga yang mempunyai anak seramai 10 orang atau lebih adalah perkara biasa.

Kebiasaannya, lima hingga enam orang akan berada di dalam bilik bersalin pada masa yang sama untuk melahirkan anak. Pernah juga terdapat 13 sehingga 16 orang bersalin pada masa yang sama.

Menurut Arlene, salah satu risiko terbesar ketika melahirkan anak disini adalah pendarahan terutamanya bagi wanita yang mempunyai ramai anak. Oleh kerana kekurangan bekalan darah untuk pemindahan, setiap ibu perlu membawa rakan atau saudara-mara yang boleh menderma darah jika berlaku kecemasan.

Walaupun hospital kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran, namun bersalin secara Caesarian perlu dibayar dan kosnya mahal.

Manila merupakan salah satu bandar yang paling pesat berkembang di dunia. Dalam tempoh 40 tahun akan datang, penduduk Filipina dijangka bertambah sebanyak 50 peratus.



Kebanyakan wanita yang melahirkan anak di Hospital Memorial datang dari kawasan paling miskin di bandar Manila, Tondo!

Kawasan tersebut adalah kawasan setinggan terbesar di Filipina. Ia adalah bekas kawasan pelupusan sampah yang kini menjadi tempat tinggal hampir setengah juta orang.

Beribu-ribu keluarga tinggal di kawasan setinggan Tondo dan keadaan rumah di situ amatlah kecil dan daif.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 03:03 PM | Show all posts
Huih dah macam kilang lak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
X selesanya....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:52 AM | Show all posts
comel comelnya babyyyyy..macam mana la jururawat mereka handle ya..membe2 mek yang jururawat tu hari hari balik mengeluh pesakit ramai..banyak songeh la apa laaa..pelik mek dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 02:44 PM | Show all posts
ramainyaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana baby nak tidur klu baby yg lain nangis2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2015 05:21 PM | Show all posts
nampak ada ibu yang mengangkang kaki atas katil dlm pic.. omo.. tak sakit ke tempat jahitan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 03:20 PM | Show all posts
kemiskinan dan anak ramai berpisah tiada..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 01:08 PM | Show all posts
hospital dia dah rupa mcm apa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 03:59 PM | Show all posts
sgt la padat.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.433874 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list