CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Tentang Rasa ~ TaMaT

[Copy link]
 Author| Post time 18-11-2015 10:04 AM | Show all posts
Hud dan Fatma bermalam di hotel yang mereka adakan majlis persandingan itu. Mereka dapat bilik untuk bermalam di hotel tersebut tajaan dari majikan Dayana.

Setelah selesai majlis bersanding dan sesi outdoor fotoshoot, mereka balik ke bilik masing-masing. Masing-masing kelihatan cukup letih. Tetapi mereka bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Hud menutup pintu. Dayana membuka crown dan diletakkan di atas meja solek. Kemudian dia merebahkan punggung di atas katil. Hud berjalan lalu duduk di sebelah isterinya. Perlahan-lahan tangannya merayap lalu menggenggam erat tangan perempuan yang sudah sah menjadi hak miliknya.

Mata mula bertentang mata. Bersilih ganti memandang mata kiri dan kanan.

“Akhirnya kita berjodohan setelah macam-macam ujian dan dugaan yang kita tempuh.” Ujar Hud dengan penuh lembut tetapi jelas.

“Tetapi Yana bukan seperti pengantin perempuan yang lain.”

Hud mengerutkan dahinya tanda kurang faham.

“Yana bukan anak dara. Bukan yang pertama..”

Hud terus meletakkan jari telunjuknya di bibir Dayana.

“Itu bukan ukurannya, sayang. Kita buka buku baru, yang lama dah boleh simpan baik-baik.”

Hud merapatkan mukanya dengan muka Dayana. Dia senyum.

“I love u so much! Insyaallah abang akan buat yang terbaik untuk sayang. Cuma abang minta, sayang kena banyak bersabar dan faham keadaan abang.”

“Maksud abang?”

“Nanti abang ceritakan. Malam ni biar kita sembang pasal kita je.” Hud mengusap kepala dan mencium dahi isterinya.

Dayana tersenyum malu.



                                                    **********************



Di rumah Khaleeda..

Khaleeda mengenakan pakaian kembali. Dato Maarof masih terlentang di atas katil penat ‘mengerjakan’ dan ‘dikerjakan’ Khaleeda.

Khaleeda memandang jam di dinding. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi. Dia duduk di sofa sambil mengadap Dato di hadapannya yang masih baring itu.

“Sampai bila kita nak macam ni?”

“Sabarlah..” jawab Dato Maarof sambil menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

“I pun nak bahagia macam orang lain.”

Dato Maarof panggil Khaleeda. Khaleeda bangun lalu duduk bersebelahan lelaki tua itu. Badannya diusap-usap.

“Bila I cakap I janji, I akan tunaikan. Sekarang I nak U bersabar sahaja. Tak lama dah pun.”

“I takut U tinggalkan I.”

“Mana boleh I tinggalkan U, sayang..”

“Datin selalu kacau I.”

“Dia kacau U sebab U pun selalu kacau dia kan?”

“U ni! Sebelahkan dia ke I?”

“Tak nak lah gaduh lagi.”

Khaleeda mahu Datin diceraikan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2015 10:09 AM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Hud dan Dayana berpegangan tangan menuju ke café Hotel. Mereka berdua bersarapan disitu sebelum check out dan berbulan madu di Langkawi.

Mereka berborak dan berkongsi cerita sepanjang bersama di café tersebut. Hud terkejut. handphonenya vibrate. Dia keluarkan handphone dari poket seluar. Selepas memandang nama di skrin, dia memandang Dayana di depannya.

“Kenapa?” tanya Dayana.

“Eda call. Abang jawab kejap boleh?”

Dayana senyum. Kemudian dia mengangguk. Hud membalas senyuman isterinya lalu terus menjawab panggilan dari Khaleeda itu. Dia jawab depan Dayana.

“Hello, Eda..”

Khaleeda menangis teresak-esak.

“Eda, nape ni?”

Dayana memandang suaminya yang sudah berkerut dahi. Namun hati tetap berfikir positif. Cuma dia hindar dari fikir yang bukan-bukan.




Beberapa minit kemudian, Hud mematikan talian. Dia sudah tiada mood nak sambung makan pada pagi itu. Dia memandang Dayana.

“Kenapa, abang?”

Hud serba salah.

“Cakap je. Yana dengar.” Kata Dayana lembut. Dia memang seorang perempuan yang cukup lemah lembut.

“Eda.”

“Kenapa dengan Eda?”

“Dia cakap dia kena pukul.”

“Pukul? Siapa yang pukul dia?”

Hud dan Dayana bertentangan mata.



                                                   **********************



Semasa dalam perjalanan ke rumah Khaleeda..

Hud memegang tangan Dayana. Dayana tersenyum memandang suaminya walaupun dia berasa sedih sangat-sangat kerana honeymoon mereka yang sepatutnya bertolak ke Langkawi pada pagi itu terpaksa dibatalkan. Demi perempuan bernama Khaleeda! Dia simpan sedih itu sendirian demi menjaga hati suaminya.

“Banyak benda abang nak cerita dekat sayang.”

Dayana diam. Tangan masih erat menggenggam lima jari suaminya.

“Nanti abang akan ceritakan semuanya pada sayang.”

Dayana semakin berdebar nak tahu. Dia pujuk dirinya supaya bersabar.

“Abang minta maaf kerana terpaksa batalkan flight kita ke Langkawi pagi ni.”

“Tak pe.” Dayana sedaya upaya bersabar dan terus senyum pada suaminya.

“Eh, abang nak berhenti jap. Nak ke toilet.”

Hud memberhentikan kereta lalu terus berlari keluar ke tandas awam. Tiba-tiba Farah, kawan baik Dayana sedang hubunginya.

“Hello, Farah..”

“Hai dear. Dah nak naik flight?”

“Tak jadi.”

“What?”

“Ye.”

“But why?”

“Ada hal tak dapat elak.”

“Sebab perempuan tu kan?”

Dayana diam.

“Betul kan? Ishhhh.. habis tu kau ikut je la erk cakap suami kau tu?”

“Nak buat macam mana..”

“Baik sangat la kau ni! Ishh geram plak aku.”

“Tak pe lah. Mungkin tak ada rezki.”

“Adoi, pleaselah Yana.. kau tahu tak perempuan tu sedang control laki kau?”

Hud sedang berjalan ke arah kereta.

“Beb, laki aku dah datang. Nanti aku call balik erk. Bye..”

“Yelah.”

Talian dimatikan dan terus Dayana menyimpan kembali handphonenya di dalam handbeg. Hud masuk lalu memandang Dayana.

“Nape?”

Dayana hanya menggelengkan kepalanya. Hud meneruskan perjalan ke rumah Khaleeda. Manakala Dayana terus berdiam diri. Apa yang sebenarnya dia harus buat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 12:45 PM | Show all posts
Khaleeda sedaya upaya menumbuk mukanya sendiri sehingga lebam. Lebam dan berdarah! Kemudian dia gelak sendirian di hadapan cermin. Tak sabar dia tunggu Hud datang temui dia beberapa minit lagi.

Kemudian dia ke ruang tamu lalu terus menyemakkan keadaan dengan menunggang terbalikkan sofa, karpet dibiarkan berlipat ke dinding dan tv dijatuhkan.

“Hahahaha..”

Terdengar bunyi enjin kereta. Dia terus tersenyum dan berlari ke jendela dan mengintai. Kelihatan Hud baru keluar dari kereta. Tak sabar rasanya nak luah perasaan pada Hud. Tetapi tiba-tiba dia terkejut. Dayana pun ada sama!

“Shit!”

Terus masam muka Khaleeda.

“Eda!!” jerit Hud sambil membuka kasut dan kemudian membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja pintu rumah di buka, kelihatan Khaleeda sedang bersembunyi di balik sofa dengan keadaan yang kusut masai.

“Eda…”

Dayana yang masuk kemudian itu turut terkejut dengan apa yang dia lihat ketika itu.

“Eda.. Hud dah datang ni.” Panggil Hud dengan penuh lembut sambil menghulurkan tangannya.

Hud dapat rasakan sakit Khaleeda tengah on the way. Dia perlu hati-hati. Berkemungkinan Khaleeda boleh bertindak di luar batasan. Tiada siapa lagi yang dapat bantu Khaleeda melainkan Hud. Khaleeda sudah tiada sesiapa lagi!

Khaleeda menangis. Kemudian dia ternampak Dayana sedang berdiri di belakang Hud.

“Aku tak nak tengok muka perempuan tu!!” jerit Khaleeda sambil menuding jari ke arah Dayana.

Berderau darah Dayana. Dia memandang suaminya. Hud berjalan ke arah Dayana.

“Yana tunggu abang dalam kereta.”

Dayana memang jenis tak banyak cakap. Dia ikut sahaja arahan dari suaminya. Sebaik sahaja dia keluar memakai kasut, Khaleeda terus bangun dan menerpa ke arah Hud. Dengan erat dia memeluk Hud. Dayana sempat menoleh ke belakang dan dia nampak apa yang sedang berlaku. Kali ini dia sangat terasa kerana pelukkan itu dibalas oleh Hud. Khaleeda sempat menjerling ke arah Dayana. Dia tersengih. Dayana terus masuk ke dalam kereta. Hendak nangis tetapi di tahannya.

Handphone di ambil lalu terus dia hubungi Farah.

“Yana..”

Dayana menangis.

“Yana, kau ok ke?”

“Aku tak tahu apa yang aku rasa masa ni, Farah..”

“Wait. Apa yang sedang berlaku ni?”

“Hud dalam rumah bersama Khaleeda. Dia tengah pujuk perempuan tu.”

“Haishhhhh!! Perempuan tu buat apa pulak sampai laki kau nak pujuk bagai?”

“Entah lah. Dengan keadaan dia berlebam sana sini. Rumah tunggang langgang.”

“Kena rompak ke ape?”

“Entah.” Dayana mengesat airmatanya.

“Aku rasa lebih dari ni yang buat kau nangis kan?”

“Aku takut.”

“Takut Hud berpaling pada perempuan tu?”

Dayana diam sambil matanya memandang rumah Khaleeda.



                                                       **********************



Manakala Hud masih cuba memujuk Khaleeda. Tangan Hud langsung dia tak lepas. Memang sakit Khaleeda tengah melanda ketika itu. Dia betul-betul nak kan perhatian Hud. Memang tepat Dayana ada sama ketika itu, dia memang nak suami isteri itu bergaduh.

“Eda, kenapa sampai boleh jadi macam ni?”

“Lelaki tu tumbuk Eda. Dia ugut macam-macam.”

“Lelaki mana?”

“Dato Maarof.” Khaleeda bercerita tanpa sedar. Dari Hud tak tahu, jadi tahu sekarang Khaleeda ada hubungan dengan Dato Maarof.

“Dato?”

Khaleeda mengangguk laju. Padahal Dato Maarof tak terlibat langsung dalam hal ini.  Sengaja dia mereka cerita.

“Eda takut Dato tu datang lagi dan pukul Eda..”

“Kenapa dia pukul Eda sampai macam ni sekali?”

“Sebab Eda.. sebab.. sebab Eda tak dengar cakap dia.” Tergagap Khaleeda jawab sambil cuba lari bertentangan mata dengan Hud.

Hud berasa tidak sedap hati. Macam ada sesuatu yang Khaleeda cuba sembunyikan darinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 12:49 PM | Show all posts
Hud dapat tenangkan Khaleeda. Khaleeda diberi makan ubat dan dia terus tidur rehatkan diri. Dayana ada sekali semasa Khaleeda berehat di dalam bilik bersama Hud. Tetapi hanya di sebalik pintu bilik. Cemburu tetap cemburu! Tetapi dia tetap pujuk hati belajar bersabar.

Setelah pintu rumah di tutup, Hud dan Dayana berjalan sama-sama masuk ke dalam kereta.
Hud memegang stereng sambil mengeluh kecil. Dayana cuba memandang suaminya.

“Yana mesti syak sesuatu pada abang kan?” kata Hud yang masih memandang kosong ke hadapan.

Dayana diam. Hud menoleh memandang isterinya lalu dengan laju dia memegang tangan Dayana.

“Percaya dengan abang ya, sayang?”

Mata bertentang mata. Nampak Hud begitu jujur dan ikhlas dengan dirinya.

“Eda nak pergi mana-mana ke?”

“Eda?”

“Astaghfirullah. Maafkan abang, sayang. Sampai terbawa-bawa nama Eda.”

Dayana diam dan cuba senyum.

“Sayang nak pergi mana-mana ke?”

“Balik rumah je lah.”

“Betul?”

Dayana mengangguk laju.

“Oklah.”

Hud sudah beli rumah baru yang agak berhampiran dengan rumah sewa yang dia diami dengan Fatma sebelum ini. Rumah sewa itu Fatma duduk bersama suaminya.



                                                               **********************



Dato Maarof yang baru keluar dari kedai serbaneka 7-Eleven terserempak dengan Hud yang ketika itu baru keluar dari kedai makan sambil membawa dua bungkusan makanan. Pada mulanya terus nak balik rumah, tetapi Hud kesian tengok Dayana dalam letih-letih nak masak. So, dia buat keputusan beli sahaja makanan di luar.

Dato Maarof sempat melambai tangan ke arah Hud. Hud perasan. Mungkin ini satu kebetulan untuk dia dapat kebenaran.

Hud membuka pintu lalu menghulurkan bungkusan pada Dayana.

“Sayang, jap erk. Abang nak jumpa bos abang jap.”

“Ok.”

Hud menutup pintu kembali lalu berjalan ke arah Dato Maarof. Mereka berdua bersalaman.

“Selamat pengantin baru.”

“Terima kasih, Dato.”

“Eh, dengar cerita pergi Langkawi kan? Kenapa masih dekat sini?”

Hadiah pakej bulan madu ke Langkawi ada sumbangan dari rakan-rakan sepejabat Hud.

“Dato, saya ada benda nak tanya.”

“Macam serius je bunyi ni?”

Dato Maarof dapat syak ini mesti ada kaitan dengan Khaleeda. Sebab yang rapat dengan Khaleeda hanya Hud.

“Saya jumpa Eda tadi.”

“Jumpa dia? Kenapa?”

“Semasa saya jumpa dia, teruk sangat keadaan dia. Dengan berlebam sana sini.”

Dato Maarof mula berkerut muka.

“Dan dia cakap semua tu akibat perbuatan Dato.”

“What?!”

Dengan airmuka Dato Maarof itu Hud sudah dapat jawapan bahawa Khaleeda rupanya sengaja mengadakan cerita dan ingin menarik perhatiannya.

“Ok, macam ni. I mengaku i memang bukan lelaki yang baik. I ada bayarkan Khaleeda untuk puaskan nafsu I.”

Hud betul-betul terkejut dengan cerita bosnya itu.

“U nak hina I.. nak maki I silakan. Tetapi I buat semua tu sebab dia dah pinjam duit I untuk bayar hutang bapak mertua dia.”

“Hah? Dia tak pernah ceritakan semua ini pada saya.”

“Hmm.. siap dia kacau hidup Datin sekarang ni. Dari Datin tak tahu, jadi tahu plak Khaleeda tu kekasih gelap I.”

Dato Maarof memang orang kenal dia kuat sosial. Cuma Hud tak sangka sejauh itu dia bersama dengan Khaleeda.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 12:50 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 07:05 AM
morning semua

jom smbung

series,klo aku ada kwn yg kta abg aku nk rogol diorang of coz aku caya but abg aku baik.




huahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 12:52 PM | Show all posts
Sebaik sampai di rumah, Dayana terus ke dapur. Dituangnya air ais kosong ke dalam gelas. Dibawa gelas itu ke ruang tamu. Dihidang di atas meja kopi berhadapan dengan Hud.

“Abang minum dulu erk. Yana nak naik atas mandi.”

Elok Dayana nak bangun, Hud menarik lengan isterinya. Dayana duduk kembali di sisi suaminya.

Hud senyum lalu memegang pipi kanan isterinya.

“Terima kasih.”

“Hmm? Sebab?”

“Sebab memahami abang.”

Dayana senyum.

“Kena la bayar.”

“Owh.. nak kena bayar la pulak erk?”

Dayana terus bangun dan berlari naik ke tingkat atas sambil diekori suaminya dari belakang dengan penuh gelak tawa.



                                                                **********************



Pada keesokkan harinya..

Khaleeda membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terus dia ditampar. Wajah Dato Maarof ketika itu seperti singa lapar.

Dia menolak Khaleeda masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci.

“U buat drama apa dekat Hud?”

Dato Maarof membuka tali lehernya. Khaleeda yang jatuh terduduk itu cuba bangun.

“U cakap I pukul U?”

Dato Maarof memegang tali lehernya lalu dijerat ke leher Khaleeda. Khaleeda terbatuk-batuk sesak nafas.

“Kali ni I buat betul-betul. Hahaha..”

Khaleeda memberontak melepaskan diri.

“Kononnya U nak simpati Hud la erk?”

Khaleeda menolak tubuh lelaki tua itu sekuat hatinya. Berjaya! Dengan cepat dia bangun lalu mengambil pasu di atas meja dan diangkat tanda mengugut.

“Keluar!” jerit Khaleeda sambil mengacukan pasu tersebut.

“Heh! Hutang aku jangan buat lupa.”

“Hutang ape? Aku dah bagi apa kau nak!”

“Bodoh! Kau ingat semua lelaki dalam dunia ni macam kawan kau tu ke? Sorry la, lelaki macam tu dah hampir pupus.”

“Berambus lah!!!”

Khaleeda baling pasu itu tetapi Dato Maarof bernasib baik kerana sempat mengelak dari terkena dirinya.

“Kasar kau erk. Nanti aku datang lagi. Hutang kau takkan pernah habis dengan aku!” Dato Maarof terus keluar sambil tunjuk jari tengah pada Khaleeda.

Khaleeda terus tutup pintu dengan kuat sekali lalu terus menangis.

“Hud.. tolong Eda…”

Khaleeda berlari masuk ke dalam bilik dan terus mengambil handphone di atas meja solek. Nombor Hud didailnya.

“Mana Hud ni… jawablahhh..”

Dia hubungi Hud sekali lagi. Tidak jawab juga!

“Jawablahhh!!!!!!!!” Khaleeda menjerit sekuat hati lalu terus hubungi Hud sehingga akhirnya Hud jawab juga panggilan itu.

“Hudddd.. tolong Edaaaa..”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2015 01:06 PM | Show all posts
Esmiria replied at 18-11-2015 12:50 PM
series,klo aku ada kwn yg kta abg aku nk rogol diorang of coz aku caya but abg aku baik.

      
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:27 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 07:15 AM
Seminggu kemudian..

Di tanah perkuburan.

Gila x cemburu ko!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 01:34 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 07:37 AM
Dayana menghidupkan enjin kereta. Wajah Hud bermain di kotak fikirannya ketika itu. Sesekali muncul  ...

geli la sy syg awok.LOL.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:37 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 09:43 AM
Khaleeda duduk diperhentian bas. Dia menangis. Cuaca pada malam yang gelap itu kurang baik. Guruh mu ...

Cinta berbunga2. Amboii..hmm..hmm..bila org nk minang aku.lol.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:41 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 10:00 AM
Hari berganti hari..

Empat bulan kemudian. Dalam masa empat bulan ni, dah macam-macam yang berlak ...

persandingan tu bukan ke.........khurafat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 01:46 PM | Show all posts
momey replied at 18-11-2015 12:52 PM
Sebaik sampai di rumah, Dayana terus ke dapur. Dituangnya air ais kosong ke dalam gelas. Dibawa gela ...

Cerpan ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 01:56 PM | Show all posts
jom smbung skit lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 01:58 PM | Show all posts
Hud meletakkan telefon di atas meja sisi katil. Kemudian dia memandang Dayana yang sedang mengambil tuala lalu menutup tubuhnya. Dayana memang perasan air muka suaminya itu terus berubah setelah menjawab panggilan tersebut.

“Eda yang call ke?” Dayana duduk di sisi suaminya.

Hud memegang tangan isterinya.

“Dia nak abang datang jumpa dia sekarang. Kalau tak dia ugut nak bunuh diri.”

Dayana dan suaminya bertentangan mata. Dayana membalas genggaman tangan suaminya itu dengan erat sekali.

“Pergilah.” Walaupun berat nak lepaskan perkataan itu, itu tidak bererti dia harus pentingkan diri sendiri.

“Sayang, ikut abang jom.”

Laju Dayana menggelengkan kepalanya.

“Sayang percaya pada abang.”

Hud semakin serba salah. Walaupun Dayana masih belum tahu kisah sebenar apa yang tersurat dan tersirat, dia dengan yakin percayakan suaminya.



                                                       **********************



Datin Maria masih menunggu kepulangan suaminya. Katanya ada outstation. Padahal semalam dia bermalam di rumah perempuan langganannya. Bukan Khaleeda! Dengan penuh geram dan marah dia sudah merancang sesuatu untuk kenakan Khaleeda. Kerana dia hanya tahu Khaleeda sahaja setakat ini yang ganggu hidupnya dan suaminya.

Dato Maarof masuk ke dalam rumah dalam keadaan berserabut.

“Dari rumah betina tu kan?”

“Awak jangan tambahkan masalah saya boleh tak?”

“Awak yang cari masalah kan, hadap lah!”

“Dah la. Saya nak naik atas mandi.”

“Saya cakap sikit awak lari. Saya cakap sikit awak cakap saya bawa masalah. Siaplah! Saya tahu apa saya nak buat.”

“Suka hati awaklah!”

Dato Maarof terus masuk ke dalam bilik. Datin Maria menahan marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 02:02 PM | Show all posts
Dayana termenung merenung ke luar jendela. Hud telah pun berlalu pergi ke rumah Khaleeda beberapa minit yang lalu. Betul kah apa yang dia sedang buat ketika itu? Membenarkan suaminya pergi sendirian ke rumah perempuan yang bukan muhrim? Jika berlalu sesuatu yang tidak diingini?

Airmata mengalir perlahan membasahi pipi.

Brip! Brip! Dia toleh memandang handphone di atas meja. Airmata dikesat lalu panggilan itu dijawabnya.

“Hello, Farah.”

“Yana, kau ok ke?”

“Hmm.. ok.”

“Kau kan, susah betul nak tengok kau marah.. merajuk.. haihhh! Kau tak ada perasaan erk?”

“Aku ok je lah. Kenapa kau call aku ni?”

“Aku dapat rasakan ada sesuatu yang bermain di fikiran kau ketika ini.”

“Tukar karier ke bomoh plak erk?”

“Hahaha.. Aku dah lama kenal kau la, Yana. Aku dah masak dah dengan perangai kau. Laki kau mane?”

“Dia keluar.”

“Ke mana? Kau tak ikut sekali?”

“Dia pergi rumah perempuan tu.”

“What?! Astaghfirullah… kau boleh biarkan laki kau bersendirian ke rumah perempuan tak betul tu? Ke dia yang tak nak kau ikut sekali?”

“Aku yang tak nak ikut.”

“Ya Allah.. kau ni dah kenapa, Yana? Kau tak sayang laki kau ke?”

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau aku tak bagi pun, dia tetap nak pergi.”

“Yelah, sekurangnya kau pergilah teman dia.”

“Perempuan tu tak nak tengok aku.”

“Pergi mampus la dia! Hud tu laki kau, bukan laki dia! Haihhh aku plak emo ni.”

“Entahlah. AKu tak nak susahkan lagi masalah suami aku.”

“Kau jangan, Yana. Aku takut makin melarat nanti perempuan tu kerjakan laki kau!”

Dayana diam. Dia betul-betul serba salah.

“Apa aku nak buat ni, Farah?”

Farah mengeluh.



                                                           **********************



Setelah ketuk pintu berkali-kali, akhirnya Hud membuat keputusan sendiri membuka pintu tersebut.

Sunyi sepi! Mana Khaleeda?

Hud masuk ke dalam rumah tersebut. Keadaan dalam rumah tersebut kembali tersusun kemas seperti sediakala. Matanya mula melilau mencari kelibat Khaleeda.

“Edaa.. Hud dah sampai ni.”

Hud terpandang pintu bilik utama yang pintunya tutup tidak rapat. Dia syak mungkin Khaleeda tengah tidur.
Perlahan-lahan dia menuju ke bilik tersebut sementara pintu utama dibiarkan terbuka luas.

“Eda..”

Pintu bilik dibuka dan Hud masuk ke dalam sambil membuka lampu.

“Hud..”

Khaleeda yang bersembunyi di belakang pintu bilik terus muncul dan memeluk Hud dari belakang. Hud terkejut dan cuba meleraikan pelukkan tersebut namun tidak berjaya.

“Hud… tolong Eda..”

“Eda.. please jangan macam ni.”

“Eda nak Hud.. Eda nak Hud.”

Hud menolak Khaleeda lalu terlerailah pelukkan tersebut.

“Tadi masa cakap dalam telefon Eda kata lelaki tu datang lagi nak bunuh Eda kan?”

“Dia dah balik.”

Hud mengeluh.

“Jom ikut Hud.”

“Nak ke mana?”

Hud terpaksa berbohong lagi. Sebelum ni dia pernah cakap nak bawa Khaleeda berjumpa doktor pakar peribadinya. Terus Khaleeda mengamuk! Dan Hud terpaksa berbohong nak bawa Khaleeda jalan-jalan makan angin.

“Hud nak bawa Eda ke suatu tempat yang sangat menarik.”

Khaleeda teruja. Tetapi dalam sekelip mata juga dia bermasam muka kembali.

“Betul ke ni? Ke Hud tipu Eda lagi?” Khaleeda memegang tangan Hud.

“Hud serius la..”

“Ok.”

Hud dalam berani tu masih ada perasaan takut-takut. Yelah, manalah tahu tiba-tiba datang pencegah maksiat ke kan?

“Eda siap-siap dulu. Hud tunggu dekat kereta erk?”

Hud pun dah siap beli kereta semenjak berkahwin dengan Dayana.

“Hud jangan tinggalkan Eda tauu..”

“Yee..”

Hud meleraikan genggaman tangan Khaleeda itu. Dia dengan laju bergerak ke depan dan terus memakai kasut. Fuh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 02:07 PM | Show all posts
Dayana ke dapur. Dibukanya pintu peti ais sambil berfikir nak masak apa untuk tengah hari tersebut.

Brip! Brip!

“Siapa pula yang call?”

Dayana ke meja dapur lalu mengambil handphonenya.

“Zahrul?”

Dayana menjawab panggilan dari Zahrul itu.

“Hello.”

“Hai Yana..”

“Hai.” Dayana mengepit handphonenya di antara bahu dengan telinga kanannya sambil tangan bergerak mengambil sayur di dalam peti ais.

“Busy ke?”

“Biasa je. Nak masak.”

“Waaa.. untunglah dapat isteri yang rajin macam Yana ni.”

Dayana hanya ketawa kecil.

“Eh, rasanya belum terlambat Zahrul ucap selamat pengantin baru.”

“Terima kasih. Zahrul tak datang kan masa majlis hari tu. Nape?”

“Erm…”

“Zahrul ok ke ni?”

“Nenek meninggal pada malam sebelum majlis sanding Yana.”

“Innalillah.. maaf ya, Zahrul. Yana tak tahu.”

“Tak apa. Nenek jatuh bilik air. Terus meninggal..” suara Zahrul agak serak.

“Sabar ya, Zahrul.”

“Zahrul redha. Tapi Zahrul tak rasa terkilan sangat sebab dah buat sehabis baik untuk nenek.”

“Bagus. Zahrul dah buat yang terbaik untuk nenek.”

“Ya. Erm.. Suami Yana tak marah ke berbual dengan Zahrul ni?”

“Dia tak ada kat umah. Kuar jap.”

“Owh. Nak jumpa Yana kejap boleh?”

“Jumpa? Ermm..”

“Tak boleh tak apa lah.”

“Maaf ya, Zahrul. Kalau suami Yana ada mungkin boleh.”

“Tak apa.”

Dayana diam. Masih menunggu apa yang Zahrul ingin bualkan lagi.

“Yana..”

“Ya?”

“Zahrul nak ke Singapore petang ni. Atas urusan kerja.”

“Owh.”

“Erm.. nampaknya memang tak ada rezki nak jumpa Yana dulu la erk?”

Dayana tersenyum dan hanya diam.

“Tak apa lah. Ada rezki kita jumpa lagi insyaallah.”

“Ok.”

“Jaga diri ya, Yana.”

“Insyaallah.”

“Bye.”

“Bye.”

Panggilan di matikan.

“Fuh!” Dayana kembali sambung mengambil bawang, ikan dan ayam untuk masak.



                                                          **********************



Bukan main mengamuk Khaleeda apabila di bawa berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Hud tunggu di luar bilik sambil memandang handphonenya. Seperti biasa, tiada miss call atau mesej dari Dayana. Dayana memang terlalu percayakan dirinya.

Brip! Brip! Hud terkejut handphonenya yang sengaja divibratekan bergegar di tangan. Kemudian dia tersenyum.

“Hello, adik abang..”

“Hello abang.” Jawab Fatma kembali.

“Sihat ke? Bukan main ceria suara dia erk?”

“Hahaha.. kak Yana buat ape tu?”

“Abang dekat hospital ni.”

“Hospital? Kenapa, abang? Kak Yana ok tak?”

“Kak Yana ok je. Yang tak ok Kak Eda kamu ni haa..”

“Astaghfirullah. Kak Eda lagi.. haihhh”

“Habis, takkan abang nak biarkan kak Eda kamu tu macam tu je? Dia kan dah tiada sesiapa lagi..”

“Kak Yana?”

“Kak Yana memahami abang.”

“Mulut je cakap macam tu, abang. Hati dia?”

Hud diam.

“Fatma faham peranan abang untuk jaga Kak Eda yang yatim piatu itu tetapi tanggungjawab abang pada Kak Yana abang tak boleh abai tau. Kak Yana tu terlalu baik untuk abang. Tak cakap banyak. Ikut je arahan abang. Kalau Fatma ke, memang dah kena belasah dah laki Fatma tu.” Luah Fatma sambil memandang tajam suaminya Husin yang duduk bertentangan dengannya di sebuah restoran. Husin yang sedang makan itu hanya diam dengar isterinya sedang membebel di telefon.

Hud masih diam. Memang betul dia akui dia lebihkan Khaleeda dari Dayana, isterinya sendiri dalam bab fokus dan kepentingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2015 02:12 PM | Show all posts
Selepas selasai bertarung di dapur, Dayana merabahkan dirinya di atas sofa ruang tamu. Di lunjurkan kaki ke sofa yang panjang itu. Mata dipejam rapat. Fikiran yang kadang-kadang datang mengganggu itu di abaikan. Malas dia nak layan. Sengaja dia padang cd lagu love song zaman 90-an ubati perasaan hati.

Dia terlelap juga akhirnya sehingga dia tak sedar Hud balik. Hud mengunci pintu semula sambil memandang isterinya yang sedang baring tertidur di atas sofa.

“Siannya sayang abang ni.”

Hud berjalan ke arah isterinya. Dia senyum sambil mengusap kepala isterinya.

“Sayang..” bisik Hud ke telinga Dayana.

Dayana masih belum terjaga. Hud terus dukung Dayana masuk ke dalam bilik. Sambil berjalan ke bilik, sambil tu juga dia cium-cium pipi Dayana.

Bila masuk ke dalam bilik, tubuh wanita yang dicintainya itu direbahkan perlahan-lahan di atas katil. Satu lagi ciuman singgah di bibir isteri yang tersayang.

“Letih sangat ni sampai tak sedar.”

Dibelek wajah wanita itu. Dia bersyukur wanita dihadapannya itu cukup memahami yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Mata Dayana mula berkelip perlahan-lahan. Dia dapat bau perfume suaminya ketika itu.

“Abang..”

Dayana nak bangun tetapi di halang Hud. Hud baringkan Dayana kembali.

“Bangun nak ke mana?”

“Tak ke mana lah.” Jawab Dayana yang sememangnya cukup lemah lembut dalam berbicara.

Dayana dan Hud bertentangan mata. Mereka berkucupan seketika.

“Masyamm..”

Hud terus mencubit hidung Dayana selepas dikatakan sebegitu.

“Masyam erkk.. jom!”

Hud terus dukung isterinya itu masuk ke dalam bilik air. Dayana pasrah dan mereka sama-sama mandi pada lewat petang itu.

Sementara Khaleeda di tahan di hospital untuk beberapa hari untuk pemantauan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 02:25 PM | Show all posts
Sebulan kemudian..

Hud ke pejabat seperti biasa. Tetapi semenjak kahwin ni, Dayana akan siapkan bekalan untuk sarapan pada Hud. Setiap pagi!

Khaleeda seperti biasa, ada kala mood dia ok dan adakala bila datangnya penyakit meroyan dia itu, terpaksa Hud sentiasa bersama dengannya. Beri makan ubat dan beri perhatian penuh pada dirinya.

Dayana, dia sudah dapat penjelasan kepada setiap persoalan mengenai Khaleeda. Hud sudah ceritakan semuanya pada Dayana. Dia sekarang hanya perlu terus bersabar dan doakan yang terbaik.

Pada malam minggu itu, Hud dan Dayana adakan majlis makan-makan untuk rakan sepejabat di rumah dua tingkat mereka tersebut. Agak meriah! Dayana juga dapat kejutan kek sempena harijadinya. Ya, dia sendiri sudah lupa akan tarikh hari jadi sendiri. Terharu dengan kejutan dari suaminya itu. Dia ingat hanya sekadar jamuan makan-makan sahaja. Siap ada yang berkaraoke lagi. Dayana dapat kucupan yang cukup istimewa di hadapan rakan-rakan yang lain. Semua orang tahu mereka berdua pasangan yang cukup romantis.

Khaleeda yang baru sampai itu datang dengan membawa satu kotak hadiah kecil. Dia masih di belakang tetamu yang hadir sambil melihat kemesraan antara Hud dan Dayana. Hud mencubit sedikit kek lalu disuap ke mulut Dayana. Rakan-rakan bertepuk tangan tanda meminta Dayana membalas suapan itu. Dayana dengan penuh kasih dan sayang menyuap kek ke dalam mulut suami yang tercinta. Dan sekali lagi kucupan hinggap di dahi Dayana.

“Love u, sayang..” bisik Hud.

“Love u, too.”

Mereka saling berbalas senyuman. Khaleeda datang ke depan dan menonjolkan wajahnya.

“Hai..”

Hud dan Dayana serentak memandang Khaleeda. Jantung Hud dah berdegup kencang. Ikutkan memang betul Hud ada jemput Khaleeda datang tetapi alasan Khaleeda tak dapat hadir kerana ada appointment dengan doktor pakar. Tetapi tak sangka pula dia datang pada malam itu. Harap Khaleeda tidak buat sesuatu yang di luar jangkaan.

“Nah!” Khaleeda hulurkan kotak hadiah itu pada Dayana.

Elok sahaja Dayana nak ambil hadiah itu, Hud terlebih dahulu hulurkan tangan. Dia nampak Khaleeda macam akan buat perangai pada malam itu. Dia biasa jaga Khaleeda dia tahu ciri-ciri Khaleeda akan datang mood meroyan itu.

“Hadiah ni untuk Yana laaa.. bukan untuk Hud!” kata Khaleeda seperti ke anak-anakkan.

Dayana pun mula berasa tidak sedap hati.

“Nah Yana.. ambillah. Takkan tak sudiii..” kata Khaleeda yang hulurkan hadiah itu sambil pusing-pusingkan badannya ke kiri kanan.

Khaleeda menarik perhatian hadirin yang hadir pada malam itu. Dayana memandang suaminya. Kemudian dia ambil juga hadiah itu.

“Tak nak bukak?”

“Nanti Yana bukak erk.” Lembut Dayana balas.

“Bukak laa..”

“Eda, nanti Yana bukak ok?”

“Bukak lah!!!” jerit Khaleeda.

Semua tetamu terus diam. Hud memegang tangan isterinya. Khaleeda boleh bertindak lebih teruk kalau dibiarkan.

“Yana, abang nak bawa Eda jap ke depan tu. Abang rasa sakit dia tu datang balik.” Bisik Hud.

Dayana hanya mengangguk. Padahal pada malam itu Dayana nak kongsikan lagi satu berita gembira yang Hud belum tahu. Dia simpan dahulu berita itu.

“Eda, jom.” Hud memegang lengan Khaleeda.

“Tak nak!”

Hud terkejut kali ini Khaleeda berkeras hati. Selalunya dia ikut sahaja arahan Hud.

“Dia dah mula buat perangai ke, Yana?” tanya Farah yang tiba-tiba muncul belakang Dayana.

“Sian dia kan?”

“Kesian lagi ko ni. Dia nak perhatian suami kau tu!”

Dayana hanya tersenyum memandang Farah. Dia maafkan Farah sebab Farah tidak tahu apa-apa tentang penyakit Khaleeda dan tuduh dia terlalu berlembut hati dengan Khaleeda.

“Eda, please!” Hud tegas.

Semua tetamu mula tumpu ke arah Khaleeda.

“Tak nak!”

Hud memandang tajam ke arah Khaleeda.

“Ikut aku!”

“Abang..” panggil Dayana dan memberi isyarat supaya tidak berkasar dengan Khaleeda.

Hud mengeluh. Dia akhirnya menarik tangan Khaleeda lalu ke depan rumah di hadapan jalan besar keluar masuk.

“Lepaslah!” marah Khaleeda sambil mengusap lengannya yang digenggam kuat oleh Hud.

“Dah makan ubat belum?”

Khaleeda terus memandang Hud.

“Asyik-asyik ubat! Asyik-asyik ubat! Benci tau tau?! Eda tak sakit pun. Semua orang anggap Eda gila padahal Eda macam orang lain juga. Sihat!”

“Jangan buat perangai, Eda.”

“AKu benci tengok kau dengan perempuan tu! Aku nak dia mati!”

Hud menggelengkan kepalanya.

“Kalau dia tak mati pun, kau boleh mati sama-sama dengan aku kan Hud?” Khaleeda mengusap pipi Hud.

Hud diam sambil menahan geram.

“Semua orang dah tinggalkan aku termasuk Dato setan tu! Dia cakap aku gila. Padahal dia tu yang gila!!”

Dayana yang semakin hampir dengan mereka berdua terhenti langkah dan berdiam diri memasang telinga.

“Balik sekarang, Eda.”

“Tak nak. Aku nak hancurkan perempuan dalam tu dulu.”

“Perempuan tu isteri aku, Eda.”

“Aku tahu. Aku tahu dia isteri kau. Aku nak dia mati! Boleh aku jadi isteri kau pulak.”

Hud diam seketika. Khaleeda semakin menghampiri Hud.

“Aku nak jadi isteri kau. Kau lelaki yang baik sangat! Aku suka kau. Kau sentiasa ada dengan aku bila-bila masa yang aku perlukan.”

Dayana yang dengar menahan sebak. Dia tahu Khaleeda sakit. Dia harus waras!

“Aku caring dekat kau sebab kau kawan aku. Kau dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ni. Aku sebagai kawan kau aku bertanggungjawab jaga kau!”

“Wah.. bertuah aku kan dapat kawan macam kau. Tapi kan.. kalau aku jadi isteri kau lagi bagus kot. Banyak pahala kau dapat sebab jaga aku.”

Khaleeda cuba memegang tangan Hud tetapi dengan pantas Hud menepis.

“Aku hantar kau balik ok?”

“Tak nak.”

Khaleeda berpaling dan terus nak berlari dapatkan Dayana. Dia nak hapuskan perempuan yang menjadi nombor satu dalam hidup Hud. Kesian Khaleeda, hidupnya tak tenteram langsung! Tak pernah mendapat kasih sayang yang cukup. Dah la malam itu dia datang dengan hanya seluar pendek dan tshirt biasa. Memang betul-betul menarik perhatian hadirin.

“AKu kat sini, Eda.” Kata Dayana yang sudah berkaca matanya.

“Yana, please. Masuk dalam!” arah Hud.

“No!” jerit Khaleeda kembali pada Hud.

Dayana memberi isyarat bahawa dia perlu bercakap dengan Khaleeda sebentar. Beberapa orang hadirin memerhati drama percuma tersebut.

“Kenapa tu, sayang?” tanya Husin sambil memegang bahu isterinya Fatma.

“Rasanya drama ni dah last episod kot.” Jawab Fatma yang malas nak campur lagi urusan abangnya lalu menarik lengan Husin masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 02:26 PM | Show all posts
dh nk habis dh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 02:29 PM | Show all posts
Khaleeda memandang Dayana.

“Serahkan Hud pada aku.” Tegas Khaleeda yang semakin berserabut itu.

“Jom balik, Eda! Awak perlu rehat.” Ajak Hud sambil menarik lengan Khaleeda.

“Stop it! Aku perlu settlekan hal ni dengan perempuan perampas ni!”

Khaleeda menuding jari ke arah Dayana. Dayana kuatkan semangat terutama kini dia sudah berbadan dua.

“Kau nak lepaskan Hud ataupun tidak?”

Dayana memandang Hud. Hud memegang lengan Khaleeda. Dan sekali lagi Khaleeda menolak Hud dan mengeluarkan sebotol kecil dari dalam poket seluarnya. Botol berisi asid yang entah dari mana dia ambil.

“Atau kau nak aku simbah asid ni ke muka suami kau? Hahahaha”

Kali ini hamper kesemua para hadirin menonton drama percuma tersebut. Ada yang mula hubungi polis untuk menyelamatkan keadaan yang semakin kritikal itu.

“Please, Eda..” Dayana merayu dan dia sudah berasa sebak jika berlaku sesuatu yang tak baik pada suaminya.

Semasa dalam keadaan bergaduh itu, mereka berdiri bertentangan di jalan raya taman tersebut.
Hud berdiri tegak risau botol yg sudah dibuka penutupnya itu tersimbah ke mukanya. Para hadirin mula buat bising dan ramai minta Khaleeda undur diri.

Khaleeda tersengih.

“Kalau aku tak bahagia, jangan harap kau pun bahagia.”

Dayana memandang suaminya.

“Baiklah. Aku serahkan suami aku pada kau.” Kata Dayana harap Khaleeda dapat tenangkan fikiran.

Hud tahu salah satu Dayana untuk alih perhatian Khaleeda.

Khaleeda ketawa.

“Baiknya kau erk? Dalam baik-baik pun bodoh jugak! Lelaki yang baik macam ni kau sanggup serahkan pada orang lain senang macam tu je. Ke kau nak kenakan aku?” botol asid itu masih lagi berhampiran dengan muka Hud.

“Aku serius. Aku sanggup sebab aku sayangkan suami aku.” Jawab Dayana dalam nada bergetar.

“Sayang..”

Khaleeda memandang Hud. Geram setiap kali dengar Hud panggil Dayana dengan perkataan sayang.

“Nyampahnya aku! Kenapa dia kau panggil sayang, kenapa tak aku?”

Hud diam. Nak aje dia pelempang muka Khaleeda ketika itu. Khaleeda kembali memandang Dayana.

“Tapi kannn.. sebelum kau mati, aku nak siksa hidup kau dulu!” kata Khaleeda lalu ketawa pada Dayana.

“Lari sayang!” jerit Hud.

Khaleeda menggelabah. Dia harus hapuskan Dayana yang ketika itu peluang terbuka luas di depan mata. Sebaik sahaja dia hendak lari menuju ke Dayana, tiba-tiba muncul sebiji kereta lalu terus melanggar Khaleeda dan dia terpelanting ke depan. Darah memancut keluar serta merta melalui hidung dan telinga.

Kereta yang diupah Datin Maria itu terus berlalu pergi dan ramai mengambil nombor plat kereta tersebut. Tubuh Khaleeda menggeletar.

Hud terus mendapatkan isterinya. Tubuh isterinya dipeluk dengan erat sekali.

“Call ambulan.” Arah Hud pada Fatma yang datang mendekati mereka.

Fatma patuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082248 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list