View: 4898|Reply: 39
|
[Tempatan]
Peguam negara berhasrat mansuhkan hukuman mati mandatori
[Copy link]
|
|
Peguam negara berhasrat mansuhkan hukuman mati mandatori OLEH LIONEL MORAIS DAN ANISAH SHUKRY Published: 13 November 2015 7:21 AM
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menganggap hukuman mati mandatori adalah ‘paradoks’ kerana ia merampas daripada hakim hak menggunakan budi bicara bagi mengenakan hukuman ke atas penjenayah yang disabitkan kesalahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet hukuman mati mandatori dimansuhkan, supaya hakim diberi opsyen memilih antara menjatuhkan hukuman penjara ke atas seseorang atau menghantarnya ke tali gantung.
Beliau berkata hukuman mati mandatori adalah "paradoks", kerana ia merampas daripada hakim hak menggunakan budi bicara mereka bagi mengenakan hukuman ke atas penjenayah yang disabitkan kesalahan.
"Jika saya dibenarkan ikut cara saya, saya akan memperkenalkan opsyen untuk hakim dalam kes di mana ia melibatkan hukuman mati. Beri pilihan kepada hakim sama ada untuk menggantung atau menghantar dia ke penjara.
"Kemudian kami sedang berusaha ke arah pentadbiran keadilan jenayah yang baik," Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif.
Beliau berkata ini adalah sejajar dengan "pemikiran sejagat" mengenai hukuman mati, walaupun beliau menafikan meminta hukuman mati dihapuskan sama sekali.
"Bukan untuk mengatakan saya menyokong sepenuhnya penghapusan hukuman mati, tetapi sekurang-kurangnya kita lakukan secara berperingkat. Kami ambil langkah demi langkah," katanya.
Hukuman mati mandatori dikenakan di Malaysia dalam kes-kes melibatkan pembunuhan, kesalahan senjata api tertentu, pengedaran dadah dan penderhakaan.
Pada Mei, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar dilaporkan berkata kira-kira 1,043 banduan sedang menunggu hukuman mati, dengan ramai yang menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan atau Lembaga Pengampunan.
Beliau dilaporkan berkata, 46% daripada mereka yang menunggu pelaksanaan hukuman mati disabitkan atas kesalahan berkaitan dadah.
Apandi memberitahu The Malaysian Insider ramai hakim-hakim sebenarnya keberatan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka yang hanya bertindak sebagai "keldai dadah", mereka yang ditugaskan membawa dadah untuk sindiket.
"Para juri juga keberatan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka yang semata-mata 'keldai dadah', pengedar dadah yang hanya mendapat RM1,000 untuk memberi makan keluarganya," katanya.
Beliau berkata Jabatan Peguam Negara akan menyediakan memorandum kepada Kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.
Jika Kabinet bersetuju, maka ia akan mengusulkan agar undang-undang yang perlu dipinda. – 13 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-berhasrat-mansuhkan-hukuman-mati-mandatori#sthash.IhNSZW2Z.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
mansuhkan najib dari jawatan dulu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa beza aku xtau..yg aku tau kalau jahat sgt aku nak org tu mati..thats all.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo human right
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah la hudud taknak laksanakan..Lani ni nak mansuhkan hukuman mati mandatori pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
hapuskan je terus hukuman mati...biarlah pesalah berat menyesali kehidupan dia sepanjang hayat dlm benteng penjara... |
|
|
|
|
|
|
|
Klo kes keldai dadah ni aku nk tanya,"dh ada 1000 org(kes)dh kena,naper ko nk jadi 'peserta' yg ke-1001,x ke 'bodoh sendiri'? Tak ke tu meme nk 'mampus' namernye....: |
|
|
|
|
|
|
|
beza dia?
hukuman mati mandatori = takde pilihan lain selain hukum gantung sampai mati
kalau hukuman mati mandatori dimansuhkan, hakim ada pilihan utk jatuhkan hukuman penjara (mungkin seumur hidup) atau hukuman gantung sampai mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
duk dlm penjara ngabihkan duit tax payers pulak, makan tido makan tido...kalau insap ok lah, kalau masih gak hati batu hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
beri peluang kedua
setuju dgn dia bab ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Hapuskan gantung sampai mati. Penjara seumur hidup disamping kena buat kerja amal sampai dia tua
|
|
|
|
|
|
|
|
Duduk dalam penjara tu rasanya diorg kena bekerja juga, buat2 kerja pertukangan etc then hasilnya di jual kat luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
penuh la penjara...
bertambah plak kos mkn..
patut tmbh lagi hukuman mati mandatori...
|
|
|
|
|
|
|
|
memacam hal apandi nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
buat jer lah hukuman gantung separuh mati..buat hukuman berulang ulang kali ikut tempoh hukuman..jgn gantung sampai mati,gantung agak2 dah nyawa nyawa ikan tu lepas kan balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik jadi mcm china.... pesalah rasuah, dadah, bagi tembak jer...
kurang sikit penjenayah dan bakal baka yang tak elok di dunia |
|
|
|
|
|
|
|
palahotak dia....
habiskan duit rakyat je nk b ela penjenayah..
puih
|
|
|
|
|
|
|
|
lawoknya la hai....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|