|
Baddrol Bakhtiar, Safee Sali, Azamuddin Akil dan Jasazrin Jamaluddin adalah empat pemain yang akan dibawa masuk jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
Sebelum ini, Malaysia mengalami kekalahan besar 6-0 kepada Palestin dan menyebabkan penyokong Harimau Malaya merasa hampa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad kebangsaan ketika perlawan itu. Semalam, Kim Swee yang ditemui sejurus tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terus bernada positif dengan kehadiran empat pemain baharu itu diharap dapat memberi nafas baharu kepada skuad bimbingannya nanti.
Seperti yang dilaporkan oleh bharian, keempat-empat pemain itu dibawa masuk bagi menggantikan empat pemain yang terpaksa disisihkan iaitu penyerang Selangor, Hazwan Bakri (berkahwin), Nazirul Naim Che Hashim dan Razman Roslan yang mengalami kecederaan serta penyerang berpengaruh, Amri Yahyah yang menerima kad kuning kedua.
selanjutnya - bharian.com.my |
|