CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56715|Reply: 221

Alkisah Tukang Motibasi Tersohor katanya.... Update Rumusan timeline di #1

  [Copy link]
Post time 16-11-2015 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by axl_bach at 7-1-2016 04:17 PM

Pasti ramai yang mengenali wajah lelaki dgn gaya 2 jari telunjuk di tepi kepala bukan.


Lelaki yang boleh dianggap individu yg berjaya menghasilkan satu komuniti yg mengidolakan dan tidak salah dikatakan, MEMUJA dirinya. Tidak mungkin pengikut2nya menerima apa2 kritikan mahupun cuitan terhadap apa2 saja yang berkaitan dgn lelaki ini, biarpun ianya merupakan kebenaran masa lampau.

Tred ini akan membawa kita mengyelongkar siapa diri individu yang mendakwa dirinya PAKAR KEJAYAAN #1 ASIA ini , bersumberkan dari sumber2 empunya diri sendiri dan juga dari sumber2 yang lain. Benarkah dirinya layak menggelarkan diri segemok itu sebagai PAKAR KEJAYAAN, apakah kelayakan dan sejarah2 lampau perniagaan beliau sehingga beliau dgn muka x malu membuat pengakuan sedemikian??

Segalanya akan dikupas sedaya upaya........Jeng Jeng Jeng.......

[Update]

Timeline jatuh bangun si GEMOK MIKIMAUS dalam perniagaan (rumusan dari sumber beliau sendiri tp diringkaskan, rangkuman artikel2 di atas)

1982 : Jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah (usia 8 tahun)

1984 : Mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1 (usia 10 tahun)

1989 : Mempelajari TEKNIK MENGENAL DIRI MELALUI TARIKH LAHIR <---sumber : lihat di #9 para 6 baris kedua

1990 : Mengajar tuisyen kepada pelajar PMR (Usia 16 tahun)

1991 :  Main saham pada umur 17 tahun.

1992 : Jadi agen Insuran – GAGAL
           Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner - KENA TIPU
           Jadi broker agen hartanah - GAGAL

1993-96 : Berniaga runcit2an sambil belajar di ITM Segamat.

1997 : kerja sebagai Eksekutif Analisis Pelaburan di bawah syarikat broker saham (RHB Securities?) KLSE di Melaka. <--- rujuk di #6

1998 - 2000 : Berhenti kerja dan berniaga.
- Jual kelapa – GAGAL
- Jual sabun basuh baju – GAGAL
- Jual produk kesihatan- GAGAL
- Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan - GAGAL

1999 : Tamat pengajian
Bachelor of Business Administration in Finance dari GORDON UNIVERSITY <---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

2000 : Refinance rumah ayah dan labur RM 150,000 dalam Skim Cepat Kaya <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015           
         : Hutang dengan Along
         : Tidak dapat bertemu 3 jutawan melayu tempatan untuk minta nasihat, seorang keluar main golf, seorang lagi baru berkahwin kali kedua, dan yang ketiga pula sibuk menguruskan projek yang baru diperoleh <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:16:06 hingga 0:16:33            
         : Jumpa seorang jutawan cina melaka bernama PETER, dapat nasihat berkenaan MENTOR DALAM PERNIAGAAN, dan kemudian Azizan menelefon pensyarah ITM yang mengajar beliau dan memarahi pensyarah berkenaan kerana dituduh munafik, mengajar marketing tp x pernah jual sebatang pen pun<---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:16:45 hingga 0:20:25

2001-2008: Bekerja dgn APPCO Sdn.Bhd ahli Sykt Cobra Group (rujuk di #2) <---masa awal2 dok canang pasal COBRA but now hanya mention as
sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Melaka tetapi merupakan sebuah syarikat di bawah syarikat utamanya di London.
   

- 2001 : Mendapat tunjuk ajar seorang jutawan dan MENTOR British (Bill Walsh??) <--- rujuk di #7 pada baris kedua dalam perenggan ketiga
- 1/9/2001 : Memulakan syarikat perniagaan sendiri under APPCO dan buat pemasaran HSBC Bank dan Standard Chartered Bank.
- 2002 : Expand syarikat dari 1 staff kepada 300 staff. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia TMNet Streamyx.
- 2003 : Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan
mendapat anugerah ‘Owner of the Year’ dan ‘Chairman’s Platinum Award Winner 2003′. <--- juga sudah tidak dicanang dalam mana2 siri seminar dan penulisan beliau, tidak seperti sebelum ini anugerah ini sangat GEMOK banggakan
- 2004 : Expansion syarikat ke KL.
- 2005 : Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
- 2006 : Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta.
            : Mencapai title jutawan <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:21:58
            
:Berpisah dengan isteri disebabkan ketiadaan masa bersama akibat sibuk dengan syarikat <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:22:11

- 2007 : Kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion, jadi Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta.

             : berjaya tamat pengajian di bidang MBA (Marketing) dari GORDON UNIVERSITY
<---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

- 2008 : Menamatkan kontrak syarikat APPCO (setelah kantoi menjalankan seminar RAHSIA TARIKH LAHIR secara rahsia di Bukit Bintang pada Jun2008)<---sumber : di #9  para 28 dan 29,  dan menubuhkan Richwork Resources Sdn Bhd.
menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, potensi atau aura diri. <---sumber : di #9 para 2

2008 : Jatuh semula dari perniagaan <--- sumber lihat di #6 para 18 baris pertama yang berbunyi "
Ada sesuatu yang saya “dapat” ketika saya jatuh semula pada tahun 2008 selepas saya menamatkan kontrak dengan syarikat sebelum ini yang membuatkan saya mahu berkongsi ilmu"   

2009 : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.

         : berjaya tamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang METAPHYSICS dari GORDON UNIVERSITY dalam tahun 2009
<---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

2015 :
Dalam proses melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.


~Hak Cipta terpelihara Axl_Bach @ 16/11/15 12.50PM~




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:30 AM

Siapakah Dr. Azizan Osman?

Posted by Iza Teratak Usang on Isnin, Jun 11, 2012 at Isnin, Jun 11, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.

Beliau mengkhusus dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya.

Melalui prinsipalnya, syarikat antarabangsa beribu-pejabat di UK, Appco Sdn. Bhd (Ahli Cobra Group PLC) dari 2001-2008, beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Beliau mengetuai kempen pemasaran dan jualan di Malaysia menggunakan strategi integrasi di antara Roadshows, Events, Telemarketing dan pencapaian beliau yang paling luar biasa ialah membina division "Door-to-Door" direct sales team untuk korporat dan residential serta telah melatih lebih 1,000 eksekutif untuk program tersebut. Program strategik "D2D" ini telah meningkatkan jualan, created branding campaign serta menyebabkan projek mewaklili syarikat seperti TMNet, Celcom dan Digi ketika itu tampak lebih "rapat" dengan pengguna di luar. Beliau pakar dalam strategi-strategi penetrasi kawasan perumahan, kondo dan komersial untuk hasil yang maksima.

Setelah meninggalkan prinsipalnya dan membangunkan syarikat agensi pengiklanan dan pemasarannya sendiri pada pertengahan tahun 2008, beliau juga aktif menjalankan program pembangunan modal insan menggunakan pengalaman dan kajiannya di dalam sains tingkah laku manusia.

Kini, beliau telah membantu lebih 180,000 individu dalam tempoh 4 tahun ini dan telah terbukti beliau merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan & kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.

Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran. Di dalam tahun 2011 sahaja, beliau telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.

Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah, akhbar, radio dan kemunculan di televisyen. Beliau selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.

Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran di Malaysia (Malaysian Institute of Marketing), UK, US & Singapura serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran Sains, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi


Sumber https://www.facebook.com/AzizanBinOsman

- See more at: http://www.teratakusang.com/2012/06/siapakah-dr-azizan-osman.html#sthash.iVg9Dr2E.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:32 AM


Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd. Ianya merupakan satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Sehingga hari ini, Dr Azizan telah melatih lebih daripada 600,000 peserta dan setiap seminar Dr Azizan, pasti dibanjiri oleh beribu-ribu peserta sehingga melimpah ke luar dewan.

Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku-buku pemasaran dan kejayaan yang terlaris di pasaran “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Dr Azizan merupakan seorang usahawan yang telah mengasaskan 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Antaranya ialah agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, pencetakan, rekacipta, jenama dan produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat.

Dr Azizan merupakan pengasas kepada Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu sekelompok usahawan untuk memperluaskan portfolio mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, bahkan juga sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan. Melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah membuktikan kejayaan di dalam melahirkan ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga mencapai tahap jutawan melalui formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Dr Azizan yang mempunyai pengalaman luas, terlibat di dalam pengurusan portfolio pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001 untuk beribu buah syarikat kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, DIGI, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Dr Azizan pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia yang mana ianya merupakan inisiatif YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, Dr Azizan juga turut diundang untuk berkongsi ilmu dengan usahawan dan bakal usahawan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan juga di Expo Usahawan di London, United Kingdom serta Chicago, Amerika Syarikat untuk berkongsi pengetahuan mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau kini telah diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. Beliau kini juga sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di salah sebuah universiti tempatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:34 AM

sumber http://syuhada1981.blogspot.my/2 ... n.html#.Vkk8JFK9GrF

SIAPA DR.AZIZAN OSMAN



Dr Azizan Osman ialah Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran.

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd, satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2012 sebagai yang terbesar di Malaysia di dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus di dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran & motivasi. Setiap sesi seminar beliau, ianya akan dihadiri oleh beribu orang peserta sehingga melimpah ke luar dewan dan ramai yang sanggup duduk di atas lantai kerana tidak cukup tempat duduk.

Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku laris keras pemasaran bertajuk "Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan" serta buku terbarunya "Magnet Kekayaan & Kejayaan" dan usahawan yang telah mengasaskan24 buah syarikatdi dalam pelbagai industri antaranya agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, percetakan, rekacipta jenama & produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat serta merupakan antara pemegang saham terbesar sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu usahawan beliau meluaskan portfolio pelaburan mereka.

Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia serta sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan, tetapi melalui "Sentuhan Emas" beliau, Dr Azizan telah terbukti berjaya membina ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga ramai yang telah mencapai tahap jutawan dengan formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Berpengalaman luas sejak tahun 2001 terlibat menguruskan portfolio pengiklanan dan pemasaran untuk beribu buah syarikat industri kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF & Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Beliau juga pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia di dalam siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia, pernah diundang bercakap Expo Usahawan di London dan Chicago mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran, pernah diundang bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa buah universiti  seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia. Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia.





Beliau sedang menyiapkan tesis untuk PhD kedua beliau (Doctorate in Business Administration) di City College & University of Science Technology, Petaling Jaya di dalam kajian berkaitan pembangunan usahawan dan pemasaran media sosial.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:37 AM

Anda Kata Saya Tidak Pernah Ada Bisnes?                                oleh Azizan Osman pada 23 Oktober 2015
               
Saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan (kata mereka) saya tidak pernah run bisnes.

Tulisan saya ini agak panjang tetapi ia akan meletupkan sel otak anda Insha Allah untuk berfikir. Di sini suka saya kongsikan senarai pengalaman perjalanan bisnes saya. Dan faham satu perkara penting, di Malaysia, anda bukan boleh sesuka hati sebut anda jutawan melainkan anda benar-benar bayar cukai selayaknya kepada LHDN. Dibawah ini adalah perjalanan saya dalam berniaga walaupun mula kecil dan tiada modal hingga kini :-

1. First time saya “berniaga” adalah jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah rendah, sekolah Cina – Darjah 2 (1982).
2. “Perniagaan” seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah Cina. Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja – 1984.
3. “Perniagaan” seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR – Umur 16 tahun.
4. Mula ‘bermain’ saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
5. Umur 18: Ambil exam insuran dan jadi agen Insuran – tidak pernah close case.
6. Umur 18: Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur – Duit tak dapat.
7. Umur 18: Jadi broker agen hartanah untuk Raine Horne Zaki Partners – 1 biji hartanah pun tidak mampu jual.
8. Umur 19-22: Masuk UiTM (Dulu ITM) Segamat. Mula berniaga dalam kolej. Jual nasi lemak/ nasi goreng/ bihun/ ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/ bantal/ tempahan fotostat buku / ajar tutorial/ jual handphone (handphone baru masuk Malaysia).
9. Umur 22-24: Kerja mula basic RM1,500/bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
10. Umur 24 (1998) – 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga.
- Jual kelapa – gagal
- Jual sabun basuh baju – gagal
- Jual produk kesihatan- gagal
- Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan-gagal
- Berhutang dengan along/ bank – hampir bankrup / mati
11. Umur 27 (2/1/2001): Mula bekerja sebagai trainee door to door marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC (100% Komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
12. Umur 27 (1/9/2001): Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrakdi bawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC Bank dan kemudian Standard Chartered Bank.
13. Umur 28 (2002) – Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
14. Umur 29 (2003): Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah ‘Owner of the Year’ dan ‘Chairman’s Platinum Award Winner 2003′. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM15 juta setahun.
15. Umur 30 (2004) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMNet & Celcom.
16. Umur 31 (2005): Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
17. Umur 32 (2006): Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
18. Umur 33 (2007): Prinsipal minta kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
19. Umur 34 (2008): Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independant syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. Dan mula established syarikat sebagai akredited advertising agency and marketing consultant firm. Dan masih run sehingga hari ini.
20. Umur 35 (2009) : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.
21. Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulillah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online samada secara percuma atau berbayar. Komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarakallah.

*Saya percaya dengan prinsip, jika anda mahu mengajar orang lain jadi usahawan dan jutawan yang berjaya, anda sendiri mestilah telah terbukti berjaya dan membayar cukai yang membuktikan anda telah mencapai tahap yang membuktikan anda boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Saya tidak percaya dengan apa sesetengah orang di mana untuk berjaya dalam bisnes mesti kena anak orang kaya, mesti ada banyak modal, mesti kena dapat pinjaman kerajaan atau bank.

Dan saya juga percaya matlamat membina perniagaan adalah untuk membina kekuatan ekonomi dan kewangan agar dapat membayar zakat serta membantu lebih ramai orang lain Insha Allah.

Kenapa saya share ini?
1. Saya tidak suka bila ada yang kata, susah nak berniaga nak start kena guna banyak modal. Belum apa-apa mentaliti dah kata susah then susahlah.
2. Saya tidak suka orang kata saya jual air liur. Jika air liur begitu senang dijual, kenapa tidak semua orang boleh buat seminar dan create result sebagaimana begitu banyak kejayaan anak didik kami Insha Allah. Boleh tonton di YouTube: Azizan Osman. Saya membantu mereka yang mahu dibantu dan mahu dibimbing. Masa, dewan, sound system dan macam-macam lagi kos. Ini semua bukan percuma. Walaupun banyak seminar kami sebelum ini adalah percuma.
3. Saya bukan pakar motivasi. Saya berkongsi dan bercakap berdasarkan pengalaman yang telah terbukti Insha Allah serta formula-formula yang saya kumpulkan dan simpulkan agar lebih mudah orang lain follow.
4. Seminar saya ada yang free, contohnya seminar online 4-jam, ia adalah free. Ada yang RM30/orang dan ada yang beribu ringgit bergantung kepada apakah komitmen masa dan tahap pengalaman serta formula yang saya kena berikan. Universiti pun tidak free. Dan tidak ada sesiapa pun yang dipaksa untuk membayar apa-apa jika anda tidak mahu belajar dari saya. Baca buku dan baca melalui internet jika anda mahu. Cuma, saya ajar ikut apa yang telah terbukti berjaya kepada saya dan anak-anak didik saya yang telah aplikasikan apa yang saya bimbing mereka Insha Allah.
5. Saya amat mementingkan tindakan dan Result. Dan saya tahu seminar saya bukan untuk semua orang. Tetapi sesiapa yang pernah benar-benar laluinya, ikutinya dan aplikasikannya, Insha Allah akan dapat result yang luar biasa.

Saya ada bukti-bukti kejayaan anak-anak didik saya. Jika mereka belajar dan belum berjaya, saya yakin itu adalah kerana mereka tidak benar-benar komited melakukan tindakan dan komitmen mengaplikasikannya atau ia hanyalah proses tindakan mereka yang tidak cukup luar biasa.

Kenapa saya mula mengajar dan excited mengajar?

Pada tahun 2000, saya pernah jatuh hampir bankrup dan dikejar along. Say pernah minta tolong 3 orang jutawan Melayu untuk berjumpa mereka, bukan untuk minta duit tetapi nak minta nasihat tetapi tidak ada seorang pun mahu berjumpa saya sedangkan mereka asalnya dulu juga dari keluarga susah seperti saya. Ayah saya kerja Jabatan Parit Tali Air sahaja. Mak surirumah. 3 orang jutawan Melayu tersebut tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi seorang jutawan Cina yang tidak pernah sekolah sanggup jumpa saya dan beri nasihat kepada saya.

Kejadian itu membuatkan saya berjanji, sekiranya saya menjadi jutawan satu hari nanti, saya berjanji untuk bersedia berkongsi ilmu saya bagaimana untuk merubah hidup dan kewangan dengan berniaga Insha Allah.

Banyak perkara sentap yang berlaku yang “mould” diri saya sejak saya sekolah Cina 12 tahun ketika kecil. Saya didedahkan tentang mesti berniaga dan kuasai ekonomi dengan bisnes. Tetapi pada masa yang sama, anak bangsa saya sendiri bukan semua nak perbaiki hidup mereka. Kita jauh tertinggal dalam penguasaan ekonomi dan bisnes. Kita nak tunggu bila untuk bangkit?

Kenapa nak teruskan hidup biasa-biasa jika anda boleh hidup luar biasa bila ada ilmu?

Dan kenapa nak sakit hati bila lihat orang lain bangsa kita sendiri berniaga? Atau sakit hati melihat usaha dan pencapaian orang lain?

Ramai orang nak bisnes pula tetapi gagal atau rugi bertahun-tahun kerana sebenarnya tidak ada ilmu terutamanya ilmu pemasaran dan ego sombong tidak mahu belajar.

Saya pemilik syarikat swasta, saya bukan kerajaan. Saya pun bayar cukai kepada kerajaan. Saya tidak mampu beri semuanya percuma. Sebab itu Klinik Usahawan terbaru saya bulan November nanti, yurannya “mahal” iaitu RM30/orang (Bila daftar 3 orang sekumpulan) dan saya juga berikan buku terbaru saya free. Ia yuran yang hanya cukup untuk cover kos dewan dan penganjuran seminar. Dan jangan hadir jika anda tidak rasa penting untuk tingkatkan potensi diri, hidup keluarga anda dan tahap kewangan anda.

Maaf zahir batin jika ada perkongsian saya ini mungkin tidak selesa di hati anda. Dan niat saya juga untuk memberi inspirasi buat yang perlukan.

Yakinlah Allah swt boleh ubah hidup sesiapa sahaja yang Dia suka. Kita kena cari jalan untuk buat apa yang Dia suka dan belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya!

P/S: Bisnes tidak semestinya produk fizikal. Syarikat arkitek, peguam, khidmat nasihat, perunding kejuruteraan adalah contoh perniagaan yang tidak berasaskan produk fizikal tetapi semuanya bermodalkan “air liur”. Persoalannya ialah, adakah orang sanggup bayar untuk “air liur” anda?
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:23 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:40 AM

Beberapa Hari Ini Saya Rasa Agak Sentimental                    oleh Azizan Osman pada 30 Jun 2015
                    
Salam Ramadhan,
(Apa yang dikongsikan ini adalah kisah saya yang agak panjang tetapi saya percaya ia akan memberi inspirasi kepada yang benar-benar mahu mengubah hidup anda Insya-Allah. Jika anda mampu baca ini sehingga habis, anda mempunyai sikap seorang yang berjaya iaitu mereka fokus mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga habis)

Beberapa hari ini saya rasa agak “sentimental” dan “instrumental” kerana Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-18 saya run business selepas saya berhenti kerja pertama makan gaji saya pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Analisis Pelaburan di bawah sebuah syarikat broker saham KLSE di Melaka satu ketika dahulu.

Masih jelas “drama” yang berlaku apabila saya buat keputusan berhenti kerja dan mahu berniaga, tetapi tidak dipersetujui oleh orang tua saya ketika itu. Tetapi saya teruskan juga walaupun tidak ada modal dan setiap perniagaan yang diceburi beberapa tahun ketika itu samada rugi atau gagal sehinggalah saya “terjebak” dengan meminjam dari Along pada tahun 2000 selepas kerugian “pelaburan” (skim cepat kaya) yang diajak oleh seorang kawan saya yang kemudiannya hilang ditelan bumi (Tak tahu ke mana).

Dan bagi yang sudah selalu baca atau dengar perkongsian jatuh bangun saya, anda pasti tahu betapa pedihnya hati saya pada waktu itu dan bertambah kecewa bila saya cuba untuk membuat temujanji dengan 3 jutawan Melayu yang saya tahu mereka juga dahulu bukan dari keluarga yang senang tetapi akhirnya berjaya membina perniagaan mereka dan berjaya. Tetapi permohonan temujanji saya ditolak atas pelbagai alasan. Dan pada waktu itu saya mahu berjumpa mereka bukanlah untuk meminta wang tetapi sekadar mahu bertanya kenapa dan bagaimana mereka boleh berjaya di dalam perniagaan mereka tetapi saya kecundang.

Saya almost give-up waktu itu tetapi Allah SWT yang Maha Memakbulkan doa saya ketika itu telah melorongkan saya berjumpa semula dengan seorang jutawan Cina yang saya kenali ketika saya cuba menjual tanah waktu saya jadi broker tanah (salah satu benda yang saya pernah buat tetapi tidak pernah dapat jual walau seinci tanah pun). Jutawan Cina ini tidak pernah bersekolah dan tidak pandai cakap Melayu tetapi disebabkan saya pandai cakap Cina dan bersekolah Cina selama 12 tahun, dia suka saya. Saya meminta untuk berjumpa dengan beliau dan dia mengajak saya ke rumah beliau (Tanpa perlu temujanji). Dan to make a long story short, dia tanya saya berapa tahun saya telah berniaga? Saya beritahu saya telah berniaga lebih 3 tahun.

Anda tahu apa dia cakap? Jika lu sudah berniaga lebih 3 tahun, lu mesti sudah jutawan? Sebab dia cakap, jika seseorang itu berniaga dengan strategi yang betul, tidak sampai 3 tahun boleh touch 1st Million. Saya jawab, saya bukan sahaja tidak buat satu juta ringgit tetapi saya berhutang dengan Along dan bank.

Dia menunjukkan kesilapan saya selama saya berniaga dan kerugian yang saya hadapi semua adalah berpunca daripada keegoan saya dan kebodohan saya. Pendeknya “BodSom” Bodoh Sombong! Tidak ada ilmu berniaga yang praktikal, tidak ada mentor jutawan yang saya follow atau belajar dari mereka serta saya ingat CGPA 3.72 saya belajar tentang business adalah cukup bagus untuk bina business dari kosong hingga jadi jutawan. Dia cakap, jika CGPA tinggi menjadikan seseorang itu jutawan, then dah ramailah yang belajar sampai Master atau PHD atau lecturer yang mengajar business pun dah jadi usahawan atau jutawan yang berjaya.

Tapi dia sekolah pun tidak, membaca pun tidak reti tetapi boleh berpendapatan lebih RM500,000 sebulan, ketika itu  dengan hanya berniaga barang-barang mentah eksport ke Singapura secara kecil-kecilan. Pada saat itu, saya rasa kena tampar 3,000 kali kanan dan kiri tanpa henti. Dia akhirnya suruh saya pergi cari mentor business dan pemasaran yang bagus yang bukan sahaja dah berjaya tetapi mahu mengajar saya dan pandai mengajar saya kerana dia tidak pandai mengajar dan tidak ada masa untuk ajar.

Ketika itu bulan Oktober tahun 2000, mana saya nak cari mentor? Mana nak cari jutawan yang nak ajar orang lain berjaya macam dia? Gila apa? Dan saya tidak mahu berniaga MLM. Saya dah cuba banyak kali sebelum itu buat macam-macam dan tidak jadi. Masa itu tidak ada seminar-seminar atau Klinik Usahawan Dr Azizan, kalau ada Insya-Allah saya akan commit belajar sebab ketika itu saya tahu, the only way untuk saya keluar dari seluruh masalah hutang saya, masalah kewangan saya dan masalah perniagaan saya adalah dengan mempunyai mentor usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya dan follow sahaja exactly apa yang dia ajar sebab dia dah terbukti berjaya.

Selepas pertemuan dengan jutawan Cina tersebut, masalah dengan Along saya tidak selesai serta merta tetapi saya lebih berani menghadapi mereka untuk mengatur pembayaran semula walaupun perit. Saya buat keputusan untuk bekerja semula. Tapi saya berfikir kali ini saya mahu bekerja di tempat yang saya boleh belajar berniaga dan pemasaran kerana jutawan Cina tersebut seperti saya selalu sebut, Allah SWT Maha Menunjukkan jalan dan saya dilorongkan untuk memohon bekerja sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Melaka tetapi merupakan sebuah syarikat di bawah syarikat utamanya di London.

Pendekkan cerita, di sini saya dilatih membina business dan menjalankan kempen pemasaran untuk kontrak-kontrak projek di bawah syarikat-syarikat perbankan seperti HSBC, Standard Chartered, syarikat telekomunisasi seperti Telekom dan banyak lagi. Dan Alhamdulillah selepas menjalani latihan dan hit semua kriteria yang diperlukan, saya ditawarkan untuk mendaftarkan syarikat saya sendiri serta menjalankan projek-projek pengurusan pengiklanan dan pemasaran di bawah syarikat utama yang melatih saya. Alhamdulillah, pada umur saya 32 tahun iaitu pada tahun 2006, saya berjaya mencapai 1st million saya. 7 tahun saya membina syarikat tersebut bekerja siang dan malam sehingga saya mempunyai lebih 1,500 orang kakitangan dan ketika itu kami menguruskan projek untuk banyak jenama-jenama besar seperti TM, Celcom, Digi, Maxis, Makna, WWF, Starhub dan banyak kali di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Australia di bawah kontrak syarikat induk prinsipal saya sehinggalah pada tahun 2008 saya membuat keputusan untuk tamatkan kontrak syarikat saya di situ.

Panjang cerita kenapa saya buat keputusan tersebut dan ia banyak berkaitan dengan kebebasan masa saya dan masalah peribadi saya (Lain kali saya share). Pada tahun itu, tahun penuh dengan cabaran peribadi bagi saya. Dan saya sungguh bercelaru dengan langkah saya seterusnya. Selepas beberapa bulan memohon pimpinan dan petunjukNya, saya mula didatangi rakan-rakan yang berniaga yang meminta nasihat saya untuk mereka pasarkan produk atau perkhidmatan mereka which Insya-Allah tidak susah bagi saya kerana memang itulah kepakaran saya selama beberapa tahun run business advertising dan marketing serta sebagai marketing strategist. Business mereka start growing dan semakin ramai yang datang minta advise dan masa itulah saya buat keputusan untuk membina semula agensi pengiklanan dan pemasaran saya semula serta pada masa yang sama,  mula berkongsi ilmu dan pengalaman saya melalui seminar-seminar.

Tidak pernah saya bermimpi untuk run seminar sehingga beribu-ribu orang untuk berkongsi ilmu bisnes dan formula bagaimana merubah hidup serta tahap kewangan dalam masa yang singkat sebagaimana saya dibimbing oleh mentor-mentor saya dahulu.

Dari hanya 9 orang yang hadir ke seminar saya yang pertama pada penghujung bulan Jun 2008, hanya dalam masa setahun sahaja selepas itu seminar saya dihadiri lebih 4,500 orang di Mines Convention Seri Kembangan. Dan disebabkan bukti kejayaan dan perniagaan mereka-mereka yang follow exactly apa yang saya ajar di dalam seminar-seminar saya, ada yang berjaya membina pendapatan beratus ribu sebulan di dalam perniagaan yang mereka pilih. Ada yang surirumah, ada yang pelajar, ada yang engineer dan akhirnya berhenti kerja dan run full time business dan berjaya buat pendapatan sehingga berjuta setahun. Alhamdulillah. Ada doktor yang mempunyai klinik dan akhirnya dapat membuka beberapa cawangan klinik serta meningkatkan pendapatan setiap bulan.

Pendek kata, terlalu banyak saya saksikan di hadapan mata saya sehingga ke saat ini bagaimana ilmu dan formula yang saya kongsikan based on pengalaman business saya sendiri telah membantu ramai memperbaiki hidup, tahap kewangan mereka serta ramai yang akhirnya mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga mereka. Ada yang hargai ilmu yang pernah diberikan dan ada yang dah lupa diri.

Sehingga hari ini, lebih 600,000 yang telah hadir dan belajar di seminar-seminar saya serta terlalu ramai yang telah menjadi bukan sahaja usahawan tetapi jutawan dan lebih ramai yang sedang pantas berkembang membina perniagaan mereka. Pada masa yang sama, portfolio clients untuk business advertising dan marketing kami juga growing sehingga kami telah berjaya consult dan bantu syarikat-syarikat SME serta beberapa syarikat yang saya uruskan dahulu pun mendapatkan khidmat nasihat syarikat agensi kami.

Dan Insya-Allah esok genaplah ulangtahun ke-7 Richworks Group of Companies bermula dari kosong sehingga sekarang mempunyai beberapa perniagaan utama iaitu sebagai Accredited Advertising Agency, Event Management Company, Leading Seminar & Training Company, Coaching Business, Syarikat Penerbitan Buku, Syarikat Corporate Advisory Services, E-Learning Education Platform, Integrated Marketing Consultant Firm, Property Investment Firm dan Insya-Allah akan melancarkan Kolej Keusahawanan saya sendiri yang sedang menunggu proses-proses kelulusan Insya-Allah akan dilancarkan hujung tahun ini.

Ada sesuatu yang saya “dapat” ketika saya jatuh semula pada tahun 2008 selepas saya menamatkan kontrak dengan syarikat sebelum ini yang membuatkan saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman bisnes serta kepakaran pemasaran saya. Saya membuat keputusan untuk menjadikan hidup saya lebih bermanfaat. Saya percaya pasti Allah SWT tidak jadikan jatuh bangun hidup saya dan perniagaan saya sebelum ini dengan sia-sia dan hanya sekadar untuk kejayaan diri saya. Waktu itu, saya mendapat “mesej” melalui hadis Nabi SAW ini yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada ramai orang lain”.

Waktu itu saya terfikir, saya pernah gagal dalam business ketika saya mula-mula start business, saya pernah minta tolong dengan ramai jutawan tetapi tidak ada yang ada masa untuk bantu saya. Syukur,  Allah SWT lorongkan saya untuk jumpa dengan jutawan Cina tersebut yang hanya memberikan satu nasihat penting, cari mentor.

Jadi saya berfikir, jika saya dari tidak ada apa-apa dan kemudian saya ada mentor yang akhirnya telah memudahkan saya untuk membina perniagaan saya, saya fikir, pasti ramai di luar sana yang celaru dan tercari-cari halatuju bagaimana untuk mereka keluar dari masalah hutang mereka, bagaimana mahu perbaiki hidup mereka dan tahap kewangan mereka, pasti ramai terutamanya anak bangsa yang mahu dibimbing atau komited dibimbing. Cuma saya juga belajar sesuatu over these years ini selepas saya belanja berjuta ringgit setahun untuk buat seminar percuma saya sebelum ini sehingga tahun lepas hampir 140,000 hadir seminar saya secara percuma, saya dapati, bukan semua yang percuma itu bagus. Bila mereka bayar untuk dapatkan sesuatu, mereka lebih komited dan tindakan mereka lebih luar biasa. Dan bukan semua orang komited nak ubah hidup dia. “Udara hanya penting dan akan dihargai jika ia diberikan kepada mereka yang hampir lemas di dalam air”.

Akhir kata dari saya, hidup ini pilihan kita. Mereka yang mahukan dunia, mestilah ada ilmu dan orang yang mahukan akhirat, mestilah dengan ilmu dan orang yang mahukan kedua-duanya juga mestilah dengan ilmu. Ilmu yang terbaik bagi saya adalah ilmu dari mereka yang terbukti berjaya di dalam bidang mereka. Dan anda boleh dapatkan ilmu dengan buat kesilapan yang pastinya jika kesilapan membuat keputusan di dalam perniagaan, ia bukan sahaja akan merugikan banyak duit tetapi buang masa dan ia memberikan kesan kepada emosi kita.

Jika anda komplen perkongsian saya ini panjang, saya nak beritahu anda yang saya tidak pernah paksa anda baca. Saya mengambil masa menulis ini pagi ini kerana saya mahu coretkan sesuatu dan saya mahu kongsikan kisah saya ini buat inspirasi mereka yang memerlukannya. Saya juga ingin memberikan pesanan, tidak ada gunanya kerja atau bisnes kita jika akhinya ia membuatkan kita lalai kepada Allah SWT. Ia hanya akan bermanfaat jika ia mendekatkan diri kita kepadaNya dan ia bermanfaat untuk ramai orang lain.

Gaji saya dahulu RM1,500 sahaja sebulan. Keluarga saya bukan orang senang, arwah ayah saya kerja kerajaan sahaja dan mak saya surirumah sepenuh masa. Tetapi ia tidak menghalang seseorang untuk memperbaiki hidup keluarganya dan berikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang mereka sayangi.
Semua orang buang masa buat benda yang sama tetapi mengharapkan hidupnya berubah. Saya tahu ramai yang mahu ubah hidup tetapi ramai yang tidak mahu berguru atau belajar sebab egonya lebih tinggi dari Gunung Everest tetapi pokai. Macam saya dulu!

Ada banyak cara anda boleh dapatkan ilmu dan belajar dari pengalaman saya jika anda komited belajar. Saya cadangkan anda masukkan nama dan emel anda segera di blog saya azizanosman.com/blog sekarang kerana sebagai hadiah dari saya sempena 7 tahun Richworks ini, saya bakal berikan 5 modul siri dari seminar saya yang terbaru diajar secara online, anda hanya perlu tonton video saya tersebut dari komputer atau mobile phone anda nanti. Saya akan emelkan pelancarannya nanti dalam masa beberapa hari akan datang. Pastikan masukkan emel anda di blog saya seperti tertera di atas.

Untuk ubah hidup, kita perlukan ilmu dan bila kita ada ilmu next yang kita perlukan adalah KUASA TINDAKAN. Tidak ada kejayaan bagi orang yang MALAS, BERTANGGUH dan SUKA BERI ALASAN.

Jika apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, pastikan anda sebarkan ia. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada RAMAI ORANG LAIN”. (Maksud Hadis)

Insya-Allah perjuangan saya belum selesai dan Richworks sedang berkembang ke Indonesia, India dan beberapa buah negara lain ke peringkat lebih tinggi lagi agar kami dapat bantu lebih ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2015 10:23 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:41 AM

                                        Profil                               
                                Pakar Keusahawanan & Pemasaran No. 1 Asia
Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan, penulis, penceramah, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No. 1 Asia.

Beliau telah menulis dan menerbitkan buku-buku bertajuk Rahsia Kaya & Berjaya – Dunia Akhirat, gabungan tulisan bersama S.H. Alattas, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1 dan 2, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Transformasi Hidup Luar Biasa dan buku terbaru beliau adalah Magnet Kekayaan & Kejayaan, sebuah buku jualan terbaik pada masa ini di pasaran.

Beliau juga telah terlibat di dalam perniagaan sejak tahun 1998 dan telah gagal banyak kali sehinggalah beliau dilatih oleh seorang jutawan dan mentor British pada tahun 2001. Dengan ilmu dan mentor, Dr Azizan berjaya mencapai banyak kejayaan. Hari ini, beliau adalah Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada lebih 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi, perunding strategi pemasaran untuk syarikat telekomunikasi, perbankan, NGO serta beberapa buah syarikat pelaburan hartanah dan kolej di Malaysia dan Singapura.

Sehingga hari ini, beliau telah melatih lebih daripada 400,000 peserta dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.

Beribu-ribu peserta telah mendapat manfaat daripada seminar-seminar keusahawanan dan kejayaan beliau yang merangkumi pelbagai profesion. Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

http://azizanosman.com.my/blog/profil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:23 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:42 AM

Biodata pendidikan Duktur Mikimaus


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 10:24 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:45 AM

http://yangreza.blogspot.my/2011 ... an-osman-pakar.html

Dr. Azizan Osman
MEMETIK KATA-KATA DR AZIZAN OSMAN, PAKAR MOTIVASI 'SEMOGA ANDA LEBIH KAYA DAN BERJAYA!'

Dr Azizan Osman – Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources

Posted on : 10-08-2009 | By : Mirlme | In : Blog
Tags: Biodata Dr Azizan Osman, Dr Azizan Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn Bhd, Metafizik Dr Azizan Osman, Richworks Resources Sdn Bhd, Seo Richworks Resources Sdn Bhd.
53

MULANYA sekadar suka-suka dan minat, namun siapa sangka daripada tabiat itu, ia mengubah kehidupan dan status Dr Azizan Osman, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richworks Resources

Syarikat yang ditubuhkan tahun lalu itu menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, selain mengetahui potensi atau aura diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya yang ingin diceburi.

Mungkin bunyinya pelik apabila kaedah itu seperti fenomena yang melanda negara apabila lebih 10,000 orang mengikuti seminar kendalian Azizan walaupun belum sampai setahun operasi.

Kejayaan berkenaan kebanggaan kepada anak jati Melaka itu, malah beliau berhasrat mensasarkan lebih ramai rakyat negara ini mengenali diri melalui kaedah terbabit.

“Program ini bukan sekadar membantu mengenali potensi diri tetapi boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, memilih jodoh, menyambung pelajaran dan pelbagai lagi,” katanya.

Sebenarnya, melihat latar belakang anak keempat daripada lima beradik itu, beliau bermula daripada minat apabila mengetahui teknik mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga.

“Saya mengetahui teknik ini melalui bacaan. Mulanya tidak serius sehingga saya bertemu pakar bidang ini, T Harve Eker dari Kanada.

“Dia mentor saya dan untuk belajar dengannya, bayarannya bukan murah dan saya berulang-alik dari sini ke Singapura kerana kelas diadakan di sana,” katanya.

Sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Azizan bekerja di pelbagai syarikat tetapi ditakdirkan rezekinya dalam bidang metafizik, tidak sampai setahun beliau mengecapi kejayaan dan tidak keterlaluan dikatakan kini berstatus jutawan.

Begitupun, bertemu dan berbual dengannya, beliau tidak sombong atau bongkak, jauh sekali meninggi diri meskipun kini dalam kelas tersendiri.
Menurutnya, beliau bukan orang senang dan disebabkan ‘pendidikan’ itu, beliau menyedari siapa dirinya.

“Saya masih ingat pesanan emak masa saya kecil. Pernah minta dibelikan baju taekwando dan kereta kawalan jauh, emak kata, kalau nak beli, bila besar cari duit dan beli sendiri.

“Ketika itu emak dan ayah tak mampu memenuhi kehendak kami kerana emak suri rumah, ayah pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran. Kami kerap berpindah kerana mengikut ayah,” katanya.

Begitupun, kata Azizan, beliau ‘tabik’ dengan bapanya, Osman Yusop, yang berfikiran jauh apabila menghantar mereka adik-beradik ke sekolah Cina.
“Awalnya memang susah bersekolah di sini kerana kita tidak faham Bahasa Cina. Bagaimanapun, disiplin dan suasana belajar banyak mengubah dan membentuk diri saya.

“Kerja sekolah tak pernah habis dan disiplin ketat. Disebabkan itu, saya pernah dapat nombor satu dalam kelas dan pernah juga dapat nombor terakhir,” katanya yang pernah menjadi juara pertandingan kaligrafi Cina peringkat kebangsaan.

Azizan berkata, meskipun ibu bapanya tidak pernah terbabit dalam perniagaan, lain pula dirinya apabila minat berniaga itu ada.
“Saya mula ceburi bisnes ketika di UiTM Segamat apabila membekalkan bantal dan kalkulator kepada pelajar baru. Bila tiba pendaftaran, saya sewa satu lori penuh dengan bantal.

“Selain itu saya ambil baju pelajar dan hantar ke kedai dobi di pekan Segamat. Kemudian saya upah rakan menjual nasi lemak dan nasi goreng yang diambil daripada orang lain,” katanya.

Selepas tamat pengajian, Azizan bekerja di RHB Securities dan pada masa sama menjalankan aktiviti pelaburan.

Begitupun, kegawatan ekonomi yang melanda 1997 menyebabkan pelaburan RM100,000, termasuk wang daripada rakan, mengalami kerugian.

Tidak sampai dua tahun bekerja, Azizan mengambil keputusan berhenti kerana mahu bekerja sendiri.

“Sebab berhenti kerana saya berfikir berapa lama boleh bekerja di sini. Selepas itu saya buat pembungkusan produk herba di Melaka. Modal tiada langsung, namun bernasib baik kerana syarikat berkenaan beri deposit RM15,000,” katanya.

Ketika perniagaan mula berkembang selepas dua tahun beroperasi, syarikatnya berdepan masalah apabila tiada modal pusingan dan pada 1999, Azizan terpaksa menutup operasi syarikat.

“Selepas berhenti, saya pinjam kereta ayah, menghantar barangan yang dipesan orang. Saya cari juga kerja di tempat lain dan pada 2001 saya diterima bekerja di syarikat Cobra Group iaitu syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa cawangan Melaka,” katanya.

Di syarikat multinasional itu, Azizan bermula dari bawah iaitu menjual kad kredit sehingga dilantik pengurus projek yang menguruskan beberapa syarikat besar.
Pada 2004, Azizan ditukarkan ke Kuala Lumpur dan cabaran mula dirasai sehingga beliau menitiskan air mata.

“Bulan pertama pindah ke KL, saya tidak cukup duit kerana suasana masih baru dan belum berjaya membuat jualan seperti ditetapkan. Saya menangis dalam kereta kerana tidak cukup duit bayar sewa rumah dan kad kredit,” katanya.

Begitupun, dugaan itu tidak mematahkan semangatnya, malah usaha keras Azizan berjaya mengangkat dirinya sehingga dilantik ke jawatan Pengurus Kanan pada 2005.

“Sebagai pengurus, antara tanggungjawab saya ialah menemuduga dan melatih kakitangan baru. Dalam temuduga, saya praktikkan kaedah tarikh lahir dan 85 ke 95 peratus tepat.

“Pada April tahun lalu saya ditawarkan jawatan tinggi dan diberi pilihan ke Indonesia atau Hong Kong tetapi apabila berfikir balik, saya kini pada tahap maksimum dan terdetik juga apa sumbangan saya kepada bangsa,” katanya.

Pada Jun tahun lalu, Azizan mengadakan kelas rahsia tarikh lahir di Bukit Bintang hanya membabitkan 12 orang dengan kos RM299 seorang.
Aktiviti sampingan itu dapat diketahui syarikat terbabit, sekali gus memberi kata dua.

“Saya diberi pilihan sama ada untuk bekerja di syarikat itu atau meneruskan aktiviti saya. Selepas berfikir, saya berhenti kerja Jun tahun lalu dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam program ini,” katanya.

Sejak itu, nama Azizan Osman semakin dikenali dan setiap programnya mendapat sambutan. Daripada belasan yang hadir pada mulanya, kini mencecah ribuan orang hanya untuk mendengar celotehnya.

PROFIL

NAMA: Dr Azizan Osman

USIA: 35 tahun

LAHIR: 14 November 1974 di Kota Bharu, Kelantan

JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chun II, Pontian, Johor; Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka; Diploma Analisa Pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor; Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Sarjana Pemasaran University of Florida; Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik, Gordon University, Florida

ANUGERAH: Platinum Awards 2004/2005 daripada Cobra Group, England

credit to Metro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:24 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 16-11-2015 10:47 AM

how irony, seorang yg mendakwa pakar marketing gagal menempatkan PRODUK SENDIRI dalam pasaran massa, aku rasa sumer org x pernah tau kewujudan produk nih.....




Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi free pun x hingin aku nk join kelas dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:48 AM | Show all posts
kesimpulan dari kesemua yang dibentangkan adalah dpt dirumuskan dalam gambar dibawah

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 10:51 AM | Show all posts
alahai...malas btol aku nak baca post gini...nyampah pun ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 12:50 PM | Show all posts
Timeline jatuh bangun si GEMOK MIKIMAUS dalam perniagaan (rumusan dari sumber beliau sendiri tp diringkaskan, rangkuman artikel2 di atas)

1982 : Jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah (usia 8 tahun)

1984 : Mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1 (usia 10 tahun)

1989 : Mempelajari TEKNIK MENGENAL DIRI MELALUI TARIKH LAHIR <---sumber : lihat di #9 para 6 baris kedua

1990 : Mengajar tuisyen kepada pelajar PMR (Usia 16 tahun)

1991 :  Main saham pada umur 17 tahun.

1992 : Jadi agen Insuran – GAGAL
           Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner - KENA TIPU
           Jadi broker agen hartanah - GAGAL

1993-96 : Berniaga runcit2an sambil belajar di ITM Segamat.

1997 : kerja sebagai Eksekutif Analisis Pelaburan di bawah syarikat broker saham (RHB Securities?) KLSE di Melaka. <--- rujuk di #6

1998 - 2000 : Berhenti kerja dan berniaga.
- Jual kelapa – GAGAL
- Jual sabun basuh baju – GAGAL
- Jual produk kesihatan- GAGAL
- Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan - GAGAL

1999 : Tamat pengajian
Bachelor of Business Administration in Finance dari GORDON UNIVERSITY <---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

2000 : Refinance rumah ayah dan labur RM 150,000 dalam Skim Cepat Kaya <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015           
         : Hutang dengan Along
         : Tidak dapat bertemu 3 jutawan melayu tempatan untuk minta nasihat, seorang keluar main golf, seorang lagi baru berkahwin kali kedua, dan yang ketiga pula sibuk menguruskan projek yang baru diperoleh <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:16:06 hingga 0:16:33            
         : Jumpa seorang jutawan cina melaka bernama PETER, dapat nasihat berkenaan MENTOR DALAM PERNIAGAAN, dan kemudian Azizan menelefon pensyarah ITM yang mengajar beliau dan memarahi pensyarah berkenaan kerana dituduh munafik, mengajar marketing tp x pernah jual sebatang pen pun <---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:16:45 hingga 0:20:25

2001-2008: Bekerja dgn APPCO Sdn.Bhd ahli Sykt Cobra Group (rujuk di #2) <---masa awal2 dok canang pasal COBRA but now hanya mention as
sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Melaka tetapi merupakan sebuah syarikat di bawah syarikat utamanya di London.
   

- 2001 : Mendapat tunjuk ajar seorang jutawan dan MENTOR British (Bill Walsh??) <--- rujuk di #7 pada baris kedua dalam perenggan ketiga
- 1/9/2001 : Memulakan syarikat perniagaan sendiri under APPCO dan buat pemasaran HSBC Bank dan Standard Chartered Bank.
- 2002 : Expand syarikat dari 1 staff kepada 300 staff. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia TMNet Streamyx.
- 2003 : Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan
mendapat anugerah ‘Owner of the Year’ dan ‘Chairman’s Platinum Award Winner 2003′. <--- juga sudah tidak dicanang dalam mana2 siri seminar dan penulisan beliau, tidak seperti sebelum ini anugerah ini sangat GEMOK banggakan
- 2004 : Expansion syarikat ke KL.
- 2005 : Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
- 2006 : Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta.
            : Mencapai title jutawan <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:21:58
            
:Berpisah dengan isteri disebabkan ketiadaan masa bersama akibat sibuk dengan syarikat <
---sumber : Wawancara di Radio Bernama segmen Ala Carte Pagi bertajuk Hidup Luar Biasa 2015 pada hari Jumaat 3 April 2015 di 0:22:11

- 2007 : Kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai
portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.

             : berjaya tamat pengajian di bidang MBA (Marketing) dari GORDON UNIVERSITY
<---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

- 2008 : Menamatkan kontrak syarikat APPCO (setelah kantoi menjalankan seminar RAHSIA TARIKH LAHIR secara rahsia di Bukit Bintang pada Jun 2008)<---sumber : di #9  para 28 dan 29,  dan menubuhkan Richwork Resources Sdn Bhd.
yang menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, selain mengetahui potensi atau aura diri. <---sumber : di #9 para 2

2008 : Jatuh semula dari perniagaan <--- sumber lihat di #6 para 18 baris pertama yang berbunyi "
Ada sesuatu yang saya “dapat” ketika saya jatuh semula pada tahun 2008 selepas saya menamatkan kontrak dengan syarikat sebelum ini yang membuatkan saya mahu berkongsi ilmu"   

2009 : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.

         : berjaya tamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang METAPHYSICS dari GORDON UNIVERSITY dalam tahun 2009
<---sumber : profile asal di FB Azizan Osman di #8

2015 :
Dalam proses melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.


~Hak Cipta terpelihara Axl_Bach @ 16/11/15 12.50PM~



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 12:51 PM | Show all posts
crazecousa replied at 16-11-2015 10:51 AM
alahai...malas btol aku nak baca post gini...nyampah pun ada

Sila baca komen di #14 , summary dari karangan2 panjang di atas.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:58 PM | Show all posts

adaka org gumuk ..pundek ehh silap pendek kuat menipooo...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2015 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bluezink replied at 16-11-2015 12:58 PM
adaka org gumuk ..pundek ehh silap pendek kuat menipooo...??


Jika ada apa2 input tambahan amat dialukan,  utk aku kemaskini timeline si GEMOK mikimaus nih

Trimas
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:35 PM | Show all posts
dah jadi tahap lagenda dah dia ni..hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ska_n_dal replied at 16-11-2015 01:35 PM
dah jadi tahap lagenda dah dia ni..hmmm

Lejen wooooo,  ko tanya sket pasal PhD or syarikat dia yg berjaya nglupo fanataik2 dia moyan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:44 PM | Show all posts
axl_bach replied at 16-11-2015 01:39 PM
Lejen wooooo,  ko tanya sket pasal PhD or syarikat dia yg berjaya nglupo fanataik2 dia moyan....

owh..memang patutlah jadi lejen..kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.446839 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list