View: 28484|Reply: 24
|
Kebaikan Daun Salam Yang Kita Tak Tahu
[Copy link]
|
|
Pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama ada juga yang memanggilnya pokok serai kayu sebab dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai. Seperti bayleaf dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalamsos pasta atau pizza, daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara.
Jangan pandang rendah dengan bayleaf Nusantara kita ini ada pelbagai khasiat yang diberikan kepada orang-orang yang duduk di kawasan tropika ini. Kalau anda ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan, amalkan teh daun bayleaf Nusantara ini InsyaAllah dengan usaha akan membantu mengurangkan masalah-masalah tersebut.
Tak susah pun nak buat air rebusan atau tehnya, ambillah beberapa helai daun kemudian rebus dengan air sampai dah kurang banyak airnya. Lepas tu minum. Boleh gunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Jika sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Yang ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema boleh lumat-lumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut.
Kegunaan daun salam atau juga dikenali daun bay bukan sekadar penyedap rasa masakan, malah berkhasiat untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan mengekalkan kesegaran tubuh.
Mencegah Kanser
Daun salam dikatakan mampu melawan beberapa jenis kanser, malah pengambilan daun salam secara teratur dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga kesihatan.
Daun salam kaya dengan vitamin C, vitamin A, zat besi, kalsium dan magnesium. Kandungan lain yang terdapat di dalam daun salam antaranya adalah kandungan asid caffeic, eugenol, quercetin dan catechin. Parthenolide adalah zat fitonutrien yang terkandung di dalam daun salam. Zat ini dipercayai dapat menyingkirkan sel kanser serviks dengan cara menginduksi apoptosis, meminimumkan aktiviti penggalak tumor dan menyingkir tumor yang berhubung dengan angiogenesis. Untuk menggunakan daun ini, masukkan dua lembar daun salam dalam setiap masakan atau menjadikannya teh.
Baik untuk kesihatan jantung
Daun salam mengandung beberapa bahagian penting untuk kesihatan tubuh seperti asid caffeic, fitonutrien dan salisilat yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan jantung sehingga seseorang yang mengambil daun salam atau mencampurkan daun salam ke dalam masakannya berisiko rendah untuk diserang penyakit jantung.
Mengatasi radang
Kandungan parthenolide dalam daun salam berkhasiat sebagai agen antiradang semula jadi. Daun salam membantu untuk menangani penyakit artritis dan beberapa jenis radang lain. Selain itu, daun salam juga dapat membantu mengatasi gangguan ketika haid pada wanita, mengatasi reumatik, mengubati luka dan mengatasi gangguan kencing. Untuk memperoleh manfaat ini, anda boleh merebus 10 lembar daun salam dengan tiga gelas air. Rebus dan minum ramuan tersebut setiap hari secara teratur.
Mengubati gangguan pencernaan
Khasiat daun salam juga dipercayai dapat membantu mengubati gangguan pencernaan dan gangguan perut. Enzim yang terdapat di dalam daun salam dapat membantu mengatasi kerosakan protein dan memperbaiki sistem pencernaan. Jika anda mengalami gangguan pencernaan, minum air rebusan daun salam secara teratur.
Mengatasi penyakit diabetes
Daun salam berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi, antikulat dan antibakteria. Sifat antioksidan yang dimiliki daun salam dapat membantu mengatasi penyakit diabetes. Dengan antioksidan yang cukup, tubuh penderita diabetes pun dapat memproses hormon insulin dengan lebih baik.
Baik untuk darah tinggi
Daun salam memiliki kandungan flavonoid dan zat tanin yang cukup banyak untuk membolehkannya mengatasi tekanan darah tinggi. Untuk menyebuhkan darah tinggi dengan daun salam, siapkan 10 lembar daun salam. Cuci bersih daun alam dan rebus dengan tiga gelas air. Didihkan dan biarkan hingga airnya hanya tersisa satu gelas saja. Minum ramuan ini satu kali sehari secara teratur.
Penyakit gout
Daun salam juga sangat bermanfaat untuk menangani gout. Ia mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin C yang dapat membantu mengubati gout. Untuk mengubati gout, sediakan 10 lembar daun salam yang sudah dijemur kering. Cuci daun terbabit hingga bersih. Rebus daun salam dengan 10 gelas air dan biarkan sampai hanya tinggal tujuh gelas. Minum air daripada rebusan daun salam terbabit semasa masih panas.
Sumber : Metro / KBB
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sama buahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
spesis herba la kan daun salam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya laa sama laaa. jeruk ka tu. masam lak terasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
haah cik mod. buleh terai nnti.
tenkiu tacang.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm len pulak.. nih yg konpius . takpa kita fokus kt daun sbb daun yg byk guna.
|
|
|
|
|
|
|
|
buah ni boleh dimakan tak?
yg masak tu warna merah, nampak mcm sedap je
ada orang panggil daun salam ni..daun selasih, betul ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya jeruk cermai...
|
|
|
|
|
|
|
|
kt kampung saya banyak..
selalu beli satu botol
malas nak jeruk sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
buleh makan buahnya tp taktau rasa camnaa.
geram kn tgk buah salam nihhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm daun buah mata kucen erk? |
|
|
|
|
|
|
|
daun salam ni boleh dimasukkan dalam masakan kan?
selalu tgk AFC channel tu..depa guna daun salam..kalau kat Indonesia
malaysia pun banyak guna..
|
|
|
|
|
|
|
|
haah buleh. artikel kata campur dalam msk lemak. lain-lain pun buleh kut. sedap nama omputihnya.
daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara.
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak gaya besar juga pokoknya. |
|
|
|
|
|
|
|
daun dia mcm daun pokok rambutan pun ada gak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|