|
Oleh Adib Za
Apa kena entah, tiba-tiba pasangan anda moody dan asyik nak merajuk sahaja? Lepas tu cepat sangat nak marah dan merajuk.
Ada sahaja tak kena, kan. Namun, sebagai kekasih, suami atau isteri, jangan terus biarkan hal ini. Lakukan sesuatu!
Jom lihat tips bila pasangan anda moody:
1. Baca bahasa tubuh
Perhatikan gerak gerinya, mungkin dia sedang dalam masalah atau keadaan tertentu. Jangan terus melenting, sebaliknya cuba fahaminya.
2. Dengar dulu ceritanya
Jadilah pendengar yang baik, jangan sesekali 'berdebat' dengannya. Biarkan dia habis bercerita tentang masalahnya.
3. Lakukan aktiviti bersama
Keluarlah bersama menonton wayang, berjalan-jalan dan beriadah bersama. Bila sentiasa bersama, moodnya akan kembali tenang.
4. Genggam tangan dan peluk
Jika kata-kata anda tidak dapat menenangkannya, peganglah tangannya dan dakaplah dia. Kehangatan bila bersentuhan boleh menyejukkan hati si dia. Selamat mencuba! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|