|
|

sumber foto : http://www.bharian.com.my/
Zoo Negara akan mempamerkan anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang mulai hari ini.
Menurut Timbalan Presiden, Rosly@Rahmat Ahmad Lana, tontonan umum itu akan berlangsung dari jam 2.30 hingga 3.30 petang setiap hari.
"Sekiranya anak panda itu tidak meragam, pada Disember ini kami mungkin buat dua sesi tontonan iaitu pagi dan petang."
Beliau berkata, persiapan sudah dibuat untuk anak panda itu ditonton khalayak awam, yang memang ditunggu-tunggu.
"Kami sedia mengawal keadaan sekiranya pengunjung terlalu ramai dalam satu-satu masa," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

sumber foto : http://www.mstar.com.my/
Anak panda yang dilahirkan pada 18 Ogos, kini mampu merangkak dan berjalan namun masih tidak bergerak aktif. Anak panda yang belum dinamakan itu seberat 5.6 kilogram.
Sumber berita : www.bernama.com.my |
|