CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13283|Reply: 74

Filem Chowrasta Berani Pertaruhkan Hero Baru. Boleh Laku Ke?

[Copy link]
Post time 19-11-2015 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by fynnkakiblock at 29-12-2015 07:36 AM

Sebenarnya agak lama juga TT simpan nak buka benang pasal gosip ini, TT tunggu punya tunggu tiada juga wujud benang berkenaan gosip ini. Oleh itu, ter'new thread' lah ia. Eh apa TT melalut ni. Maaf ya terlebih makan breakfast tadi.

Berbalik kepada gosip kononnya. Berani penerbit, FiTA Studios Sdn Bhd (Anak Syarikat UiTM Holding Sdn Bhd) dan pengarah filem Chowrasta, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen mempertaruhkan hero baru dalam filem yang akan ditayangkan pada 3 Disember ini. Heronya memang pendatang baru, namanya Chem Amar berlakon di samping Nora Danish, Rosyam Nor, Risteena Munim, Wan Hanafi Su, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Filem Chowrasta diinspirasikan dari buku Mencorak Destini yang mengisahkan perjuangan hidup Hamid (Chem Amar) dalam memartabatkan bangsa Melayu di samping kisah percintaan antara Hamid dan Hanizah (Nora Danish) pada tahun 1970an.

Mungkin ramai yang tidak tahu, filem Chowrasta diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Filem Paling Ramai Ditonton, pada Jun lalu setelah berjaya mengumpul seramai 4,460 penonton pada tayangan perdananya di Shah Alam. Boleh baca di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/12/chowrasta/ Wah hebat juga ya, diiktiraf Malaysia Book of Records. Filem Chowrasta merupakan hadiah kepada semua alumni UiTM agar mereka mengingati semula jasa yang dicurahkan oleh UiTM sehingga berjaya melahirkan graduan yang berjaya (TT copy ayat MStar, memang tidak bervariasi ayatnya, maaf lah ya, wartawan pelatih ). Patutlah filem ini diterbitkan oleh anak syarikat UiTM Holdings, hadiah untuk alumni UiTM rupanya. Filem Chowrasta akan dipromosikan di 35 cawangan UiTM seluruh negara. Kepada semua alumni UiTM, apa tunggu lagi, jangan lupa sokong dan mengingati jasa UiTM dengan menonton filem Chowrasta.

Mari kita tonton trailer filem Chowrasta di https://youtu.be/uOvY4JL11C0 dan beri komen masing-masing. Boleh laku ke filem ini?


FKB
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 08:43 AM | Show all posts
x suka rambut dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
d_dalia replied at 19-11-2015 08:43 AM
x suka rambut dia...

Kenapa nok? Tebal sgt ke haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:48 AM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 19-11-2015 12:46 AM
Kenapa nok? Tebal sgt ke haha

haha..muka dia mcm elvis presley lak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:50 AM | Show all posts
Mungkin ramai yang tidak tahu, filem Chowrasta diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Filem Paling Ramai Ditonton, pada Jun lalu setelah berjaya mengumpul seramai 4,460 penonton pada tayangan perdananya di Shah Alam.


yang datang tu budak2 uitm yang dijanjikan kupon ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka ada iras amar bangla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2015 08:56 AM | Show all posts
rambut dia membuatkan rupa dia agak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:56 AM | Show all posts
awat kat gmbr no 7 tu kepala dia cam besar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka heshe klasik mcm pelakon 70 an gitu.
Sbb tu lah beliau dpt watak ni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau prof ni yg direct....hmmm...tak letak harapan yg tinggi lah kak teh...:zz
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:03 AM | Show all posts
student UiTM, gempur!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:17 AM | Show all posts
filem kisah memartabatkan bangsa melayu ke bangsa mamak?
btw kacak jugak chem amar ni..kacak style mamak.boleh la bersaing dengan hero mamak sharnaz ahmad.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:42 AM | Show all posts
mzzenma replied at 19-11-2015 08:54 AM
Muka ada iras amar bangla

tak baik berkata begitu... tp aah la, cm sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:22 AM | Show all posts
ingat pasal market chowrasta yg juai jeruk tu
rupanya psl memartabatkan bangsa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:27 AM | Show all posts
Pelakon okay, sinopsis not bad, but when it comes to the director, tak tau sama ada filem ni sampah ke tak. Dah la pelakon2 movie ni kebanyakannya gred A.

Nasiblah org x yakin dgn movie tu sbb pengarah byk rekod movie sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:58 AM | Show all posts

kan... senyum pulak mcm iras2 Amar tatoo(ex Puteri Sarah) versi qu puteh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 11:01 AM | Show all posts
mzzenma replied at 19-11-2015 08:54 AM
Muka ada iras amar bangla

a ahh... mata aku pun nampak yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:19 AM | Show all posts
zoe1511 replied at 19-11-2015 08:50 AM
yang datang tu budak2 uitm yang dijanjikan kupon ke

Sesungguhnya jejari mu lebih pantas dari ku...

Bakor lagi sikit... Cer tanya deme2 yg dah menonton tu Stylo ke Idok ehh.. menyesal ke idok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:21 AM | Show all posts
buragazz replied at 19-11-2015 11:19 AM
Sesungguhnya jejari mu lebih pantas dari ku...

Bakor lagi sikit... Cer tanya deme2 yg ...

hahaha yang penting, di akhir acara dapat kupon ke idok? karang tak cukup kupon tak dapat duduk kolej next sem
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:30 AM | Show all posts
AshkieLa replied at 19-11-2015 02:58 AM
kan... senyum pulak mcm iras2 Amar tatoo(ex Puteri Sarah) versi qu puteh..

nama pun dah sama chem amar..protege amar kot..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.069836 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list