View: 9476|Reply: 27
|
Luarbiasa! Pokok Kayu Yang Berwarna-warni Umpama Pelangi
[Copy link]
|
|
Batang pokok ini kelihatan seperti karya seni yang dilukis menggunakan warna-warna yang pelbagai.
Bagaimanapun warna-warna pelangi yang kelihatan pada batang pokok ini sebenarnya merupakan tindakbalas semulajadi yang terhasil sehingga menyebabkannya kelihatan bewarna-warni.
Seorang jurugambar, Warren Krupsaw, 70, menjumpai sebatang pokok ketika meraikan ulang tahun perkahwinan ke-25 beliau di Hawaii berkata, beliau terkejut melihat pokok berkenaan bewarna pelangi. Pokok-pokok yang menakjubkan ini telah ditemui di Pulau Kauai, Hawaii.
"Saya tidak pernah melihat pokok yang berwarna-warni seperti ini", kata Krupsaw. Kebanyakan orang yang telah saya ceritakan tentang pokok ini kurang mempercayainya. Tetapi perkara ini adalah benar..', katanya.
Dikatakan warna pelangi yang muncul seperti itu merupakan hasil daripada getah pokok yang menitis dan mengenai bahagian-bahagian lain pada batang pokok tersebut yang menyebabkannya bertukar warna biru, kemudian jingga, ungu diikuti merah maroon.
Warna yang pelbagai itu muncul disebabkan perbezaan waktu getah yang menitis.
Pokok bewarna-warni yang mempunyai nama saintifiknya iaitu Eucalyptus Deglupta ini dikatakan mudah ditemui di hemisfera utara dan secara semula jadinya ia mudah ditemui di beberapa negara di Asia Tenggara.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow uniknya dah tak ada visa masuk US nanti boleh le gi tengok sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Di FRIM Kepong ada banyak pokok ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat mardi cameron highland pon ada pokok ni..besar dan tinggi ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila2 pi cameron aku nak carik..tq for info
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya pokok ni.mcm di lukis lukis |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg dekat mardi..cuti2 sekolah pi lah panjat ch...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
cantiklah nanti nak pergi cameron cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah! Kat negara kita pun ada! Mungkin sebab cuaca yang sama kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Suh puak2 lgbt pi jilat getah pokok nie.
Mane tau kembali ke pangkal jalan.
Nak pelangi2 sangat haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|