|
Selalu kalau orang cakap pasal SS15 Subang, mesti tempat makan yang hipster dan moden. Selain daripada itu, ada jugak orang cakap pasal trend ‘foodtruck’ yang makin popular sekarang ni. Post kali ini pun berkenaan makanan yang dijual dengan trak, tapi kali ini saya pergi ke trak yang menjual makanan yang cukup sinonim dengan kita; ROJAK!
Yang paling penting saya nak sebut dekat sini, Rojak SS15 Subang Jaya ini berharga tak lebih daripada RM5.00! Ada 4 pilihan menu; biasa, telur, sotong, dan juga telur + sotong.
Saranan saya; tambah ekstra gorengan yang rangup tu! Kuah dia pekat dan sedap, dan makan dekat kawasan terbuka, kerusi meja tak ada jadi pandai-pandailah cari tempat. Ramai orang beratur semata-mata nak makan rojak ni, jadi memang berbaloi tunggu. Tak lama pun sebenarnya!
Lepas dah makan rojak, boleh ke gerai sebelah untuk pekena cendol original. Saya pilih cendol biasa berharga RM1.80. Sangatlah berbaloi. Kalau tak minat cendol, air kelapa pun ada.
Tak cukup dengan tu, boleh makan goreng pisang lagi!
Jadi apa lagi, boleh terus ke gerai Rojak SS15 Subang Jaya ini untuk minum petang
|
|