(Rakaman Audio) Lelaki Telefon Polis Dulu Tanya Akibat Mencuri Perhiasan Dalam Kubur
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak meminta nasihat dari polis untuk mengetahui akibat dari mencuri perhiasan di tanah perkubur cina.
Rakaman audio yang berdurasi 1 minit 17 saat itu memaparkan perbualan antara lelaki terbabit dengan seorang pegawai polis di Petaling Jaya.
“Kalau saya pergi itu cina punya kubur, saya kasi angkat korek itu mayat keluar, mahu angkat itu emas itu semua, mau ambil itu barang, boleh ka?,”kata lelaki terbabit.
Namun pegawai polis berkenaan bertegas tindakan itu sama sahaja seperti mencuri dan salah dari segi undang-undang.
“Apa hukuman? Ada denda ka? Penjara ka?,” tanya lelaki berkenaan lagi.
Pegawai polis itu kemudian menjelaskan reman selama 14 hari akan dikenakan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencuri. - Siakapkeli.my
Saya suspek dia sekadar bertanya untuk orang lain, mungkin ada anggota keluarga atau rakan yg buat jenayah ini dia tak tahu nak lapor atau tidak, so tanya berat hukuman dulu.
Macam seorang makcik pemilik kedai runcit di kg aku beriya-iya tanya polis (ketika Dialog Bersama Rakyat)) berkenaan hukuman memiliki duit palsu..... tidak lama kemudia anaknya ditangkap kerana memiliki duit palsu . Rupanya dia dah lama tahu tp tak berani lapor takut kena hukuman berat.
Rasanya dia bukan nak mencuri. Mungkin bagi dia, kubur tu takda siapa2 waris, tak ada org jaga dan kubur lama dia nak korek atau ada member2 ajak pi morek. Mana tau jumpa brg2 berharga..
Kerajaan kena prihatin, nampak sangat dah rakyat kita ni cukup sengsara. Kubur pun nak korek.