CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 0

9 Petua Suami Isteri Untuk Kekal Mesra Dan Bahagia

[Copy link]
Post time 23-11-2015 08:58 PM | Show all posts |Read mode


Petua Suami Isteri.Seks merupakan komunikasi terdalam antara suami dan isteri.Melalui hubungan yang halal ini anda berdua berpeluang mencurahkan sepenuh kasih sayang dan cinta di antara satu sama lain.
Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan seksual, di mana lelaki lebih mengutamakan keperluan seksualnya.  Situasi ini membuatkan ramai wanita menganggap lelaki hanya inginkan seks sahaja kerana wanita pula lebih menginginkan suatu kemesraan.
Wanita memerlukan kasih sayang untuk membuka dirinya untuk melakukan hubungan seks sedangkan lelaki memerlukan seks untuk membuka dirinya bagi kasih sayang.
Kebanyakan lelaki atau para suami sering kurang memahami  tentang keperluan seorang wanita atau isteri tentang kemesraan dan menganggapnya cuba menyembunyikan keinginan seks.
Perkara inilah sering menimbulkan pertengkaran suami isteri.Sekiranya bahtera asmara anda tidak sehebat dulu lagi, jangan menyerah kalah ok! Anda dan suami perlu melakukan hal-hal ajaib kerana inilah antara petua suami isteri bahagia.
Kenapa  perlu berasa malu dengan tubuh isteri yang sudah sedikit ‘kembang’? Bukankah perut sang suami pun sudah boroi? Sentuhan intim di kamar mandi pastinya menambahkan kemesraan anda dan suami.

2. ‘Dating’ Di Siang Hari
Jika ada kelapangan, jangan lepaskan peluang untuk ‘dating’ berdua di siang hari. Sama ada suami ataupun isteri, anda boleh mengajak pasangan anda menikmati momen-momen romantis bersama sambil menikmati makan tengahari. Gunakan saat itu untuk berbual mesra dan penuh sensual.

Sesekali menarik juga jika anda menghantar pesanan yang berbaur sensual buat suami atau isteri tersayang.  Pesan singkat berbaur ‘rindu dendam’ ini pastinya akan membuatkan nafsu si dia ‘berkocak’ seketika meskipun ia tidak mungkin dapat direalisasikan pada saat itu.

4. Sama-Sama Tengok Bulan!
Whoa! Tentu sahaja aktiviti ini bakal meninggalkan kenangan manis dalam hidup anda berdua. Tak ada salahnya, jika anda dan suami atau isteri bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ketika ini, jangan lupa ulangi segala janji anda untuk sehidup semati bersama ya!

Semangkuk berdua, nikmati potongan buah-buahan segar berdua saja. Lakukan pada siang hari ketika anak tidur. Berebut sepotong tembikai, epal dan sebagainya pasti akan membuatkan suasana menjadi lebih ‘happening’, mesra dan manja!

Berikan pujian yang benar-benar tulus, dan tidak perlu berlebihan apabila anda melihatnya benar-benar tampak menarik sewaktu bersiap-siap hendak ke pejabat ataupun ketika bangun tidur. Katakan dia benar-benar seksi! Sudah pasti pujian anda itu akan membuatkan pasangan anda semakin bersemangat dan yakin dengan cinta anda yang masih belum pudar terhadapnya.

Tak ada salahnya jika anda berdua mengenakan baju atau T-shirt yang sedondon, sama ada motif ataupun warnanya ketika berduaan ataupun sewaktu berkumpul bersama teman-teman. Ia jelas menunjukkan betapa idealnya anda dan pasangan. Hurmm… serasi bersama gitu!

Jangan lupa untuk meraikan ulangtahun perkahwinan, biar berapa tahunpun usia perkahwinan anda berdua. Hiasakan bilik tidur

9. Segarkan Fikiran
Out of box, tinggalkan apa sahaja yang membebankan fikiran anda. Fikiran segar akan membautkan anda melihat perkara yang baik pada pasangan. Gunakan kesempatan yang ada untuk berjalan berpegangan tangan, duduk rapat-rapat. Sentuhan lembut penuh nikmat pastinya akan membuatkan cinta berdua kembali hangat!

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.104516 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list