CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26301|Reply: 175

[Tempatan] Mana lebih baik, sekolah swasta atau sekolah kebangsaan?

  [Copy link]
Post time 24-11-2015 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 24-11-2015 02:55 AM

Mana lebih baik, sekolah swasta atau sekolah kebangsaan?
Suatu yang lumrah atau terpaksa? Itu persoalannya apabila melihat kebelakangan ini kian ramai ibu bapa memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah awam (sekolah kebangsaan). - Foto TRP



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 24 November:
Suatu yang lumrah atau terpaksa? Itu persoalannya apabila melihat kebelakangan ini kian ramai ibu bapa memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah awam (sekolah kebangsaan).

Apakah kelebihan sekolah swasta berbanding sekolah kebangsaan? Sudah terhakiskah keyakinan ibu bapa terhadap keupayaan sistem pendidikan di negara ini?

Siti Humaira Abbas, 35, menghantar anaknya ke sekolah swasta berkonsepkan agama kerana ingin memberi pendidikan yang lebih baik kepada tiga anaknya.

Menurut Siti Humaira, dia sanggup mencari dan pergi ke sekolah-sekolah swasta yang menawarkan sistem pendidikan berkonsepkan Islamik demi memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya.

“Zaman kita membesar dahulu berbeza dengan hari ini. Cabarannya lebih besar dan anak sekarang lebih terdedah dengan dunia yang terbuka. Didikan asas sahaja tidak mencukupi sebaliknya perlu diseimbangkan dengan penghayatan dan bagaimana mereka mengadaptasikannya dalam aktiviti harian,” kongsi beliau.

Pemilihan sekolah swasta juga sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina. Hingga ada yang terasa masa hadapan anak mereka akan menjadi gelap jika tidak terpilih ke sekolah rendah atau menengah berkenaan yang mempunyai kurikulum berbeza dengan sekolah Jenis Kebangsaan(C).

Yap Sin Mey, 27 seorang penulis di sebuah akhbar berbahasa Cina juga mengakui silibus yang diajar di sekolah Cina kualitinya lebih tinggi daripada silibus yang diajar di sekolah kebangsaan.

Beliau yang berpendidikan sekolah kebangsaan melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Taiwan. Di sana Yap bertemu ramai rakan yang mendapat pendidikan dari sekolah swasta.

“Saya boleh nampak dan rasa perbezaan pendidikan yang diterima di antara pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.

Terutamanya dari segi keterampilan diri serta daya usaha mereka untuk menonjolkan diri di khalayak,” jelas Yap.

Bagaimanapun Yap tidak menolak pandangan yang menyatakan bahawa pelajar dari sekolah aliran swasta Cina lebih cemerlang kerana sejak dari awal lagi pelajar-pelajar yang memasuki sekolah-sekolah tersebut adalah mereka yang terpilih. Sama seperti pelajar lain yang terpilih ke sekolah berasrama penuh ataupun ke Maktab Rendah Sains Mara.

Menurut Penasihat Akademik dari Khazanah Malaysia, Datuk Satinah Ali, ibu bapa hari ini mempunyai pilihan untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Sebagai individu yang pernah terlibat dalam dunia pendidikan negara, Satinah menyokong pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar sekolah awam di negara ini.

Bagaimanapun beliau tidak menolak tanggapan bahawa ada beberapa perkara terutamanya dari segi pengurusan, sekolah swasta adalah lebih baik.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (MAE) ditemui selepas mempengerusikan forum pendidikan anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEA) bertajuk “Mengintai ke Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah lebih baik daripada Sekolah Kerajaan.”

Manakala bagi Ketua Pengarah Eksekutif Asia Pacific School, Nina Adlan Disney beliau berpandangan ada beberapa perkara yang mungkin boleh diteladani oleh sekolah awam daripada sekolah swasta.

Selepas menemui pihak pengurusan dua sekolah swasta yang beroperasi secara rangkaian di sini, serta menerusi pengalaman beliau dalam bidang pendidikan, Nina menekankan empat perkara yang menjadikan sekolah swasta hari ini tampak lebih berkaliber.

“Mereka mengguna hak autonomi bagi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.

“Sekolah autonomi dan sekolah-sekolah swasta mempunyai lebih kebebasan untuk membuat keputusan dalam penentuan kakitangan, kewangan, pedagogi dan silibus dan dasar dalaman”.

Dr Grace Lee dari Fakulti Perniagaan Universiti Monash (Malaysia) turut menyokong pandangan Nina. Lee secara peribadi berpendapat ada banyak perkara yang boleh dipelajari sekolah awam daripada sekolah swasta Cina.

Sebagai ibu yang mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan kemudiannya menghantar anaknya ke sekolah swasta Cina, Lee melihat bagaimana Sekolah Swasta Cina beroperasi dan bagaimana struktur pengurusan sekolah dibangunkan.

“Saya berpendapat sekolah awam perlu mempelajari banyak perkara daripada sekolah swasta Cina.

“Bagaimana sekolah-sekolah ini mampu menguruskan kewangan mereka memandangkan yurannya juga mampu dibayar dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta Cina sering berpandangan bahawa sekolah berkenaan mampu menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk anak mereka”.

Selain sekolah swasta Cina, sekolah swasta beraliran agama juga mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa di bandar.

Menurut Pengarah Iman Research, Altaf Deviyati, yuran pengajian di sekolah swasta aliran agama masih lagi munasabah dan tidak terlalu tinggi seperti sekolah swasta konvensional.

“Ibu bapa ada hak untuk memilih pendidikan sebagaimana yang ingin diberikan kepada anak mengikut kemampuan masing-masing. Pilihan tidak banyak jika ingin ke sekolah awam aliran agama. Jika bernasib baik mereka terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) atau ke sekolah yang dibiayai kerajaan negeri seperti di Selangor dan Johor.

Justeru sekolah-sekolah agama rakyat atau ‘pondok’ menjadi antara alternatif ibu bapa. Manakala di kawasan bandar pula muncul sekolah-sekolah agama swasta yang lebih moden dan menggunakan silibus dari luar negara.

“Persolannya, kenapa agaknya mereka menghantar anak ke sekolah swasta?” tanya Altaf.

“Bukan kerana mereka tidak percayakan guru, tetapi dalam keadaan dunia tanpa sempadan hari ini, ibu bapa lebih bimbang anak hilang sifat ‘jati diri’ mereka. Maka mereka lebih cenderung memilih sekolah-sekolah yang sealiran dengan agama dan budaya mereka,” tambah Altaf.

Satinah yang bersetuju dengan pandangan sekolah diberi autonomi dalam membuat keputusan turut menyentuh mengenai hubungan guru-pelajar dan guru-ibu bapa. Menurutnya, hubungan yang rapat di antara ketiga-tiga pihak boleh dilihat di sekolah swasta.

Jurang komunikasi antara guru-pelajar-ibu bapa sebenarnya juga adalah penyumbang kepada melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki sifat-sifat mulia.

Justeru, beliau amat berharap guru-guru dan ibu bapa di sekolah awam merapatkan lagi jurang komunikasi antara mereka.

“Guru-guru sekolah awam perlu berfikir secara berbeza dan tidak harus terikat kepada cara konvensional memandangkan dalam era sekarang pelajar dikehendaki berfikir di luar kotak.

Guru perlu bersifat kreatif agar pelajar lebih responsif terhadap apa yang diajar kepada mereka,” tambahnya.



tehrakyatpos

Single Polls, Total 182 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 10:29 AM | Show all posts
Parents millennium ni tak taulah nak kata kerana keadaan semasa & memaksa atau plainly refuse to untuk memainkan peranan utama untuk mendidik anak2 sendiri (non academic related). Sebab tu ramai berlumba2 hantar gi Sekolah Ugama English private etc.  Sekolah2 private ni pulak janji result macam2.. masuk pagi balik petang.. so parents dah tak perlu risau.. sekolah boleh didik anak2 depa on non-academic, spiritual etc...  Tapi at the same time aku paham jugak.. parents sekarang ni keluar pagi, balik malam.. ada yg weekend pun kena kerja so contact time dgn anak amatlah terbatas... jadi itulah cara terbaik.  Aku ada kawan hantar anak, sekolah rendah, gi islamic private school.. siap duduk asrama.. weekend baru jumpa.      
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:38 AM | Show all posts
depend kocek memasing.....koz pendidikan makin up dah skang nie.....ramai yang bukan skolah private pun berjaya.....pendidikan dari rumah or somewhere pun penting....janji anak² dapat menerima ngan baik....janji jangan silap memilih kawan..its important...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 10:48 AM | Show all posts
semalam dalam radio depa diskas isu ni.Antara perdebatan adalah hidden charges bila hantar anak sekolah swasta dan hidden charges bila hantar anak sekolah kebangsaan.Macam sekolah Al Amin katanya jimat duit parents sebab sekali je hantar anak waktu pagi dan pukul 4 dah boleh balik malah ada integrasi subjek sek kebangsaan dan sek agama so tak payah nak amik anak time tghari atau hantar tempat transit pastu kena hantar pulak anak pegi sekolah agama asing.(rasanya ini yang trending sekarang)

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:58 AM | Show all posts
kalo aku mampu , aku hantar international school ..
kalo x , sekolah kebangsaan pun ok ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 10:59 AM | Show all posts
aku nak hantar anak sekolah swasta yang tak exam oriented untuk 6 tahun pertama
tp ada ke sekolah gitu kat malaysia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
All schools are good. Samada budak tu menjadi atau tidak depends on genes and epigenetics ie their surroundings and parents involvement in upbringing.
Akak hantar private sbb malas dgn pak menteri yg flip dan flop in decision making. And akak nak english medium. And termasuk agama. Yes sekolah ugama pun tak guna kalau makpak tak solat bagai. Its a 2 way street. And anak akak tak ramai maka mampula buat masa ni. Ada sekolah awam yg bagus dekat dgn rumah tapi kiasunya environment akak tak ingin anak akak membesar kiasu. But yes meriahkan la sekolah awam jika itu yg trrbaik dan meriahkan sekolah swasta jika itu juga yg terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 24-11-2015 10:59 AM
aku nak hantar anak sekolah swasta yang tak exam oriented untuk 6 tahun pertama
tp ada ke sekolah g ...

Rasanya british itnl isny very exam oriented. Tapi fees 59k a year kot. Nampak ramai parents hantar anak naik kancil je. Agaknya all duit spend kat situ which isnt such a bad thing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak byk sgt sekolah swasta yg bagus..kalo yg sek agama plak tmpt terrorist berberternak.tp sekolah gomen lg worst..tangkap muat jah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:24 AM | Show all posts
cherub replied at 24-11-2015 11:13 AM
All schools are good. Samada budak tu menjadi atau tidak depends on genes and epigenetics ie their s ...

ini betulnya. genetics dan early upbringing pun contributory factor
tp aku sejujurnya suka dgn sistem yg xterlalu exam oriented, yang ada no 1,2,3 gitu
i suka sistem cam MRSM sbnrnya, MRSM zaman iols dulu la
mcm sistem uni je, takde buku teks, takde buku nota
kau masuk kelas nak belajar buat nota itu kau punya suka
hujung2 nanti bila result exam keluar mendapatlah
tp sistem ni sesuai dr tingkatan satu ke atas je
bawah umur 12 tahun aku nak sistem tanpa exam sbnrnya
hujung tahun dpt laporan kemajuan jah

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:33 AM | Show all posts
kebangsaan. sebab aku pun grad dari sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:35 AM | Show all posts
cherub replied at 24-11-2015 11:15 AM
Rasanya british itnl isny very exam oriented. Tapi fees 59k a year kot. Nampak ramai parents hanta ...

aku ok je
education anak2 lg penting dr kekayaan yg akan jd liabiliti (re: kereta)
lg baik spend utk education dan rumah

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang cakap sekolah Cina banyak kerja sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:06 PM | Show all posts
tgk duit dalam poket tebal ke idak

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:10 PM | Show all posts
rikiruj replied at 24-11-2015 10:29 AM
Parents millennium ni tak taulah nak kata kerana keadaan semasa & memaksa atau plainly refuse to unt ...

Sangat- sangat setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:13 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 24-11-2015 11:36 AM
Orang cakap sekolah Cina banyak kerja sekolah.

Sekolah kebangsaan pun banyak kerja sekolah, homework, presentation, coco.. Berlambak samada bebudak participate or not and parents aware or not. Ini base on ank saya sekolahlah, SMK Jalan 4 BBbangi.. Sabtu ada aktiviti, petang ada aktiviti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 12:19 PM | Show all posts
It doesn't matter.

Yang penting sikap anak2 yg ingin belajar dan berjaya !!

Bimbingan ibubapa dirumah dan support dari parents juga penting

untuk anak2 berjaya dalam pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:35 PM | Show all posts
Yes,true..

It doesnt matter mana pilihan yg penting anak2 tidak berhenti jemu utk terus belajar dan berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:41 PM | Show all posts
Redskin replied at 24-11-2015 12:19 PM
It doesn't matter.

Yang penting sikap anak2 yg ingin belajar dan berjaya !!

betul2..yg ptg anak2 tu yg rajin..kn tanamkan budak2 ni cintakan ilmu baru senang nak ajor...ni tidak parent je
terlebih nk suruh anak school tp budak2 buat dek jer..kdg npk parent yg nak sekolah zaman skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Swasta ni...lebih kpd duniawi....bnyk duit ok la...
kat kebangsaan....bleh bergaul mcm2 jenis org dri latarblakang berlainan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list