Beliau berkata, sebarang perkembangan dan maklumat berkenaan perhimpunan parti terbesar Melayu itu hanya akan disampaikan oleh dua Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi sidang akhbar harian.
Menurutnya, langkah sebegitu diambil oleh parti bagi mengelakkan sebarang laporan berunsur putar belit oleh media seperti sebelum ini.
“Kita tidak benarkan media berlegar merata-rata. Kita tidak akan pancar apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kepada televisyen litar seperti sebelum ini.
“Setiap hari Ahmad Zahid dan Hishammuddin akan membuat sidang akhbar untuk mengupas apa yang berlaku pada perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE