|
Oleh Adib ZA
Buat para ibu yang menyusukan, cara menyusu yang salah boleh mendorong kepada penyumbatan dan menyukarkan penghasilan susu badan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda haruslah tahu cara menyusu bayi dengan betul. Selain itu, urutan boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih banyak, lancar dan tidak tersumbat.
Namun, sebaiknya lakukan urutan pada payudara selepas melahirkan bayi.
1. Lakukan proses pemanasan dengan menekan payudara menggunakan tuala yang hangat.
2. Urut payudara anda dengan beberapa gerakan. Mulakan dengan mengurut perlahan ke atas dan ke bawah di kawasan puting.
3. Urut secara melingkar mengikut bentuk payudara, kemudian urut areola perlahan-lahan ke atas, bawah, kanan dan kiri. - CARI Infonet |
|